Welcome!

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


Assalamualaikum....

                31 MEI…apa ada pada 31 Mei? Macam2 yang leh terjadi pada 31 Mei..Masing2 ada event tersendiri macam hari lahir..tapi sekarang bukan nak cita pasal tu..nak cita pasal benda len yang sangat lah penting..semua orang dah tau pasal ni..tapi mungkin masih ada yang x tau atau sedar tentang kewujudan WORLD NO TOBACCO DAY @ HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA…


31 MEI - HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


                Haa…x tau tembakau tu apa? P buka kamus dewan..kalo nak advanced..google je..bleh? ehee ROKOK tau?? Mustahil x tau..budak 1 tahun pn tau..sebab apa? Sebab wujudnya manusia2 yang x da sifat tanggungjawab dan hormat pada orang len..SANGAT MELUAT tengok orang yang suka2 hati merokok kat tempat awam..Okey..mungkin kat ctu x da larangan merokok..TAPI kalo da baby kat ctu..x kan la x da akal nak berfikir? X da hati ke nak kesian kat baby tu…mana p sifat2 tu semua?

Hebat sangat ke dok hembus camtu?


Perkara ni memang pernah terjadi dan saya sendiri berada kat ctu..dah la memang sakit hati sebab kat tempat makan..tengah breakfast..bleh plak p merokok kat ctu..orang nak hirup udara pagi yang segar dia dok mencemarkan plak..heh..bertambah sakit hati bila dia hembus asap rokok ke arah baby yang da kat ctu..amboihhhhh…MEMANG X DAK SIVIK..naseb bek x kena sembur..(macam la pndai sgt nk sembur2)..hek3..walaupun marah tapi kena ingat..kalo nak tego orang kena berhemah..macam promo bawah ni..cheq pn wat ala2 cmtu la..tapi smua jari guna..rasa mau nak “pang” sedas je..k2..sabo… =p



Dengan ini saya berharap sangat kepada perokok di luar sana TOLONGlah cuba berhenti merokok..setahu saya, x da kebaikan langsung merokok ni..betui x??? kalo da sila tinggalkan komen..dah la merosakkan diri sendiri..secara x langsung memudaratkan orang len jugak, mungkin tanpa anda sedar…sekurang2nya hormat la orang len..jangan merokok sesuka hati kat tempat awam..kalo anda x kisah pendek umo..x kesian kat diri sendiri..kasihanilah insan2 sekeliling anda.. =)




Buat mereka yang tidak merokok.. ^_^
           
           



p/s: sangat sensitive dengan asap rokok..



:: Ayiena Nur ::

Salma & akak Kesayangan...ehee

Assalamualaikum....

Kembali mencoret di satu2nya blogku ini..ehee hidup mesti diteruskan walau berjuta dugaan menghimpit diri..cewah..Always be +ve.. ^__^ ..Harap semua sihat belaka..sebelum nak wat entry yang sebenar2nya…nak wat entry ni dulu..kebetulan baru je lagi..otak pun fresh nak menzahirkan ke dalam blog ni.. =p

Gambar dari Fanpage Mentor 5.. =)

Okey..semua sedia maklum Mentor 5 dah pun berakhir tadi iaitu pada 29 Mei 2011 dan Juaranya ialah SALMA dan mentornya ERRA FAZIRA…weeeeeeeeeeeeeeeeeeee…..saya salah seorang yang bergembira malam ni..berdebar2 dah macam mentornya plak..ahaa masa Konsert Separuh Akhir memang frust la Salma hampir2 tersingkir gara2 markah yang tersangat lah rendah pada Konsert Separuh Akhir 1..tapi sudah suratan dan mungkin juga rezeki Salma..TV3 memberi peluang sekali lagi kepada Salma dengan membawa 3 peserta ke Final..

