Welcome!

Soalan itu!


….Assalamualaikum....


Dalam hati memang ada banyak entry nak buat, tapi masa tak mengizinkan. Ada saja halangannya. So, sebelum nak tulis menaip entry-entry tu nak buat dulu entry terbaru ni.

23/08/2011

ihsan dari Google~

Menghadiri satu interview di Penang. Awal-awal pagi lagi dah keluar walaupun waktu interview pukul 10 pagi. Takut kejadian sama berulang lagi. Masa pergi exam bulan lepas aku ‘tersesat’ di jalan yang aku memang selalu lalu. Akhirnya terlewat sampai.

Kali ni, sampai sejam lebih awal! Ahaa Nasib baik la sampai awal. Rupa-rupanya ada benda yang akan terjadi. Alarm kereta buat hal plak. Tiba-tiba je on off lock kereta. Kalo malam-malam ni memang menyeramkan..heee

Kenapakah? Terus call myMum but no answer. Arghh..mak da meeting. Cam mana nk jawap. Okey relax…pergi kat guard. Memang x bleh pakai. Apa pun tak blehhhh~
“PLEASE HIRED OUR LOCAL PEOPLE”


Then, ada sorang lelaki baru keluar. Syukur! Dia pun tak tau jugak bab problem tu tapi dia ada contact number mechanic. Belum pun sempat mekanik tu sampai kereta tu dah diam. Apa lagi, aku terus masuk sebab lagi 15 minit je waktu interview.

Okey malas nak cerita dah.

SKIP

Waktu interview :
Dalam banyak-banyak soalan, soalan ni paling tak bleh blah.
Disebabkan soalan ni, aku telah menjawap dengan
SANGAT TAK PROFESIONAL
And I keep thinking about it!  -__-‘

Dah ada boyfriend belum ni?
Nanti kalo kena balik lewat, keja hujung minggu, BF tak marah ke?

Seriously, I NEVER imagine such kind of questions.

---------------------------

Disebabkan kereta bermasalah, terus terbantut segala perancangan. Kononnya nak round la singgah mana-mana kat Penang. Just singgah kat Perai jap tuk settlekan satu urusan.

Terus bergerak pulang with frustrated! Jalan-jalan atas kereta je la, melihat pemandangan sepanjang perjalanan….

The End~
  

Coretan Sweet: mudah-mudahan ada rezeki ku di situ.. =)


:: Ayiena Nur ::

Kawen oOo Kawen..

….Assalamualaikum....

Bahang makin terasa..
errr..pe benda la tiba-tiba bahang plak. Umo aku berapa sekarang ni? 
Aku pon confius..ahaa YA!YA! YA! 
Berapa kali nak cakap, aku masih muda remaja..ehehehehehe *tak sedaq diri*


Sebelum ni memang ada kenalan yang sebaya dah pun berumah tangga. 
Kawan masa sekolah dulu-dulu. Tapi aku x kisah dan x terasa apa-apa pun. 
Bukan kawan rapat mahupun BFF.. Relaxxx…muda g..erk~


Akhirnya! 
pada bulan Syawal ni salah seorang dari BFF ku akan mengikat tali pertunangan. 
Aku tumpang gembira! ++++ aku plak yang terlebih excited termasuklah BFF aku sorang lagi..ahaa

yang dok wat 'peace' tu la bakalnya..ehee

YANG DAH KAWEN???

:: BFF Skolah rendah ---- lom ada lagi ::

:: BFF ‘Geng Otai’ --- sorang akan bertunang ::

:: BFF SP --- lom ada jugak ::

:: BFF Uni --- lom ada tapi sudah ada yg merancang ::


Kenapa laaaa wujud entry ni???
Sebab……………………………….

Bila buka FB, dapat invitation tuk wedding..esok buka, ada lagi..
Waahhhh…pakat kawen habis ni..kawan-kawan, senior-senior..
Alhamdulillah..bagus la kan..
TAPI yang tak bestnya……..tarikh semua sama plak tu..cam mna la nak p..uhuhuhuhu

Buat mereka yang akan melangsungkan perkahwinan… ^_^
Semoga Berbahagia Hingga Akhir Hayat




Coretan Sweet: BFF yang x da dalam pic jgn amik ati naaa... =)

:: Ayiena Nur ::

Dia Datang....

….Assalamualaikum....

Hulahula..yeaa…hormon kreatif dan berseni dah datang...waa..macam apa je. Aku memang suka benda-benda yang kreatif + berseni ni. Contohnya aku sukaaaaaaaa sangat photography tapi tak terror mana pon. DSLR pon x dak walaupun dalam hati dah berkurun nak. Ehee

Ahh..yang tu kisah episod len. Episod kali ni pasal aku yang suka menghias rumah. Aku suka mengubah susun atur dalam umah. Omputih kata “Interior Design” Tiap-tiap tahun memang yang tu la keja wajib aku. Nak nak plak menjelang Syawal ni. Sorang-sorang pun jadi! Hah..heret la kerusi meja, almari segala sorang-sorang.

