Welcome!

Pakwe awok keje mane?


….Assalamualaikum....

Soalan-soalan cepumas gangsa perak tembaga bagai tu dah jadi makanan harian aku. Asalnya sembang dan bertanya hal-hal biasa. Sembang kosong. Saja la meramahkan diri, mengeratkan silaturrahim orang kata. Dah jadi kewajipan agaknya, tetiba mesti akan terselit soalan yang berunsurkan mengorek rahsia. Tak putus asa mereka ni.

Aku
:
Balik awal ke lambat hari ni Jo?



Jo
:
Hari ni? Balik awal la. Khamis kan. Awok tak balik kampong ke?



Hari terakhir dalam minggu memang semua selalunya nak balik awal.



Aku
:
Tak balik pun. Sambil berjalan ke tempat air



Jo
:
Bila awok nak kawen?



Aku
:
Apa Jo... Jo nak kawen, pi la kawen dulu. ahaa



Entah apa dia cakap lepas tu..Aku di tempat air, dia di mejanya.



Jo
:
Pakwe awok keje mane?



Aku
:
Haa? Apa punya soalan budak ni tanya..Pandang dia..



Jo
:
Pakwe awok keje mane?
Dia mengulangi soalan, mungkin dia mentafsir riak wajah aku tadi bermaksud aku tak mendengar apa yang ditanya.



Aku
:
Senyap. Beberapa saat.
Bancuh air, pandang dia semula pastu senyum. 
Nak gelak pun ada.



Jo
:
Dah orang tanya dia senyap pulok.
Sambil bercakap dengan sorang lagi akak ofis then berlalu pergi.



Aku
:
Tak ada jawapan untuk soalan tu sebab tu tak tau nak jawap apa. Aku ketawa.
Tunggu la bila dah ada jawapan nanti.

Banyak kali dah berlaku kejadian seumpamanya. Pernah sekali tu dia pinjam pendrive aku. Bila buka ada lah nama pendrive tu kan. Tu pon jadi kontroversi.

“Nama pakwe Ayie ke?”
Ayie mana pulak?? =_=
ohhh..Ayiena Nur. Kononnya gabungan nama la tu..puiiii..tak ada maknanya!! Ahahahahaha





Coretan Sweet: suka suki dorayaki... =p


:: Ayiena Nur ::

Turun padang


….Assalamualaikum....


Bermula minggu ni kat ofis sebuk dengan ‘urgent task’ dari HQ.
Bagi arahan dah la lambat pastu nak suruh submit by end of this month. Apa kes? Macam orang-orang cawangan ni tak ada kerja lain. Membebel plak. =p Okeh. Positif! Dah arahan. Kena buat juga la kan.

Tugasnya adalah buat inspection ke atas aset-aset yang dicagarkan kepada bank. Hah..bankers turun padang. Disebabkan dah agak bosan bekerja dalam ofis ja, kira menarik gak la tugasan ni. Kena pergi ke tempat setiap client.

Part yang mencabar adalah mencari lokasi client tersebut. Pada mulanya bos keluarkan arahan setiap seorang kena bergerak secara individu. Haaa..memang tak la kan aku nak gerak sensorang. Macam la aku dah terror sangat Terengganu ni.

Selepas mesyuarat, kami dibahagikan mengikut kawasan antaranya Kemaman, Dungun, Besut, Kuala Berang dan Kuala Terengganu. Yang jauh-jauh diberi kepada staf lelaki. Bleh outstation, bermalam kat sana. Jauh kot nak pegi Kemaman tu.

Yang staf perempuan kena area Kuala Terengganu ja tapi situ la jumlah client yang paling banyak. Paling best bila dalam meeting, aku ni jadi pendengar ja bila mereka membuat pembahagian kawasan. Sebabnya..berpusing-pusing otak aku dok detect tempat-tempat yang mereka sebut. Ahahahaha

Pending.........pending........