Konsert Final (gambar dari twitter Erra Fazira)

Kalo da yang buka fanpage Erra Fazira or Salma lepas semi-final tu..memang bleh tengok la..ramai yang suggest and beria2 suruh Erra berikan lagu LISTEN tuk Salma nyanyi masa Final..ermm..saya pun pelik..apa yang specialnya lagu tu..maka, tangan ini pun dengan pantas membuka website youtube da search lagu Listen..DAN jawapan ditemui! Ada video2 lagu Listen yang dinyanyikan oleh Salma..masa karaoke..masa pertandingan..memang Superb la nyanyian dia..patutlah peminat2 suruh nyanyi lagu tu..SAYA PUN SETUJU..ehee



Rupa2nya Kak Erra memang dah simpan bek punya lagu tu untuk Final..lagu favourite Salma..sangat sesuailah! Masa Final tu semua saya suka..lagu2 yang Salma nyanyi..penyanyi jemputan pun one of my favourite jugak..sokong habis2an masa Malaysian Idol dulu.. =p sapa yang x sempat tengok leh p tengok kat http://www.tonton.com.my/...

Gambar dari  Erra Fazira Official Fanpage

Tahniah buat Salma..anda pernah tersungkur, kembali bangun dan akhirnya Berjaya..Semoga terus success..tak lupa juga buat MY ALL TIME FAVOURITE a.k.a AKAK KESAYANGAN : ERRA FAZIRA..tahniah kerana mempunyai protégé yang hebat dan telah memberi tunjuk ajar sehingga Salma bergelar JUARA MENTOR 5… =D

Erra Fazira & Salma - Fanpage Mentor 5






p/s: ceq suka Salma bukan sebab Kak Erra nah..tapi sebab sora power dia..dah kebetulan mentornya Erra..bertambah2 sokonglah..ehee



:: Ayiena Nur ::

Dugaan Itu Manis.....

Assalamualaikum....

Di kala jam jam menunjukkan waktu yang kian menjengah ke pagi, aku mula mendapat semangat untuk menulis. Bukan dengan mata pena mahupun tinta, sekadar menaip di blogku yang tidak seberapa ini. Kenapa “AKU”? Kerana aku bermonolog sendirian. Maka, lebih sesuai kiranya begitu. Aku cuba menilai semula diri ini yang semakin rapuh, semakin goyah, semakin kehilangan semangat. Aku sedar, aku tidak sepatutnya begini. TIDAK sesekali! Namun aku hanyalah insan kerdil di muka bumi Allah SWT ini.

Pelangi yang indah..munculnya selepas hujan..

Selama mana mampu aku bertahan? Selama mana mampu ku pendam? Kata orang, lebih baik untuk kita meluahkan kerna takut kelak memakan diri. Tapi, sesungguhnya aku seseorang yang suka memendam rasa. Amat susah untuk aku meluahkan apa yang aku rasa walaupun untuk mendapatkan atau menegakkan hak aku sendiri. Begitu juga untuk membantu orang yang aku sayang. Aku melihat tanpa mengeluarkan kata-kata. Yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepadaNYA.


"Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202)

Aku berharap satu hari nanti ALLAH SWT akan menjadikan aku lebih kuat untuk kebaikan dan membuka hati mereka supaya mereka sedar tentang kesilapan dan tanggungjawab sebenar mereka. AMIN. Aku sedar….yang Allah SWT sedang menguji aku untuk sekian kalinya. Aku pernah menghadapi dugaan yang lebih perit dalam hidup. Kehilangan orang yang ku sayang. Orang yang penting dalam hidupku. Orang yang tiada galang gantinya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. AL-FATIHAH~


Astagfirullahaladzim! Aku redha dengan ujianMu. Namun, aku terbawa-bawa dengan perasaanku. Aku lemah Ya Allah. Aku tak cukup kuat. Ampunkan hambaMU ini. Aku akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Aku tak kan berputus asa. Tidak! Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Agar terkurang bebannya walaupun tidak sepenuhnya.

Hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

 “Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.”


Aku percaya pada Qada & Qadar. Aku percaya setiap orang ada rezeki masing-masing, ada jalan hidup yang TERBAIK yang telah ditentukan untuknya. Tapi itu bukan bermakna aku hanya perlu menjadi manusia pasif. Menerima segalanya tanpa usaha. Bukan itu yang dimahukan oleh DIA. Setiap manusia mahukan yang terbaik dalam hidupnya tapi ingat, tak semua akan kita perolehi.Jangan dicari kesempurnaan… BERSYUKUR~



Sesekali Diuji - Nice
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Huhh……..

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Ohh….

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Ohh….

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)

 





p/s: dugaan itu manis jika dihayati dengan mata hati yang ikhlas. =)


:: Ayiena Nur ::


21 Mei 2011~

Assalamualaikum....