 
Kalo la bleh transform cmni..bestnya... (Google)
 
Sementara MOOD RAJIN tengah membara ni, aku kena bergerak pantas. Sekarang ni problem UTAMA adalah rumah ni kecik je tapi barang banyak sangat. Penuh merata. Rasa macam nak buang je semua benda alah tu. TAPI bila nak buang, sayang la plak. Adoiii…
Erm..kita tengok je la hasilnya macam mana nanti.
Kalo eden ni kayo rayo, dengan kulit-kulit umah ni eden tuko. Tiap-taip tahun warno laen. ahahahahaha
 
sejuk mata memandang...(Google)
 
Tiba-tiba terjumpa yang purple2..waaaaa (Google)

Sangat sesuai dengan bilik aku yang kecik comey..(Google)

Tapi nampak yang ni cantek lagi..ahaa (Google)




Coretan Sweet: rumah besa ja tapi nak jugak bagi cantek macam dalam gambar. =p

:: Ayiena Nur ::

Our 1st Anniversary


….Assalamualaikum....

Wohoo...yeah..it’s our 1st Anniversary!
08.08.2011
2 hari yang lalu..Memang masa berlalu dengan pantas. Sepantas ombak menghempas pantai. Mungkin lebih pantas dari itu. Aku? Aku masih lagi aku walaupun setahun sudah berlalu. TAPI setahun itu begitu mematangkan aku. Pepatah ada mengatakan “ Hidup Ibarat Putaran Roda, Kadang Kita Di Atas, Kadang Kita Di Bawah”. Aku sedang melalui fasa putaran roda tersebut dan aku kini

BERADA DI BAWAH..

YA..DI BAWAH..

Allah S.W.T sedang mendugaku. Aku redha. Sudah banyak kejayaan yang Dia berikan. Kini aku HARUS menerima kegagalan. Namun itu bukan bermaksud aku menyerah kalah. Tidak sama sekali. Kalau dulu aku boleh berjaya, kenapa sekarang tidak? Aku cuma perlu bangun semula. Tahniah buat sahabat seperjuangan yang telah berjaya membina kerjaya masing-masing. Aku tumpang gembira.

Selamat Ulangtahun pertama untuk HARI GRADUASI kita Bachelor of Management (Finance) Universiti Sains Malaysia, 2010.



~MAY SUCCESS WILL ALWAYS WITH US~


Coretan Sweet: Menara Ilmu tetap dihati selamanya...

:: Ayiena Nur ::

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum....

7 Ramadhan bersahur dengan 3 keping otak-otak + 1 cucuk sata + teh panas. Sahur tu saja sebab tak mau membazir..ehee berbuka semalam tak sempat makan sebab gusi sakit sangat . Alhamdulillah mampu bertahan sampai berbuka walaupun terpaksa berperang dengan kesakitan. Rasa macam nak tercabut je gigi-gigi kat gusi yang bengkak tu..uhuu Hari berpuasa yang paling mencabar setakat ini. Berbuka pulak dengan menu:

7 Ramadhan ---> Soto Nasi Impit + Bubur Sum Sum





Coretan Sweet: letak menu yang wat sendiri je dan len ckit...


:: Ayiena Nur ::

Segmen KBU : Kenangan Ramadan Ketika Kecil

Assalamualaikum....

Baru-baru ni ada ternampak segmen KBU yang dibuat oleh Pakcu mengenai kenangan di bulan Ramadhan masa kecik-kecik dulu. Memang menarik. Tersenyum-senyum je bila baca sambil terimbau kembali kenangan sendiri di masa lalu.

Jom kita kembali ke zaman kecik-kecik dulu bersama kenanganku ........................

Masa kecik aku tinggal di Butterworth,Penang. Rumah kampung tak kampung, rasa suasana kampung dan juga bandar. Rumah pun kayu+batu. Paling best dekat ngan pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau panas pun haa..sepoi-sepoi kepanasan la..ehee Masa bulan Ramadhan ni memang banyak kenangan best, tapi tak semua la plak aku ingat. Bab-bab kantoi puasa rasa macam ada tapi kurang diingati. Dah bertahun-tahun kot.. Ahaa

Memang menjadi keutamaan keluarga akan bangun bersahur, mengikut sunnah Nabi. Lagipun kan dapat pahala sunat bagi yang bersahur walaupun hanya minum seteguk air. Budak-budak mana yang rajin bangun sahur? Nak makan sesuap nasi pun rasa tak lalu. Yang paling aku ingat, minuman wajib ialah air glucose yang perasa asli tu. Kalo tak pun milo kot. Budak-budak.... =p
haa..nampak tu..rapid energy everyday..pasai tu la minum..ahaa

Terbit ja matahari nenek akan tanya “Nanti berbuka nak makan apa?”. Soalan yang sama tiap-tiap hari, cuma berlainan ayat mungkin. Bab ni memang tak kan pernah lupa la. Nenek memang rajin masak-memasak. Dah nama pun nenek kan. Sebut ja nak makan apa. Menu utama, kuih-muih..sebut ja. Memang nenek serba boleh. Masakan nenek memang sedap. Sangat rugi aku tak sempat belajar habis semua resepi.

