Welcome!

Sesaat Kau Datang...

….Assalamualaikum....


Semalam
memori dahulu menggamit kembali
setelah sekian lama


Saat aku melalui tempat itu
rumah yang sama
kereta yang sama


Cuma engkau masih tidak kelihatan


Aku


Masih mengingati
walaupun aku ingin melupai


Baru ku sedar
Banyak kenangan bersama


Doaku
Kau telah berjaya dan hidup bahagia



Maafkan aku jika pernah melukakanmu.




 ~love this song~


Coretan Sweet: takdir menentukan segalanya~


:: Ayiena Nur ::

Wordless Wednesday #7


….Assalamualaikum....




 
Coretan Sweet:  isk3...kasut sapa la tu.... =p ~


:: Ayiena Nur ::
 

Hanya kamu....


….Assalamualaikum....


Dah sebulan lebih berlalu sejak hari pertama terdetiknya rasa ingin menzahirkan sebuah entry buatmu Sahabatku. Kekangan masa membuatkan niat itu sentiasa tertagguh hinggakan saat ini.

Entah kenapa aku merasakan pagi ni adalah saat yang sesuai. Mengapa? Kerana tiba-tiba aku terfikirkan.. Apa ertinya persahabatan? Kenapa apabila seseorang mengucapkan kata “ Kita kan kawan”..” Kaulah BFF aku”..dan sebagainya, prasangka buruk masih wujud? Masih tiada kepercayaan dalam persahabatan? Bukan dalam hubungan pasangan kekasih mahupun suami isteri saja yang perlukan KEPERCAYAAN.

Dua orang insan akan menjadi sahabat yang baik ataupun BFF hanya apabila hubungan itu disertakan dengan sikap mempercayai antara satu sama lain. Tak semua orang sama. Kalau kau fikir A macam tu, tak semestinya B pun macam tu. Kadangkala perbuatan tak memerlukan penjelasan. Cukup sekadar memahami. TETAPI macam mana pula apabila perbuatan disalah tafsir?? Di waktu ini lah sifat sebenar seseorang sahabat dapat dinilai. ^_^

Buat dirimu...ahaa terasa jiwang karat pulak. =p

Saya, NLJ berasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan kamu.
Sedar tak sedar dah 10 TAHUN kita berkenalan dan seterusnya menjadi
SAHABAT & BEST FRIEND FOREVER!     

Banyak benda yang kita kongsikan bersama. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia. Di kala suka dan duka, juga di saat ‘gila-gila’.Terima kasih kerana memahami. TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA...

~MISS AZZUWANIE BINTI NORIZAN~ 



Here is just a short and sweet message for you dear.

Aku suka ungu
Kau suka biru
Namun kita tetap banyak persamaan
Kita tetap serasi
Kau suka Adam Mukhriz
Aku suka Syed Reeza
Namun kita tetap bersahabat
Kita tetap ‘gila-gila’ bersama
Aku ke USM
Kau Ke UiTM
Namun kita tetap berhubung
Kita tetap berkongsi rasa
 
Selamanya..
InsyaAllah..



Satu yang ingin ku tanya...
BILA LA AGAKNYA OUR NEXT DOUBLE DATE EK? =p


 bersambung..............


Coretan Sweet: teringat warkah-warkah di zaman sekolah.. ~


:: Ayiena Nur ::

up