….Assalamualaikum....
First time aku nak share resepi kat blog ni. Bukan kedekut cuma pemalas sikit ja nak taip balik. Ahaa
Okey..Selamat Mencuba.. =)
LASAGNA BERSOS BOLOGNESE
Bahan-bahan
Bil | Bahan | Kuantiti |
1. | Pasta Lasagna | Secukupnya |
2. | Mentega | 2 tbsp |
3. | Tepung | 2 tbsp |
4. | Susu UHT | 3 cawan |
5. | Garam | Secukupnya |
6. | Lada sulah | Secukupnya |
7. | Bawang Holland (dipotong dadu) | 30g |
8. | Sos cili | 2 tbsp |
9. | Puri tomato | 2 tbsp |
10. | Pes Bolognese sos | 2 cawan |
11. | Daging cincang | 300g |
12. | Stok ayam/daging | Secukupnya |
13. | Daun bay | 1 keping |
14. | Mozarella Cheese | 100g |
Kaedah memasak
1. Rendam pasta lasagna
2. SOS PUTIH:
- ROUX: Cairkan mentega dengan api yang kecil. Masukkan tepung, kacau hingga menjadi pes. Nisbah untuk membuat roux berdasarkan berat ialah 6 tepung dan 4 lemak.
- Masukkan susu di dalam periuk. Masukkan roux sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan wire whisk sehingga sebati dan tidak berketul.
- Masukkan daun bay dan masak dengan api perlahan sehingga agak pekat. Keluarkan daun bay.
3. SOS BOLOGNESE:
- Tumis bawang holland sehingga layu dan berbau wangi.
- Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak dan kering airnya.
- Masukkan pes sos bolognese, puri tomato, sos cili, daun bay dan stok ayam/daging.
- Letakkan garam dan lada sulah secukupnya. Masak sehingga pekat. Buangkan lemak yang berlebihan dan daun bay.
4. Di dalam loyang, sapukan mentega, Susun pasta lasagna di bahagian bawah sekali di dalam loyang. Sendukkan sos bolognese ke atas lasagna sehingga rata. Sendukkan pula sos putih.
5. Ulang kaedah ini sebanyak 3 kali. Akhiri dengan pasta lasagna, sos putih dan Mozarella Cheese.
6. Bakar selama 20 minit pada suhu 180°C sehingga bahagian atas menjadi kuning keemasan. Tambah masa sekiranya perlu. Sejukkan sebelum dipotong. Panaskan semula untuk dihidangkan.
Coretan Sweet: kalo sedap gtau..kalo tak sedap, buat lagi sampai sedap..ehee ~
:: Ayiena Nur ::