Hari Sabtu baru ni ialah hari lahir Mak…21 Mei..kebetulan jugak pada hari tu geng KBU da wat mini gathering kat Penang…waaaa…kalo x da hal memang la nak join..bukan jauh mana pun..Penang tu memang dekat di hati lah..I.C -07- la katakan..ehee tapi Mak mestilah diutamakan….betuiiiii x? Len kali mesti depa da wat lagi kan..anggap x da jodoh nak jumpa hari tu.. =)

Okey..bila hari lahir dalam family memang selalunya akan wat makan2..bukan nak celebrate mana pun..just kumpul ramai2..makan2..memang tu la aktiviti utama disamping bersyukur pada yang Maha Esa kerana dipanjangkan umur..haa..makan je kejanya..isk3..ikut plan asal, lina nak wat Western Food..tapi disebabkan menu hari Jumaat x jadi, maka dipostponed la ke hari Sabtu…sebab apa x jadi? Leh tengok ENTRY ni..

Nasi Ayam akak yang wat..cheq tolong2 je..ehee

Purple Velvet Cupcakes yer... =p
Ni la menu Hari Lahir Mak..Nasi Ayam dan Cupcakes…Cupcakes ni special sebab apa…ahaa…gelak dulu..gelak jahat..orang elok2 wat dia Red Velvet Cupcakes..lina dengan SUKACITAnya menukar menjadi PURPLE VELVET CUPCAKES! Muahahahahaha… =p haaa..cheq memang cmtu..suka2 je nak wat pa..kita yang wat dia kan..nanti biskut raya nak wat purple gak..ngeeee…

ni rupa sebelum masuk oven..tadi x nampak purple dia kan..ehee
Kalo sapa2 x penah rasa lagi kek ni..p la cari kat mana2 kedai..tapi lina pun x sure la ada ke x..slalunya tengok yang order online tu ada la..haa..p try..confirm nak lagi..memang serius sedap..sebelum ni memang lina wat Red Velvet tapi kali ni saja la tuka..nak special kan..ehee kalo nak wat sendiri pn bleh..x susah..bahan2 pun simple je.. =)

Makan2 jugak..tapi jangan sampai terlebih naaa….kesihatan tu penting..pastikan bersenam sekurang2nya 2x seminggu..okey..jumpa lagi~






p/s: sapa lagi lahir 21 Mei?


:: Ayiena Nur ::

Membawa Diri.... (Part 2)

Assalamualaikum....

Haaa…lambat betul sambungannya..Entry ni adalah sambungan dari entry Membawa Diri (Part 1). Hari tu last skali pasal ayam golek kn? Sambil makan ayam golek tu, lina ngan akak dan adik kawan sembang2..pastu akak dia tanya petang ni x mau p mana2 ke? P Tugu Negara ke..Al-kisahnya, semalam dah nak p Tugu Negara...tp x jumpa...last2 x jadi...ahaa dah la time orang balik keja..memang jam la jalan..so, hari ni nak cari sampai jumpa..Semangat!

Bila dah siap2, tiba2 dengar bunyi guruh..dengan langit pn dah gelap.. “alamak..tadi dah berhenti hujan..nak hujan balik ni..cm mna? ” lina pn tanya kat Kak Wahida..Kak Wahida kata x pe kot..hujan kejap je..kami pun meneruskan plan..Masa keluar lina bawa siap2 beg nak p umah sepupu..memang x sempat balik umah dah..nanti nek train kat Masjid Jamek trus.

Tugu peringatan kepada jasa Wira Negara kita..

On the way p tu hujan dah seriat..kami pn happy la..nanti mesti cantik suasana lepas hujan.. =) tapi…………jangan lupa..kami bukan tau jalan pn! Ahaa…men jalan je berbekalkan signboard..apa fungsi signboard tu kalo x manfaatkan..kaannn? Mula2 tersalah jalan lagi..pastu pusing2 AKHIRNYA…………..sampai jugak kami kat TUGU NEGARA…depa dua penah gak p masa kecik2..lina ni seingatnya x penah menjejakkan kaki lagi la..terharu btul.. =p


Haa..lupa nak cakap..masa pusing2 tu, hujan dah mula turun balik..uhuu kami pun meredah hujan dan bergambar ala2 tu gerimis mengundang je..ehee dan masa tu pn x da orang! Apa lagi..tempat itu kami yang punya la..ahaa

