Welcome!

D.E.M.A.M


….Assalamualaikum....


Demam. Hujung minggu lepas aku hanya di rumah sewa. Tiba-tiba je demam. Mungkin juga kerana sekarang memang musim tidak menyehatkan. Di office dah dua tiga orang member batuk-batuk dan demam. Sabtu, aku masih okey lagi tapi memang dah terasa badan tak selesa dan susah nak tidur. Masuk je hari Ahad badan dah panas tapi aku rasa kesejukkan. Nasib la ada housemate tawarkan ubat yang dia ada. Lepas makan ubat dan berehat boleh pulak kan aku ikut diaorang ke SOGO! Membeli barangan dapur dan bahan-bahan nak membuat laksa.

Kat Sogo badan aku dah terasa panas balik tapi dengan slumbernya aku makan pulak eskrem McD! Terbaeklahh kan. Sampai je rumah lepas tolong-tolong apa yang patut dan makan ubat aku terus collapsed. Malamnya pula aku makan anggur merah. Sambil baring menonton tv, housemate aku tolong lumurkan kepala dengan air daun lidah buaya. Sejuuukkk kepala. Teringat mak yang selalu buatkan. Sobsobsob. Bila nak tidur pulak letak kain basah kat kepala. Kalau zaman moden ni bleh la anda guna coolfever yer. Nak tidur still tak boleh. Badan rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal. Entah pukul berapa tertido tapi tu pun asyik-asyik terjaga.


Cerita hari ni plak pagi tadi aku pergi office pastu half day. Masa balik naik monorail boleh plak aku mengelamun. Memang rasa otak dah berpusing-pusing. Tengah hari plak kan. Confirm la panas. Bila train stop dan semua orang dah keluar baru aku perasan “ehh..dah stesen titiwangsa la..” tempat kebiasaan aku turun. Nasib la last stesen kan, memang train stop lama ckit kat situ. Sampai je kat apartment aku pun naik lift. Keluar  je lift aku dah pelik bila tengok rumah depan, “Sejak bila pulak foreigner ni ada basikal? Ermm..Baru beli kot.” Pusing plak kat rumah sewa aku, “alaa..sejak bila pagar jadi warna kuning ni..” LEVEL 20. Salah level la pulak. Rumah sewa aku level 18. Level 20 tu department kat office. Aduyaiii. Memang patut doktor bagi aku MC.


Apasal semacam je entry aku ni. Tak best langsung pengolahan ceritanya! Ahahaha Okey. Yang penting sekarang semasa tengah taip ni aku dah sihat. Hopefully. =p Benda-benda yang aku makan tu kalo demam baiklah elakkan tapi buat sesetengah orang boleh jadi pengubat. So, ikut individu la. Kalo aku memang bukan lagi elok tapi lagi terbongkang ada la.ehee





Coretan Sweet: bawa..aku pergi..~


:: Ayiena Nur ::

Travelog #1 - Melaka Bandaraya Bersejarah


….Assalamualaikum....

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH~

     Tanggal 25 Disember 2011 yang lalu, aku bersama-sama dengan sahabatku yang juga merangkap housemate telah menuju ke selatan tanah air bagi mengisi hari cuti kami berLIMA.Kami ke Melaka dan ianya merupakan ONE DAY TRIP sahaja. Jom tengok apa yang bestnya kat Melaka dan apa cer holiday kami..... ^_^

     Malam sebelumnya, semangat aku search tempat-tempat menarik kat Melaka tu. Almaklumla, dah diberi jawatan “AJK TOURISM” kena la melaksanakan tugas..ye dak? Ada jugak yang search tempat-tempat makan best kat sana. Ketua rombongan pun memberi arahan yang pertama “Semua tido awal malam ni, esok lepas solat subuh terus siap then gerak”.

     Keesokkan pagi, kami memulakan perjalanan. Setelah difikir-fikir nak breakfast kat mana, akhirnya kami decide nak breakfast kat RnR je.


Selepas breakfast kami meneruskan perjalanan hingga ke Bandaraya Melaka. Banyak betul lampu isyarat di Melaka. Jalan pulak jammed, memang BEST SANGAT lah. Setelah beberapa jam akhirnya kami sampai ke Bandar Hilir. Semua tempat tarikan pelancong ada berdekatan tu je, jadi kami terus mencari tempat parking. Kalau dah tadi jammed, hari ni pulak public holiday, tau-tau je la kan keadaan macam mana. Parking pun penat la mencarinya.


