….Assalamualaikum....
Hujung minggu yang membosankan.
Si Merah tak ada, tak dapatlah aku nak merayap. Nak
berehat pun tak kan nak tido je? Cuti-cuti pun tido aku sama jugak. Tak reti
nak tido siang. Bosan bosan. So, kena cari aktiviti yang boleh dilakukan.
Aktiviti seorang suri rumah. Alah..memang dah wajib
kena buat pun. Kemas mengemas bagai. Kalau ada Si Merah, dia pun aku kerjakan. Ehee
maksud aku, mandikan Si Merah.
Nak menonton drama or movie dah internet habis quota
pulak. Cehhh ntah pa pe. Time ni la jugaknya. Boleh la online tapi slow tu tak
yah cakap la. Buat panas hati je. On Facebook..on Twitter. Sama ja. B.O.S.A.N.
*goyang-goyang
ibu jari ke bawah*
Then, terpandanglah susunan novel atas katil.
Erm..dah berkurun aku beli novel tu. Bacanya? Haramm tak. Masa aku beli, novel
tu baru release. Kira macam pisang goreng panas la. Mengikut details gambar tu,
aku beli kira-kira dalam bulan 9. Sekarang bulan 12 oii. ahaa
“HELLO, Mr. Perfect!”
Mula-mula membaca, tak ada la teruja sangat. Okey,
boleh la menarik jugak. Dari page ke page, dari bab ke bab seterusnya.
Nampaknya dah mula menarik perhatian dan minat aku. Lama tak membaca novel.
Minat aku yang dah lama sepi.
“Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang
cintakan Alya..”
“Abang cintakan Alya!”
“Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main...abang serius ni!”
Sekarang ni aku tengok makin banyak novel yang suka
menggunakan jalan cerita “Alam perkahwinan”. Kisah cinta apabila telah ada
ikatan yang sah. Kalau dulu, bercintan cintun..dugaan bagai barulah berakhir
dengan perkahwinan. Sekarang ni, dalam rumah tangga. Banyaknya bercinta lepas
berkahwin.
Macam novel ni jugak. Perasaan suka dan sayang tu dah
ada tapi cinta yang tulus hanya lahir apabila melalui kehidupan berumahtangga
bersama-sama.
Comel! Hidup saling melengkapi, sabar, bertolak
ansur, berkorban!. Seorang lelaki yang serius dan tegas pada asalnya, menjadi
seorang lelaki yang penyayang dan romantis. Ermmmm..ahaks
Okey dah dah. Ni la masalahnya bagi orang macam aku.
Bukan aku tak suka baca novel tapi aku malas sebab bila dah baca nanti mula la
dok angau sorang-sorang. Memang dah tabiat dari dulu. Bahayanya orang yang kuat
berangan macam aku ni bila baca novel. ahaa
Novel yang berkurun aku peram macam pekasam tu aku
dapat habiskan dalam masa 2 hari. Itu maknanya novel tu memang best sebab
memang aku tak sedar membacanya. Rasa macam termasuk dalam dunia novel tu
sekali. =p
Sesebuah novel tu akan membuat hati aku tertaut bila mana
adanya unsur-unsur usik mengusik, bergurau senda, gaduh-gaduh manja, pujuk
memujuk..haaaa...romantis gitu..
okeh-okeh dah angau balik...ahahaha
Ada satu lagi novel aku belom habis baca. Selalunya
bila habis baca satu novel tu aku tak akan terus baca novel lain. Saja nak
feeling-feeling layan perasaan dulu. Ahahahaha
Akhir kata, memang tak sia-sia la aku beli novel
Hello, Mr. Perfect ni. Kena dengan jiwa. Ecewahh..kbai~
Coretan
Sweet: Syed Reeza tetap bertahta di hati ini..~
:: Ayiena Nur ::