Errrrrrrrrrr….kenapa entry ni rasa cam terpanjang plak? =p k2...Next, lina pn meneruskan perjalanan ke umah sepupu pas turun kat Masjid Jamek..ambik train ke Bukit Jalil..sebelum nek train nak ke mana2 lina akan check website dulu..pastu tanya kawan tuk confirmation…nak tau laluan atau train apa..bleh tengok gambo kat bawah ni…ataupun klik cni >> RapidKL


Dah janji ngan sepupu jumpa kat Bukit Jalil sebab umah dia kat Seri Kembangan…malam tu tunggu mak cik, mak long ngan yang lain2 sampai dari SP..sementara tunggu tu, sepupu pun pasang cita CUN..haa..pucuk dicita ulam mendatang…memang lina nak tengok cita tu..tengok thiller best je..relax..lawak..ermm..pastu, dah malas nak cita..ehee pa yang dilakukan bila dah semua berkumpul? Sembang2..makan2..masak memasak..dan macam2 lagi..nak tau ke? X yah la kan.. =p

Bertolak balik ke SP ngan Pak Cik hari sabtu pagi..Mak Cik tinggal sebab nak jaga sepupu yang akan bersalin pada bila2 masa..ehee On the way balik, perjalanan lancar..trafik agak perlahan jugak walaupun hari cuti..cewah..cam berita lalu lintas plak…sampai je kat area Kuala Kangsar..tiba2 dengar cam bunyi len je..ingatkan memang jalan cam tu..rupa2nya tayar pancit..sampai leper trus..haa..1st time jadi camtu..pak cik pun memulakan operasi menukar tayar..mak long plak call kawan dia kat PLUS..tapi elok dah pasang tayar, tinggal nk skru je baru depa sampai.. =p


Jadi, apa yang penting di sini adalah sila pastikan anda ada menyimpan no talian kecemasan PLUS…pa pe jadi kat atas highway leh la call..sediakan payung sebelum hujan..benda nak jadi kita x tau kan..ni no dia PLUSline : 1800-88-0000 ...simpan jangan x simpan.. =) Akhirnya kami selamat sampai ke Sungai Petani..Alhamdulillah...tu la perjalanan Membawa Diri lina setelah dipendekkan.. =p








p/s: memang suka letak titik banyak2.. =p


:: Ayiena Nur ::

Apa Kaitan Roti John dengan Nur Kasih?

Assalamualaikum....

Apa kabo kawan2 semua? Kalo da yang x sihat tu p la jumpa doctor noh..kalo dh jumpa, jangan lupa makan ubat..ni dok simpan wt pekasam je..ehee tuan punya blog ni pn x berapa nak sihat..hari tu dh demam..ni batuk plak..sama2 la kita jaga kesihatan yer..Apa kaitan Roti John dengan Nur Kasih?? jom baca....................

Hari ni breakfast kat luar..selalunya kalo jumaat memamg cmtu la..sebab hujung minggu kat kedah ni kan..kali ni tukar selera..asyik2 nasi lemak ngan roti canai je..lama2 borink gak.. =p haaaa…nak tau lina makan apa??

Roti John Hong Kong~

Ni la breakfast lina hari ni..rindu sangaaaaaaaaaaaaattttt! Lina dok makan benda alah ni la masa study kat USM dulu..kenai pn kat sana la..kat Subaidah dalam USM tu..kenapa rindu? Mesti la sebab dah lama x makan..hari tu da la p makan kat 1 kedai nasi kandaq dekat umah ni..memang berangan2 nak makan roti john tu la..bila waiter tu mai ja, dengan semangatnya “ Roti john satu!”..TAPI….dengan muka selambernya waiter tu jawap.. “ x da…” heh?? X da? Kenapa x da? Ingat kot semua nasi kandaq da..frust! x mau makan dah..eleh..yer la tu..makan jugak..tp x ingt makan pa..ehee


So, pagi tadi gitau la kat mak..mak kata kan ada Subaidah kat cni..aah..memang ada tapi kat SP Selatan..uhuu mak jawap:“ala..bukan jauh mana pn..kalo dah nak makan” itu la sifat seorang ibu..anak2 punya pasal kan..apa2 pn bleh..nk breakfast sampai ke Penang pn bleh..ehee

