….Assalamualaikum....
Backdated Entry. Ehee
~Tahniah~
“SELAMAT PENGANTIN BARU SYAKIRA & NADZRI”
Baru lagi ke? Baru laaa belom setahun lagi kan. =p
Adek ni nak buat ucapan berbunga-bunga sangat tak
pandai.
So, ucapan tulus ikhlas dari hati......
“ Semoga
berbahagia si Uda dan Dara, hingga ke Jannah hendaknya. Tercapai segala yang
dicita dan diimpikan bersama. Membina mahligai, menyemai kasih, mendidik bakal solihin
dan solehah, pewaris keturunan dan agama. Dengan izin-Nya..“
^_^
Rentetan perjalanan ke Majlis Perkahwinan mereka berdua:
Kuala Terengganu – Sungai Petani
Pada mulanya tak dapat menghadiri majlis tersebut
sebab aku plan nak bercuti panjang dan pulang ke kampung di Johor bersama
keluarga. Lain pula jadinya. Cuti tak dapat penuh dan nampaknya rezeki lebih memihak
kepada kenduri tersebut.
Balik kampung tu lain kali pon boleh balik kan? Tapi perkahwinan
mereka berdua adalah sekali tu ja. Tak berakhir di situ, cuti dah lulus tapi
tiket bas pulak habis. Pening jugak time tu. Tak kan nak cancel cuti? NO NO NO.
Si Merah kan ada?
Sebenarnya dah banyak kali aku nak cuba drive balik
ke Sungai Petani dari Kuala Terengganu dengan Si Merah tapi memandangkan
perjalanan yang jauh dan aku keseorangan, ramai yang menghalang. Dan di saat getir
tu aku dah terfikir “mungkin ni la
masanya.” Kebetulan juga Pakcu pon nak balik dan dia pon tak dapat tiket.
Tanya Mak, mintak izin. Mak izinkan tapi permulaan ni
drive la waktu siang katanya. Mak memang sentiasa mendidik anaknya untuk hidup
berdikari sebab Mak sendiri memang begitu. Yang penting kepercayaan Mak. Aku
berani cuma aku............tak tau jalan! Ahahahaha Bila dah deal ngan Pakcu,
aku siap pesan dia standby GPS. Tugas Pakcu haritu jadi penunjuk arah, peneman
dan pendengar setia aku membebel serta menyumbangkan lagu. Maap Pakcu nahhhh.
Sungai Petani – Ipoh
Dah confirm balik barulah aku bleh plan nak pergi
kenduri dengan sapa dan bila. Sebuah kereta dah confirm nak pergi, Kak Shida,
KA, Pakcu & Anith. Plan mereka nak pergi hari Sabtu. Okeh, kalo petang
sikit aku bleh la join konvoi sebab Sabtu tu ada kenduri di Gurun.
Panjang plak dah aku menaipnya haaaa..adehh Senang
cita akhirnya aku deal dengan Si Pengapit lelaki sebab dia pon dok terawang-awang lagi
nak pergi dengan apa. Ahaa Si Pengapit iaitu Naim plak jadi mangsa menjadi
tukang drive sepenuh masa untuk misi ke Ipoh. Tengs encik! Sengal badan balik dari KT belom habis lagi
oiii..drive direct kot. Stop pegi toilet ja. ehee
-IPOH-
![]() |
| Gambar sebenar pengantin. ^ ^ |
Selain misi utama iaitu Kenduri, alhamdulillah banyak
aktiviti lain yang turut menyerikan misi ke Ipoh. Dah macam pergi bercuti pon
ada. Gembira sangat. Syukur!
| Kenal member-member baru dari Blogger Perak. KBU & BP memang sempoii.. |
![]() |
| Breakfast di Restoran Vanggey #JJCM |
| Menyinggah di sini juga! |
| Aku dan mereka. |
Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat kedua
pasangan pengantin dan juga sahabat-sahabat yang hadir dalam memori dan
kenangan waktu itu. #BFF #KBU #BP
Aku rindu, sayang kamu. Ecewahh
Coretan
Sweet: credit kepada pemilik-pemilik gambar yang berkenaan..ehee ~
:: Ayiena Nur ::


