Aku belum setahun lagi kat sini, elok la pun kan tapi da jugak la tempat yang aku tau. Kagum dengan mereka. Bila sebut je nama client dah tau apa client tu buat, aset apa yang dicagarkan. Semua ada dalam otak. Aku ni? Blurrrrr even client tu dalam portfolio aku. Tak ingat! =_=

Bank aku ni bukan macam komersial bank yang lain, so kerja-kerja dia pun memang orang tak faham dan tak dapat nak gambarkan. Bank aku la sangat, sejak bila nama aku ada dalam share pon tak tau. Senang cakap, Bank ni tak ada pegang-pegang duit. Kerja aku pun tak ada sikit pun sentuh duit melainkan duit sendiri. Ehee

 Kadang-kadang memang ada merasakan yang kerja aku ni agak menarik tapi ntah bila la aku nak jatuh hati dengan apa yang aku buat sekarang. Erm..apa-apa pun, harapnya tugasan ni dapat la disettlekan awal. Aku dah plan nak bercuti panjang setelah sebulan tak balik SP.

Baru sebulan dan rasa macam setahun. Tak sabarnya nak balik!


Sungai Petani, Aku Datang~ ^^




Coretan Sweet: Cuba mencari keikhlasan dalam bekerja, mudah-mudahan diberkati Allah.


:: Ayiena Nur ::

Novel jadi pekasam. Sedap!


….Assalamualaikum....


Hujung minggu yang membosankan.
Si Merah tak ada, tak dapatlah aku nak merayap. Nak berehat pun tak kan nak tido je? Cuti-cuti pun tido aku sama jugak. Tak reti nak tido siang. Bosan bosan. So, kena cari aktiviti yang boleh dilakukan.

Aktiviti seorang suri rumah. Alah..memang dah wajib kena buat pun. Kemas mengemas bagai. Kalau ada Si Merah, dia pun aku kerjakan. Ehee maksud aku, mandikan Si Merah.

Nak menonton drama or movie dah internet habis quota pulak. Cehhh ntah pa pe. Time ni la jugaknya. Boleh la online tapi slow tu tak yah cakap la. Buat panas hati je. On Facebook..on Twitter. Sama ja. B.O.S.A.N. *goyang-goyang ibu jari ke bawah*

Then, terpandanglah susunan novel atas katil. Erm..dah berkurun aku beli novel tu. Bacanya? Haramm tak. Masa aku beli, novel tu baru release. Kira macam pisang goreng panas la. Mengikut details gambar tu, aku beli kira-kira dalam bulan 9. Sekarang bulan 12 oii. ahaa

HELLO, Mr. Perfect!

Mula-mula membaca, tak ada la teruja sangat. Okey, boleh la menarik jugak. Dari page ke page, dari bab ke bab seterusnya. Nampaknya dah mula menarik perhatian dan minat aku. Lama tak membaca novel. Minat aku yang dah lama sepi.

“Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya..”
“Abang cintakan Alya!”
“Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main...abang serius ni!”

Sekarang ni aku tengok makin banyak novel yang suka menggunakan jalan cerita “Alam perkahwinan”. Kisah cinta apabila telah ada ikatan yang sah. Kalau dulu, bercintan cintun..dugaan bagai barulah berakhir dengan perkahwinan. Sekarang ni, dalam rumah tangga. Banyaknya bercinta lepas berkahwin.

Macam novel ni jugak. Perasaan suka dan sayang tu dah ada tapi cinta yang tulus hanya lahir apabila melalui kehidupan berumahtangga bersama-sama.

