Welcome!

Jodoh tu Kuasa Allah S.W.T~


….Assalamualaikum....

Topik HANGAT sejak kebelakangan ni ialah KAWEN! Amboi..sana sini orang dok cakap pasal kawen. Member-member pakat hantar dan invite ke kenduri dah. Paling ramai member semasa di USM. Alhamdulillah..Tahniah buat mereka. Moga berbahagia hingga ke syurga hendaknya.. ^_^

Aku? Tak yah la dok tanya soklan tu. Dah letih den nak menjawapnya. Macam ni la kehidupan. Bila dah habis study, “Dah keja ka?, Keja kat mana?, Tak dapat keja lagi?”. Keja..keja..keja..bila dah keja, “ Bila nak kawen ni?, dah da calon blom? Bla bla bla”. Bila dah kawen, “Bila nak dapat anak ni?” dan seterusnya...x larat dah nak taip..faham-faham je la..macam tak biasa kan..ahahaha

Dalam banyak-banyak tu ada satu perbualan di antara akak-akak office yang menarik perhatianku. Aku tersenyum.

Ni la susah kawen ngan laki jauh, asal cakap nak balik kampung kita je macam-macam bunyi. Macam-macam alasan. Kalo kampung dia, cepat je. Kalo ajak jalan, kemain.

Cuti pun kena banyak kali. Dah dua tempat lain-lain, sorang utara sorang timur. Pastu tak leh la cuti kejap-kejap, dah jauh kan.

Macam-macam lagi lah. Seronok juga dengar. Bleh ambik sebagai iktibar.ahahaha Mudah-mudahan aku ditemukan dengan jodoh yang memudahkan dan tidak memisahkan aku dengan family lagi. Cukuplah sekarang aku terseksa.cewahh..Kalau dulu mungkin ya, aku penah berangan-angan nak kawen ngan orang selatan @ tengah. Konon-konon macam mak dengan arwah abah. Sorang utara, sorang selatan.
Tapi itu dulu. Sebelum aku matang dan memikirkan masa depan. Sekarang ni, aku nak orang utara ja! Opsss..bleh plak nak nak..Jodoh di tangan Allah S.W.T. Moga dipertemukan dengan yang terbaik. Amin~






Coretan Sweet: dimana pemilik tulang rusuk ini? ~


:: Ayiena Nur ::

Kata Hati


….Assalamualaikum....

Hati tak dapat menipu. Hanya hati yang paling setia dan taat. Di saat bibir mula menipu dengan melakar senyuman, hanya hati yang memahami dengan memujuk rasa. Di saat  wajah mempamerkan kegembiraan, hanya hati yang menyimpan segala perasaan. Kasihan kau wahai hati.

Aku redha dengan takdir ini. Sedikit sebanyak aku memang cuba membiasakan diri. Seperti kata semua orang “Biasala tu, tempat baru. Nanti lama-lama okey la”. Ya, aku menanti saat dan detik itu. Tapi hati aku tak kan menipu. Aku tetap merasai kesedihan pabila menjejakkan kaki ke Darul Iman ini. Aku tak pernah menyimpan sebarang tanggapan negatif. Tiada langsung sifat kenegerian. Hanya itulah yang aku rasa, SEDIH.



:: Ayiena Nur ::
 


up