Pada mulanya kami ke “RIVERSIDE MELAKA”. Kalau malam-malam baru best naik bot tu sebab laluan sepanjang sungai akan ada lampu-lampu yang cantik. So, kami tukar plan tak jadi naik dan terus ke MENARA TAMING SARI pulak. Jalan kaki je dari tempat tadi. Kami guna FAST LANE dengan bayaran RM50. Kalau tak, entah pukul berapa la baru boleh naik. Sampai je dah berjela-jela manusia beratur.



Tempat seterusnya tak lain tak bukan, KOTA A’FAMOSA. Terkenal dengan kisah sejarahnya. Ohh,aku tak kan cakap pasal sejarah kat sini. Aku cuma akan katakan yang tempat tu cantik untuk sesi photoshoot. Ehee Tak percaya? Tengok la testimoni di bawah.ahahahaha





Dah alang-alang sampai Melaka ni, bila lagi nak merasa NAIK BECA kan? Memang kalau sampai situ akan kelihatan lah beca di merata-rata tempat dengan hiasan yang sangat meriah. Kami pun tak melepaskan peluang tersebut. Kami menaiki beca dari Kota A’Famosa kembali ke Menara Taming Sari.


Asyik jalan-jalan je confirm la perut pun dah lapar kan? Banyak je kedai-kedai makan dan shopping mall berdekatan dengan Menara Taming Sari tu tapi kami nak makan makanan yang lagi best. Dengar ura-ura kalau Melaka ni famous dengan tempat makan yang bernama UMBAI. Malangnya, kami telah tersesat dan akhirnya membawa haluan ke RESTORAN PARAMESWARA. Itu pun berbekalkan pengetahuan seorang rakan yang tengok rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN. Ehee memang clearlah kami makan. Sedap!








Sebelum balik kami singgah di Masjid yang berdekatan. Seronok-seronok juga. Tuntutan sebagai MUSLIM jangan dilupa. ^_^ Okey. Dalam on the way nak balik tu ternampak pulak kereta lembu! Memandangkan masih belum malam kami pun singgah dan naik 1 trip. Seronok jugak. Ahahaha Kereta lembu ni di berdekatan dengan Zoo Melaka tapi di arah bertentangan.


Itulah perjalanan sehari kami ke Bandaraya Melaka. Aku tak dapat nak berikan secara lebih detail tentang berapa kos dan sebagainya sebab almaklumlah cerita tahun bila kan. Dah tak berapa nak ingat. Ehee Entry ni dah lama ditaip tapi tak habis-habis. =p Akhirnya complete jugak hari ni. Konon nak buat travelog tapi tak cukup sempurna plak. Okeylah, jumpa lagi next travelog! Ngeeeee~




    

Coretan Sweet: 1 Day trip yang sememangnya menjimatkan.. ~


:: Ayiena Nur ::

Bulan itu...bulan cinta...


….Assalamualaikum....

antara ciptaan Allah S.W.T yang aku suka.
 
Sedar tak sedar, sudah hampir 6 bulan aku berada di sini. Penantian itu, ku harapkan akan berakhir minggu depan. Hopefully! Aku gembira hidup di sini walaupun kekadang ada juga masalah dan dugaan. Namun aku dapat merasakan yang aku tak akan lama di sini. Ke mana pula hala tuju masa depan ku seterusnya? Aku tiada jawapan.

Banyak yang telah aku pelajari. Ramai juga yang telah aku kenali. Sayang. Aku dah selesa tapi aku harus terima kenyataan yang aku tak akan selamanya berada di zon selesa.

Untuk menjadi orang yang berjaya kita harus berani menerima perubahan dan sentiasa bersedia berhadapan dengan persekitaran baru. Setiap hari adalah permulaan hidup yang baru. Terima kasih Ya Allah kerana aku masih mampu bernafas di bumiMu ini.







Coretan Sweet: tajuk memang tiada kaitan ngan entry...~


:: Ayiena Nur ::

up