Comel! Hidup saling melengkapi, sabar, bertolak ansur, berkorban!. Seorang lelaki yang serius dan tegas pada asalnya, menjadi seorang lelaki yang penyayang dan romantis. Ermmmm..ahaks

Okey dah dah. Ni la masalahnya bagi orang macam aku. Bukan aku tak suka baca novel tapi aku malas sebab bila dah baca nanti mula la dok angau sorang-sorang. Memang dah tabiat dari dulu. Bahayanya orang yang kuat berangan macam aku ni bila baca novel. ahaa

Novel yang berkurun aku peram macam pekasam tu aku dapat habiskan dalam masa 2 hari. Itu maknanya novel tu memang best sebab memang aku tak sedar membacanya. Rasa macam termasuk dalam dunia novel tu sekali. =p

Sesebuah novel tu akan membuat hati aku tertaut bila mana adanya unsur-unsur usik mengusik, bergurau senda, gaduh-gaduh manja, pujuk memujuk..haaaa...romantis gitu..
okeh-okeh dah angau balik...ahahaha

Ada satu lagi novel aku belom habis baca. Selalunya bila habis baca satu novel tu aku tak akan terus baca novel lain. Saja nak feeling-feeling layan perasaan dulu. Ahahahaha

Akhir kata, memang tak sia-sia la aku beli novel Hello, Mr. Perfect ni. Kena dengan jiwa. Ecewahh..kbai~



Coretan Sweet: Syed Reeza tetap bertahta di hati ini..~



:: Ayiena Nur ::

Sayang... #100


….Assalamualaikum....

Abah.

Panggilan yang dah lama begitu asing bagiku. Rindu untuk memanggil panggilan itu. Rindu untuk menatap wajah empunya diri. Rindu untuk merasai kasih sayang darinya.

Segalanya tentangmu, aku rindu.

Hanya doa yang mampu aku kirimkan buat dirimu yang tersayang. Moga rohmu tenang di sana dan berada dikalangan orang yang dikasihi-NYA.

Aku bukan hendak meratapi tetapi hanya ingin menyatakan rasa hati ini. Mengingati kenangan yang ada bersamaku. Ya, itu saja yang aku ada. 9 tahun dah berlalu. Begitu pantasnya masa.

Dalam tiga beradik, aku yang akhirnya mengikut jejak langkah arwah. Kalau dari segi rupa, memang aku banyak mewarisi genetik abah. Aku bangga. Kalau dari segi perangai aku tak pasti tapi aku merasakan aku lebih kepada genetik mak.

Abah, kak chik dah jadi pegawai bank. Sama macam abah dulu.”

Perjalanan aku tak mudah. Begitu juga arwah abah dulu. Arwah bermula dari bawah. Berkat usaha dan kegigihan, arwah akhirnya berjaya. Aku masih ingat pada suatu hari tu, arwah tunjukkan buku akaunnya dengan wajah yang sangat ceria. Hasil titik peluh arwah selama ni. Arwah abah sumber inspirasiku.

Kalau aku boleh hidup berdikari, berusaha sendri, kenapa mereka tak boleh? Kenapa susah sangat untuk mereka keluar dari zon selesa tu? Mereka berada di zon selesa dengan menyakiti orang lain. Tak pernah terfikirkah mereka tentang tu?

Terkadang aku tak kuat. Rasa ingin mengalah, berputus asa. Biar semua dugaan dan halangan dalam hidup tu mengatasi aku. Bila difikirkan kembali, aku bukan hidup atas diri aku sendiri tapi aku turut hidup dan meniti di atas kehidupan orang lain. Juga orang yang aku sayangi.

Mak dan arwah abah. Kekuatan aku. Aku percaya, suatu hari nanti semuanya akan berada di landasan yang sepatutnya. Aku tak pasti bila tapi aku percaya dengan kuasa-NYA.

Kasih tak berbelah bahagi, sayang selamanya.................................





Coretan Sweet: Anakmu yang manja kini dah dewasa. ~


:: Ayiena Nur ::

Tersangkut?


….Assalamualaikum....

Hari tu da lunch appointment dengan client. Aku, head unit, bos dan dua orang lagi staff. Client tu dengan akauntan dia. Dia sendiri ialah director company tu. Client under portfolio aku, memang aku selalu deal direct dengan dia. Macam ayah-ayah, baik orangnya.