Bila petang ja, acara wajib aku pergi masjid ambik bubur lambuk. Memang favourite selain merasai suasana bulan Ramadhan. Tak lupa jugak hantaq kuih ke umah jiran-jiran. Waktu berbuka tak payah cita la kan. Meja confirm penuh... Lepas solat maghrib plak, pintu rumah memang akan terbuka. Rumah aku sangat la dekat dengan masjid, selang dua rumah ja. Jalan depan rumah plak memang laluan keluar masuk kampung. Jadi, bila malam akan nampak la orang kampung lalu pergi terawih. erm..terbayang-bayang suasana waktu tu. =)

  Malam-malam selain terawih buat apa lagi? Main bunga api dengan mercun la. Aku tak suka main mercun sebab aku tak suka bunyi-bunyi yang menyakitkan telinga..kalo main mercun pon mercun bawang ja..ahaa Masa dulu-dulu memang best main bunga api. Depan umah da pokok pelam ngan jambu batu, pastu nanti pakat gantung bunga api yang batang besi tu. Bila dah pasang ambik plak bunga api len yang warna-warni buat pusing-pusing sambil nyanyi lagu raya! Wahhhh..memang seronok la time tu. Dengan adik-beradik & sepupu. Kadang-kadang jiran pun menumpang. Syok oOoooo... =D


ni la mercun bawang tu..da rupa bawang ka?

ni plak bunga api besi tu...
Haaa..hampir aku terlupa.Tadi part best ni part tak berapa nak best. Part mercun tu memang da kenangan yang aku tak kan lupa. Nak lupa apanya, sampai tinggal parut kot tapi sapa punya keja aku tak ingat la plak. Baik kan aku..ehee Al-kisahnya..sapa tak tau dok main mercun, mercun gasing kot yang pusing-pusing tu. Dia baling pastu mercun tu pusing-pusing masuk dalam kain aku....uwaaaaa...ngek! berparut tau dak kat kaki kiri, sampai sekarang dok ada lagi. Sapa suruh aku pakai kain? Suka hati la..aku kan budak pompuan melayu terakhir. ahahahahaha

                Panjang gak karangan aku kan. Melebihi 350 patah perkataan tak?? Ehee Tu baru sebahagian dari kisahnya. Sama macam orang lain, mesti da banyak kenangan di bulan Ramadhan kan. Tambah-tambah la waktu kecik-kecik dulu. Semua menyeronokkan. Betul tak? =D Meh la sama-sama kongsi kenangan anda plak. Bleh p kat link ni :: Segmen KBU: Kenangan Ramadan Ketika Kecil :: Bagi yang blom join KBU, sila la join. Klik ja banner KBU kat tepi blog ni >>>>>>




Coretan Sweet: rindu suasana puasa waktu dulu-dulu...........


:: Ayiena Nur ::

Salam Ramadhan~


Assalamualaikum....


Alhamdulillah..syukur padaMU Ya Allah. Dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Hari ni baru nak mengepost entry pertama Bulan Ramadhan. Macam mana puasa anda semua? OK ke KO? Mudah-mudahan OK-OK belaka la yer..Rasa nak gelak plak..ehee Adakah anda dapat mengesan sesuatu? Kenapa aku rasa ayat aku tadi macam ayat nak ke arah menulis kad raya! =p Macam mana posa? Raya kat mana? Baju raya berapa pasang? Kuih raya dah buat?...ahahahahahaha

Okey. Bukan yang tu aku nak taip tapi tetiba ja. =p Sejak hari pertama puasa semua masak sendiri kat rumah. Pilih je nak menu apa senang. Tema tahun ni elakkan pembaziran dan berjimat cermat..heeeeeeee~

1 Ramadhan ---> Nasi Ayam + Puding roti
2 Ramadhan ---> Nasi putih + lauk pauk + Cucur Udang
3 Ramadhan ---> Nasi putih + lauk pauk je kot..lupa plak.. =p
4 Ramadhan ---> Nasi putih + lauk pauk versi thai + Donut
5 Ramadhan ---> Bihun singapore + Jus epal oren

Hari ke-6 puasa dah tak masak. Asalnya memang nak masak tapi semua pakat tak sihat plak. Aku plak tiba-tiba mengalami pengembangan gusi yang menyakitkan. Tak da mood nak wat apa-apa..Uhuu Menu 6 Ramadhan di Bazaar Ramadhan je la. Kebetulan p klinik ramai orang, tunggu sampai sejam ngan mak. Balik terus ke Bazaar Ramadhan alang-alang dah dekat. Kebetulan jugak, tadi Farhana ajak p Bazaar ngan Juicy, Mikro & Naim. Jumpa jugak la ngan depa berbekalkan pipi bengkak. Dah la makin bulat ++++ lagi bulat.. Ahaa =p

   Penuhkan yang wajib, tambahkan dengan yang sunat. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat 1001 keberkatan di bulan yang mulia ini. Selamat Berpuasa semua.. =)




Coretan Sweet: Bulan Ramadhan bukan hanya bulan untuk berpuasa...


:: Ayiena Nur ::

up