Welcome!

Hanya kamu....


….Assalamualaikum....


Dah sebulan lebih berlalu sejak hari pertama terdetiknya rasa ingin menzahirkan sebuah entry buatmu Sahabatku. Kekangan masa membuatkan niat itu sentiasa tertagguh hinggakan saat ini.

Entah kenapa aku merasakan pagi ni adalah saat yang sesuai. Mengapa? Kerana tiba-tiba aku terfikirkan.. Apa ertinya persahabatan? Kenapa apabila seseorang mengucapkan kata “ Kita kan kawan”..” Kaulah BFF aku”..dan sebagainya, prasangka buruk masih wujud? Masih tiada kepercayaan dalam persahabatan? Bukan dalam hubungan pasangan kekasih mahupun suami isteri saja yang perlukan KEPERCAYAAN.

Dua orang insan akan menjadi sahabat yang baik ataupun BFF hanya apabila hubungan itu disertakan dengan sikap mempercayai antara satu sama lain. Tak semua orang sama. Kalau kau fikir A macam tu, tak semestinya B pun macam tu. Kadangkala perbuatan tak memerlukan penjelasan. Cukup sekadar memahami. TETAPI macam mana pula apabila perbuatan disalah tafsir?? Di waktu ini lah sifat sebenar seseorang sahabat dapat dinilai. ^_^

Buat dirimu...ahaa terasa jiwang karat pulak. =p

Saya, NLJ berasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan kamu.
Sedar tak sedar dah 10 TAHUN kita berkenalan dan seterusnya menjadi
SAHABAT & BEST FRIEND FOREVER!     

Banyak benda yang kita kongsikan bersama. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia. Di kala suka dan duka, juga di saat ‘gila-gila’.Terima kasih kerana memahami. TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA...

~MISS AZZUWANIE BINTI NORIZAN~ 



Here is just a short and sweet message for you dear.

Aku suka ungu
Kau suka biru
Namun kita tetap banyak persamaan
Kita tetap serasi
Kau suka Adam Mukhriz
Aku suka Syed Reeza
Namun kita tetap bersahabat
Kita tetap ‘gila-gila’ bersama
Aku ke USM
Kau Ke UiTM
Namun kita tetap berhubung
Kita tetap berkongsi rasa
 
Selamanya..
InsyaAllah..



Satu yang ingin ku tanya...
BILA LA AGAKNYA OUR NEXT DOUBLE DATE EK? =p


 bersambung..............


Coretan Sweet: teringat warkah-warkah di zaman sekolah.. ~


:: Ayiena Nur ::

tag mengeTAG dari seorang adek...


….Assalamualaikum....

Ohhooo..tag mengeTAG..err...honestly ni first time men benda alah cam gini..ehee
Thanks yer adek Cycy sebab sudi tag...cewaahh..tu tandanya dia ingat kat kita tau..sukalah.. =p
Maap la dah tertangguh agak lama, tapi akak jawap jugak ni haa..okey?


RULES OF THIS GAME
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question that the tagger has set for you
4. Create 11 new questions for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. NO TAG BACK

Haaa..sesuka hati aku je nak MELANGGAR rules tersebut. Tak sempat la Dear nak wat no 4 and 5 tu..ampuuuunnnn~

Write 11 things about yourself
  1. Nama sebenar...errr..RAHSIA! panggilan manja LINA short n sweet kan? Gagagga Nama komersial AYIENA NUR..nama kat blog ja pooonnn =p
  2. Lahir tahun 1988..nak tau umo kira sendiri..ehee
  3. Sedang membina kerjaya..alhamdulillah..
  4. Blom kawen tak cukup umo lagi..ahaa
  5. Blom da anak kecuali anak mata, anak tekak
  6. Suka Makan Char Koey Teaw, Nasi Ayam, Mc Donalds
  7. Suka ‘Baking’.. paling banyak Choco Cake..
  8. Pa lagi ntah..errrr Saya suka SR & FA & XY
  9. Ada satu ja blog iaitu Purple Itu Sweet jemput singgah..
  10. Ada dua nombot tepon tapi ada satu ja tepon.
  11. Haaa...lupaa...SUKA GILA-GILA WARNA PURPLE! =p

Habis akhirnya...sekarang masa menjawap soklan Cycy plak..jenngg...jenggg...jennggg...