Makanan sedap, banyak gila lauk yang dipesannya. Makan tak ingat. Ahahaa tapi dalam banyak-banyak la kan, akauntan dia tu kan....ermmm... lelaki..*gelak dulu*

Sedapnya mata memandang akauntan dia! Muahahahaha


Bos interview dia, tanya keja mana sebelum ni sebab dia baru lagi dengan client tu. Pastu bos siap tanya lagi umur dia berapa. Aku ni pon apa lagi, sebok la pasang telinga. Agagagaga 29 tahun! Ehemm tapi kann.. *tarik nafas*

Kat jari dia dah ada cincin! Yaaa..cincin dan aku amat pasti tu cincin kawen. Okey, sekian. Terima kasih. Sia-sia la bos dok promote kata aku ni single lagi. Coihhh

Ehh? Bos promote? Ahahaha bengong. Tak ada la. Masa sembang-sembang tu bos mention la kata aku ni orang luar, belum kawen lagi. =p Bukan bos je, staff lain pon sama la. Tambah-tambah akak-akak tu. Pantang ada peluang je, nak padankan sana sini.

Kena cari orang sini kat dia, baru dia nak dok sini

Kesian la sorang-sorang, cari la sorang sini buat peneman.”

Tak yah balik sana dah la, cari orang sini, dok sini terus.

Wahh wahh wahh..kemain kan. Habis la aku kalau dok lama-lama lagi kat sini. Serius. Ini serius! Mak, tolong cari calon kaihh sebelum anak mak ni tersangkut kat sini. =_=


Balik dari lunch tu aku singgah kedai runcit, disebabkan dah habis waktu rehat aku pun kena la rushing. Terus menuju tempat barang yang aku nak beli. Ambik, ambik pastu ke kaunter bayaran. Masa tu lah aku nak bertembung seseorang. Elok aku mendongak ke muka dia.. “ehh?”

Aku pun senyum. Bukan bukan. Aku sengih! Heeee..yaa dengan bunyi “heee” sekali. Sebabnya? Ustaz pon gelakkan aku. Ahahaha malu! Aku ni kadang-kadang memang macam kartun. Tengok Ustaz Azhar Indrus depan mata sampai tergamam.

Aku pernah nampak dia dah sebelum ni kat kedai yang sama juga. Bezanya kali ni aku betul-betul depan muka dia dan berinteraksi dengan dia. Sempat bagi salam je la. Malu. Kata mereka umah dia belakang tu ja. Potensi untuk berjumpa lagi memang ada la.

Konklusinya? Aku jumpa orang-orang yang hebat pada hari tersebut. Itu ja. ahaa



Coretan Sweet: kuatkan hatiku ya Allah..  ~


:: Ayiena Nur ::


Semangat Disember


….Assalamualaikum....

Satu hari tu aku happy semacam je. Ntah kenapa. Mungkin bangun pagi tu aku dah senyum, so sepanjang hari memang mood baik la kan.

Ohh..mungkin juga sebab azam aku di bulan yang baru. Disember. Sebelum tu aku malas sangat. Terlampau. Tak pernah terjadi lagi tahap kemalasan macam tu. Jadi, sempena bulan baru aku berazam dengan semangat baru. Kerja dengan bersemangat dan gembira.

Pergi kerja pun dah mula nak ‘bersiap’. Ehee Bersiap dalam erti kata sebenarnya. Kalau tak, aku memang tak kesah dengan penampilan diri.

Apa ni banker pakai macam ni.

Awak tu muda lagi, cuba la bergaya sikit, pakai kurung moden ke, kebaya pendek ke.

Macam-macam lagi la komen yang aku terima. Senyum, senyum dan senyum. Satu hari tu, aku pakai blouse dengan skirt labuh. Bergabung pulak dengan beg baru.

Di office, mereka mula menegur dengan kata-kata yang positif. Senyum. Aku bukan tak nak bergaya, cuma takut terlebih pulak bila orang lain biasa-biasa ja. Kalau aku kat KL dulu, pakai la apa pun. Ramai lagi yang bergaya sakan.

