Welcome!

DIA #2


….Assalamualaikum....

Kalau entry ni aku taip setahun yang lalu mesti lagi best pengolahan ceritanya. Dengan hati yang berbunga-bunga lagi kan. Ehee Pada mulanya semasa memulakan tugas di sekolah itu, aku sangkakan debaran yang aku rasa kerana nak mengajar di sekolah baru. Lama kelamaan baru aku sedar, setiap kali dia menghampiri atau dekat denganku baru hatiku berdebar-debar.

Paling best saat berada di sekolah tu adalah apabila dia menegur aku. Malu tapi suka. Di bilik guru, meja dia di sebelah kiri belakangku. Ohh..lagi la nak terkeluar jantung. Kalau dia ada mesti tak leh fokus kerja. Aku suka tengok senyuman dia dan bila dia bergurau senda. Aku suka lelaki yang sebegitu. Peramah dan agak ‘senget’ sikit. Senget tu sebab suka bergurau. =p Dia mampu membuatkan aku tersenyum dan ceria.

Kenapa aku yakin dia penyebab hatiku berdebar-debar? Banyak kali insiden ni berlaku. Salah satunya ketika aku berada di bilik guru sedang menyemak buku palajar. Sedang aku kusyuk menyemak, dengan tiba-tiba hatiku berdebar. Aku terus berhenti dan memandang ke arah pintu masuk bilik guru. Saat aku memandang ke situ, dia sedang melangkah masuk. Banyak kali perkara yang sama berlaku. Begitu juga ketika aku sedang mengajar di dalam kelas, jika tiba-tiba hatiku berdebar tentu dia akan melalui kawasan itu. Ya, dia sememangnya melalui kawasan itu.


Aku masih ingat raut wajahnya. Gayanya. Tutur katanya dan juga senyumannya. Pabila dia menegur aku dan berbual-bual, memang itu waktu yang membahagiakan. Hati tersenyum riang. Ceria di wajah terlakar sepanjang masa. Ada juga pada satu hari yang merupakan antara hari-hari terakhirku mengajar di situ, dia tiba-tiba duduk di meja di sebelahku. Entah kenapa dia tidak duduk di mejanya. Aku tidak bertanya. Yang pasti, aku memang dah tak keruan. Hati tak payah cakap la. Memang confirm berdegup kencang. Sampai ada akak cikgu yang lain menegur dia, “Sembang-sembang je ke? Minta la alamat ke apa ke nanti dia nak habis dah tu”. Ada yang tertanya dia minta ke tak? Jawapannya tak. Dia cuma tanya aku tinggal di mana dan dia memang tahu kawasan tu. Katanya ada sedara yang tinggal di taman yang sama.

Hari terakhir ku disitu rasa sedih pulak. Haa, masa hari last tu aku ada buat kek. Paling seronok bila dia pun rasa. Sedap! =p Tapi..paling menyedihkan bila dia sibuk pada hari tu. Hari terakhir aku nak melihat dia dengan sepuas-puasnya. Akhirnya aku berkata di dalam hati “Andai dia jodohku, tentu aku akan bertemu semula dengannya”. Lelaki yang baik adalah dengan perempuan yang baik. Kalau lelaki yang baik macam dia tu, ermm..memang aku tak layak la. Malu pun ada.


Dia Ustaz. Ustaz muda yang hanya memakai songkok apabila ada majlis rasmi. Dia tak kacak tapi kacak dimataku. Dia ‘cute’ dan nampak muda dari usia sebenarnya. Aku tak tahu kenapa aku suka dia. Yang pasti bila memandang wajahnya, aku rasa “dalam hati ada taman”. Aku nak sangat jumpa dia buat sekian kalinya. Nak je aku inbox FB dia, “Assalamualaikum Ustaz”. =p
Namun aku yakin tentu dia dah berpunya saat ini. Sebab itu juga aku berani mendedahkan rahsia hati ini. Kerana kini.....semuanya hanya tinggal “sekadar suka-suka”.




 Rinduku Padanya          DIA#1



Coretan Sweet: 1 rahsia hati yang telah dibocorkan.. ~


:: Ayiena Nur ::

3 comments:

Zai Zamree said...

Insyaallah...pasti ada jodoh yg Allah ciptakan untuk lina... :)

Kira Sakura said...

ala ala sweetnya kami baca.. insyaAllah yang disediakan untuk kita pun yang terbaik untuk kita nanti.. kami doakan ;)

Cik Puce said...

Kak Zai >> aminn..insyaAllah..tengs! =)

Kiera >> tentiuu..insyaAllah..jodoh tu Allah dah tetapkan kan? cuma kena sabar je.. =)


up