                Tu kisah paginya..mengikut plan asal, menu tengah hari nak wat Nasi Ayam..tapi x jadi plak..tengah beli2 barang, budak2 pejabat mak mesej gtau depa jadi tengok Nur Kasih The Movie..haa..dok tok tek..tok tek beli barang dah kul bpa dah..last2 postponed esok..isk3..Nur Kasih punya pasal.. =p


                Tengok wayang kul 2.30ptg..masa nak beli tiket, mak aii..punya la berjela kena beratoq..dekat setengah jam gak la..memang full panggung..dapat la line depan2..layan je la.. =)  nak tau apa komen lina pasal cita tu?? X mau? X mau dah..tutup mata..ehee errmmm…lina sebenarnya x pandai sangat nak komen2 ni..ahaa pada pendapat lina la kan..kan..lina suka cita ni..walaupun jalan cita dia leh diagak jugak la masa tengok tu..tapi…still da rasa tertanya2..tu specialnya..pembawakkan cita memang menarik..paling lina suka sinematografi dia..ehh? betoi ka tu..pandai2 ja..ala, yang sudut pandang apa yang kita nampak tu..kamera bukan dok depan muka pelakon ja kn..x tau la cheq nk terang.. =p gambo memang cantekk..pastu ngan lagu2 yg mengiringi sepanjang cita tu…best! Pendek kata..semua la lina suka KECUALI Ilyas besaq…ahaa kenapa x suka? Sebab x suka la..x sesuaiiiiiiiiiiii! Suka tengok Ilyas masa kecik..nampak seorang budak yang bijak.. =) k lah..kang tercita semua plak..cian kat orang yang x tengok lagi..x best kalo dah tau jalan cita..

Ketuhanan..Kasih Sayang..Kekeluargaan..

Buat mereka2 yang x minat or x suka cita ni, tengok la skali..x kan x da langsung part yang menarik hati? Lupakan pelakon2 dia or pa pe lah yang buatkan anda x suka tu..sebab cita dia ada mesej tersendri..da UNIKnya..berbeza dengan filem2 melayu yang kita selalu tengok..kalo cita tah pa pe yang membawa budaya2 negative kamu leh suka..kenapa cita yang membawa dan memartabatkan budaya melayu yakni Agama Islam bleh x suka plak??? Penuh dengan sifat kekeluargaan dan kasih sayang lg..Fikir2lah..mesti da something wrong somewhere tu..ye tak?

Banyak plak melalut..isk3..Conclusion?? kaitannya...dua2 berlaku pada hari yang sama..tu je..ahaa dah lewat..sok banyak lagi benda nak wat…jumpa lagi..ingatttt…jaga kesihatan..jaga tingkah laku..cewah..ehee =p





p/s: kalo la da orang ucapkan bait kata ni
“ Nur adalah anugerah terindah abang”.. =p


:: Ayiena Nur ::

Si Kecil Itu...

Assalamualaikum....

Sapa yang suka budak2?? Rasanya ramai je kan..geram bila tengok budak2 comel..tambah2 kalo yang baby lagi tu..nak cium2 je sepanjang masa..ehee entry kali ni lina nak kongsikan kesayangan2 lina..budak2 kecik yang da dalam family lina..anak2 akak dan juga anak2 sepupu..tiap2 tahun da je baby baru..So, tiap2 tahun leh cium n main ngan baby!! Seronok…tahun ni InsyaAllah 3 orang kot..ehee

Memang best tengok gelagat ngan keletah yang x reti pa pe lagi..yang baru berapa bulan dengan gaya comeynya..yang dah beso ckit dengan nakal & kepandaian masing2 da la benda yang leh mencuit hati..meh kita tengok gambo budak2 comey yang lina sayang ni…………… <3



Ni nama dia Muhammad Haikal Danial..anak sulong akak lina..kecik2 mmg comey..bulat..muka dia masa kecik memang sebijik muka adik lina..sapa2 yang tengok mesti akan tego and kata cmtu..mak kata kat akak “tu la..dok gaduh sangat ngan adik tu” ahaa..