Pasal beg baru tu pulak kan, mereka kata cantik. Memang tak salah la pilihan aku. Aku tengok pon terus berkenan. =p Yang bestnya bukan pasal tu. Kejadian tu. Sorang staf laki ni tegur masa nampak beg tu atas kerusi.

Beg sapa tu? Cantiknya..

Aku pun jawap.. “ Tengok tuan dia la..

Pastu dia pon scan, tengok setiap orang. “Mana? Tak ada pon?

Ahahaha kureng! Maknanya tak ada yang match dengan kecomelan beg tu.


Gurauan tu mengembirakan bahkan boleh membahagiakan hati. Sekarang aku dan pandai lebih kurang je dengan mereka. Dah pandai menjawap dengan loyar buruk. Dah pandai bergurau senda walaupun kekadang masalah komunikasi bahasa tu menjadi penghalang. Ehee aku nak menaip secara tepat ayatnya pon tak pandai, so kebanyakkannya ayat aku tu kira lebih kurang la maknanya.

Cubalah untuk senyum setiap kali bangun pagi walaupun hidup penuh dengan masalah. Siapa tahu hari anda akan berubah tanpa disangka? ^_^



:: Ayiena Nur ::

Tuhan Berikan Aku Cinta.


….Assalamualaikum....

Asalnya nak tulis entry ni semalam, malangnya disebabkan tahap menaip aku yang macam kura-kura patah kaki ni semuanya tinggal angan-angan. Ahaa
 
Dan hari ni entah dari mana hujung pangkalnya aku pun tak pasti. Yang pasti, masih terngiang-ngiang soalan yang diajukan mak kepada aku semasa kami berbual di telefon tadi.

“ Dah ada calon ke? Kot dah ada tapi senyap-senyap ja tak bagitahu.”

Ketawa.
Mak buat lawak apa ni tanya soalan macam tu.

“Orang tanya, dia gelak pulak.”

Serius. Mak tak pernah sekalipun tanya aku soalan yang macam tu. Sedara mara tu biasalah. Mak sendiri pernah cakap dia tak nak terlibat dalam hal pilih calon ni. Biar anak-anak yang tentukan sendiri. Bagi aku apa-apa pun, akhirnya akan kepada mak juga. Mak berkenan tak, okey tak, setuju tak. Naluri ibu tu kan kuat.

Ada juga la hamba Allah ni yang beriya-iya sangat suruh aku kawen kan. Pastu tanya “Mak tak pernah tanya ke?” hahhh nah hambek. Sebut lagi, tengok mak dah tetiba tanya. Tak ada angin tak ada ribut.

Kalau aku dah ada calon sekalipun, mak la orang pertama yang akan aku khabarkan. Orang kedua ialah sahabat baik aku. Itu perjanjian antara kami.
Siap buat perjanjian kan. Otak kita memang gila, sampai hari ni. Aku tunggu.


Sekarang ni memang musim soalan-soalan macam tu. Mungkin semua orang nak menyedarkan aku yang aku bukanlah kanak-kanak lagi. Dengan umur aku sekarang memang waktu yang sesuai untuk aku melangkah ke alam rumahtangga. Ececehhh

Memang. Aku pernah berkira-kira umur 24 tahun adalah umur paling awal kalau aku nak menamatkan zaman bujang dan paling lewat 28 tahun. Sooooooooooo..no rush!
Perkahwinan tu bukan untuk sehari dua. I’m still young..konon la kan. Konon! =p

Buat sekian kalinya.
Jujur dan iklas aku nyatakan. Hati ini masih belum dimiliki.
Tak terdetik lagi rasa di hati yang menunjukkan jodoh itu semakin dekat. Mungkin suatu hari nanti. In sha Allah.


“Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta







Coretan Sweet: eeee..malu baca entry sendiri! Ahaks ~


:: Ayiena Nur ::

up