Welcome!

Aku "membaca" orang?


….Assalamualaikum....


Ku gagahkan diri juga untuk menaip entry ni walaupun mata memang dah ngantuk gila-gila. Sambil dengar lagu Move Like a Jagger. Terus menaip dengan semangat yang tinggi. Ahaa Padahal sampai umah tadi dah dekat pukul 9 kot. Aku pun tak sure. Rasa ada tengok jam tapi tak ingat pulak. Nampak sangat memang ngantuk tahap kronik dah.

Apa yang aku nak cita dalam entry ni?? Banyak sangat yang tertangguh, tertunda, tergendala dan lain-lain ter lah. Jap nak ingat balik..errrr haaa..pasal keja aku sekarang ni. Tapi rasa malas la pulak. Malas nak fikir. Tak kan 24 jam nak fikir pasal keja. Ye dak? =p

Just nak share satu benda yang agak surprising untuk aku. Kejadian ni berlaku masa aku training. Aku di kehendaki melukis apa-apa saja yang menggambarkan diri aku. Anything that cross in my mind. During that time aku hanya terbayangkan PANTAI..Unfortunately, aku ni memang sangat la terror melukis kaannnnnnn...ahaa tak ada rupa pantai pun aku tengok! =p

Then, aku decide nak switch. Kenapa? Sebab kena present la weiiiiiiii...nak memalukan diri sendiri? Ehee Cer kamu-kamu teka aku lukis apa pulak lepas tu???

Jeng...jeng...jeng......



ilustrasi sahaja


Okey...gambar sebenar tak dapat nak di upload gara-gara handphone canggih sangat. Kabel tak ada, card reader pun tak ada. Bersemadi je la dalam handphone tu. Tapi lukisan aku pun cantek tau! =D Masuk bakul angkat sendiri

Apa point aku? Sabo yer....
Pastu next-next day ada sorang lagi trainer. Dia memang pakar bab-bab “Face Reading”. Dia pun “membaca” la lukisan yang aku lukis tu.
Apa yang beliau cakap
..................................

Awak ni seorang yang misteri.
Awak ada hidden talent yang awak tak tonjolkan.
Awak nak hidup yang aman dan tenang.
Awak sangat sesuai untuk belajar Face Reading.

Yang tu lah paling aku ingat. Paling tak tahan part Misteri tu. Ahaa Yang lain-lain penerangan beliau biar aku je lah yang tau kan. Aku memang Misteri ponnnn...betul tak kawan-kawanku?

Aku memang suka tengok dan “scan” orang. Pastu mengikut pandangan dan gerak hati aku, aku akan conclude orang tu orang yang macam mana. Aku tak ada la cakap kat orang lain. Just analisa peribadi. Ermm..dan gerak hati aku selalunya betul.
Aku memang percaya dengan gerak hati aku. Dan bila beliau cakap aku boleh “membaca” orang memang aku terkejut. Kalo aku belajar lagi macam mana la kan..ehee Okey lah..mungkin kebetulan ATAU mungkin itu kelebihan aku? Hanya DIA yang Maha Mengetahui...Wallahualam~






Coretan Sweet: aku bukan pakar..sekadar suka-suka ja..


:: Ayiena Nur ::

Bila harus memilih..


….Assalamualaikum....


Kabare? Seminggu akhirnya berlalu. Aku telah memulakan kehidupan yang baru di Kota Kuala Lumpur. Cewaaaaaaaahhh...ayat tak bleh blah!! ~

Propa ja lebih. Ehee Tapi ada sebab. Kuala Lumpur bukan tempat asing bagi aku. Dah selalu pun sampai. Jalan-jalan, pergi interview, macam-macam lah. Kalo ikutkan hati, aku memang nak keja di Penang ataupun SP ja. Dekat dengan family. Bukan aku anak manja tapi bersebab. Tak kisah la orang nak kata apa kan. Orang bukan tau semua pasal aku pun. Apa masalah aku ka. Aku okey keja kat mana-mana kalo fikir pasal diri aku ja. InsyaAllah bleh survive. Jauh perjalanan, luas pemandangan kan?


Bulan lepas aku mendapat 2 panggilan interview dalam jarak seminggu. Dua-dua aku pergi. Satu di sebuah bank dan satu lagi di sebuah syarikat swasta. Dipendekkan cerita, seminggu kemudian aku mendapat respond dari syarikat swasta tu. Aku dapat! Syukur alhamdulillah. Tapi yang peliknya saat aku khabarkan kepada mak, aku menangis! Kenapa? Aku pun tertanya-tanya. Begitu juga dengan mak.

Aku minta tempoh masa untuk lapor diri. Beberapa hari kemudian aku mendapat panggilan lagi. Kali ini dari pihak bank.

Cik Nur Lina kan? Bila nak buat medical check-up ye?”
err..medical check-up untuk apa? Tak ada orang call saya pun?”

Dengan slumber aku tanya padahal dah tau pun untuk apa. Ahaa kawan-kawan yang aku jumpa masa interview dah mesej-mesej tanya dapat ka tak. Aku ja yang tak dapat. Sedey! Rupa-rupanya dapat tapi nama aku termiss. Cehh! =p OK. Berbalik kepada cerita tadi. Aku sepatutnya buat medical check up di KL. Tapi tak sempat nak pergi.


Erm..sekarang aku ada 2 PILIHAN. Memang aku sangat-sangat berbelah bahagi. Tak tau mana yang harus aku pilih. Dua-dua perlu lapor diri pada hari dan tarikh yang sama. Aku memang susah membuat keputusan. Even nak order makanan pun selalu lambat. Percayalah! Uhuu Merata orang jugak la aku tanya. Different levels of people. Aku memang suka dengar opinions orang len. Mereka yang lebih berpengalaman dan juga paling penting, insan-insan yang memahami aku. ^__^

Flow dia banyak sebenarnya, tapi malas la nak cita details kan. Kang jadi ‘drama Jepun’ lagi! Ahaa Setelah membuat solat Istiqarah semua, akhirnya pada saat aku telah berada di KL yakni sehari sebelum hari lapor diri aku yakin telah mendapat petunjuk dari-NYA. Alhamdulillah...Syukur dan rasa lega sangat.


10 OKTOBER 2011~ Aku melapor diri di sebuah institusi perbankan. Bank apa? Rahsia laaaaaa...ehee nak tau kena tunggu next entry. Banyak gila benda yang aku nak abadikan di blog kesayangan aku ni. Ada pun satu blog je kan. Mesti la sayang!! =p
Orite..jumpa lagi next entry~  



Coretan Sweet: bleh nampak tempat keja dari umah tau!


:: Ayiena Nur ::

Wordless Wednesday #6


….Assalamualaikum....

Sweet kaaannn?? Ahaa =p



:: Ayiena Nur ::
 


up