Yang ni plak anak ke-2 akak, Muhammad Harith Mikail..yang ni len ckit dari abang dia..x bulat sangat..jari2 pun panjang2..lagi putih melepak..ngan rambut perangnya..mak dia cmtu la masa kecik2..muka dia lembut cam pompuan kn? Ehee

Sorang cam Pak Sunya, sorang cam Mummynya..cam Mak Chik ni x da ke? Mungkin coming soon..ahaa =p okey..seterusnya anak2 sepupu plak..budak2 ni p Taska..jadi macam2 lagu la yang depa blaja..dapat bayangkan x bila budak 3 tahun menyanyi? Sangat cute ok! =p selain dapat dengaq depa nyanyi, dapat gak la mengimbau kenangan masa kecik2 dulu..sebab lagu2 macam kita dok nyanyi kecik2 dulu gak la..

Contohnya….”air pasang pagi..surut pukul 5..nyonya bangun pagi, siram pokok bunga..” haa..da tak? Leh sambungkan lagi x? ahaa k2..len kali baru kita cita pasal lagu..jom tengok gambo budak2 cute ni plak.. =)






Rasanya da banyak lagi..nanti la lina selongkaq laptop ni.. =p Tentiu sudi singgah kat blog Purple Itu Sweet ni...len kali jalan2 la lagi kat cni yer..



:: Ayiena Nur ::

Aku Jatuh Cinta!

Assalamualaikum....
Yups!! Lina dh jatuh cinta..yeay!! ehee..dh jatuh cinta smpai teringat2 ni..
Segalanya bermula pagi td..lepas p market..singgah la kejap kat nursery..kebetulan sebelah tmpat parking keta je..nk beli tanah..aah..beli tanah nk wt umah sebijik! Ahaa..apa kes plak beli tanah kt nursery? Ni nursery pkok2 yer..beli tanah yg longgok2 tu je..tanah berekar2 x mampu lg.. =p

Sewaktu melangkah masuk..tiba2 mata terpandang ke satu arah..waaaaaaaaaa…Cinta Pandang Pertama! Ohh..beginikah rsanya..bru ku tahu..weeeee~

Ahaa..mmg gila cantek! Mata ni mmg sgt pantas menangkap bnda2 yg purple..tp pokok bunga tu mmg cantek kn? Pe lg…lina pn mula la interview tokey tu..dia kata nma bunga tu EUSTOMA..haa..kalo nk tau, 2 la 1st time lina dgr nma bunga tu..and rsanya 1st time tgk jgk..sbb tu la jatuh cinta pandang pertama..ehee harga x tnya pon tp kt pasu tu da tempek tag hrga RM17.50..kalo nk beli slalunya murah lg la..tmbah2 regular customer kn..
Tapi td lina just belek2 je..geram2!! kat sebelah lagi da wrna2 len..mcm2 wrna da..light purple pn da..mmg teruja lah..pastu round2 jap kt dlam pastu trus beli tanah..x leh lama2..kang masak ikan2 kat dlm bonet tu.. =p balik umah cita la kat mak..jumpa bunga cantek td dgn pnuh semngt..ahaa smpai tgh siang ikan pn dok t’ingt2 lg..

Antara versi warna yg len..
Kononnya nk search la psl bunga tu..tp x da masa plak..Sampai la malam, tgh tgk cita pa tah tiba2 teringat..tp nama dia dh lupa la plak..adoi..cm mna ni?? Alah..risau pa..nama je lupa..rupa lom lupa kn..Mula la misi mencari Bunga itu..search kt google image guna Purple Flower..punya la byk..tp semua bukan..smpai dh blakang2..akhirnya jumpa jgk.. “Usaha Tangga Kejayaan”.

ni la yg jumpa msa cari..
Dah tgk gambo, tgk plak nama dia btul x..haa..Eustoma..tul la tu..ingt yg ujung2 je..ehee bunga ni da nama len jgk tau..LISIANTHUS…Okey! Misi Berjaya! =D kalo nak tau lg pasal bunga ni leh check out this website>>> Eustoma@Lisianthus
Esok nak p beli pokok bunga tu..x kira..ahaa..rsanya kn, kalo orang nk bg bunga, bek bg pkok bunga cmtu..dh la cantek..tahan lama plak tu..nnti kalo layu pn..akan tumbuh yg baru plak..kn3?? tp dengan syarat kena jaga la.. =p






p/s: gambo2 adalah ihsan dr google..tentiu Google!


up