1.     Ampa kerja/belajar kat mana ?
Dulu belajar kat Penang..sekarang keje kat KL.. =p

2.    Kenapa ampa berbelog ?
errr…saja syok2..konon-konon nak share experiences..

3
. Sekarangkan fenomena vlog sedang melanda blogger-blogger,adakah ia satu perkara yang wajib harus ada didalam setiap blog ? *betul ka soalan aku ni ? kahkahkah...
Erm..tak jugak dek..cam akak ni haa..mana penah wat vlog pon..kira x wajib la kan..depends ngan empunya blog la.. =)

4
. Baju warna apa yang ampa pakai ketika menjawab soalan ini ?
hooo….baju warna melaaahhh…merah a.k.a red

5.
Apakah yang belum ampa capai lagi dalam hidup ampa selama ni ?
ada aset-aset sendiri iaitu kereta & rumah…

6.
Berapa saiz seluar ampa ?
Saiz 50! canggih punya soklan..nak wat apa nih? Ahaa

7.
Apakah warna berus gigi ampa ? *jeng jengggggggg !
warna biru ngan hijau..sedey sebab cari warna purple tak dak..grrrrr

8.
Are you single ?
Y.E.S blom kawen lagi dek…

9
. Bila nak kewen ?
Haishh…bila da orang nak meminang kot..

10.
Nanti kawen agak-agak tema warna apa ?
Suka soklan ni..ahaa Of course la da PURPLE..wajib yoouuuu…pastu mix warna apa kena tgk dulu kesesuaian..cewahh

11 .
Ampa sayang CYCY dak ? kuikuikui !
Alorh..alorh..mesti la sayangggg…. =)

 
Selesai sudah.....heee ^_^


Coretan Sweet: hujan turun membasahi bumi... ~


:: Ayiena Nur ::

Cinta, Cita-cita dan Pengorbanan....


….Assalamualaikum....


Cinta, Cita-cita dan Pengorbanan..........


First of all, aku memang sangat-sangat teruja nak tengok cita ni. Sebab? Of course la sebab ada ERRA FAZIRA!! Yang rapat dengan aku memang dah sedia maklum akan fakta ini. Sebab-sebab lain ialah ada Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan juga dikatakan novel Badai Semalam ni memang best dan TOP la suatu masa dahulu. Buktinya?? Dalam paper (surat khabar) la dok tulis. Ahaa tak da la, bila aku inform dekat Mymum dia pun kata cita Badai Semalam memang best. So, aku pun bertambah-tambah teruja la nak tengok.

Di’short’kan cerita, selepas mempromotekan teater ni aku berjaya menarik dua orang housemate yakni sahabat aku untuk join. Hati berbunga riang haa...ingat senang-senang camtu ja boleh pergi tengok? Macam-macam gak jadi. Nak beli tiket online tak boleh. Cubaan pada malam Sabtu sehingga pagi Ahad Call tak angkat-angkat. Aku siap post kat FB Istana Budaya lagi tu. Ni plak berlaku pada pagi Ahad Ahaa Gigih gila kan? Semata-mata nak tengok teater tu. Aku nak tengok hari ahad jugak. Tak kira! =p Tak da hari lain boleh tengok ke? Adaaaaa....tapi masalahnya hari lain tu for sure la balik keja dah lewat pastu aku nak balik ke rumah dah untuk ‘outstation’. So, tak da hari lain dah yang berpotensi.

Barisan pelakon yang menjayakan Badai Semalam..memang TERBAEK lah!!

Pada pandangan aku, cerita ni memang best walaupun mungkin jalan cerita dia mungkin dapat diagak dan dah biasa dilihat tapi bila dalam bentuk teater ni ada kelainannya. Tak pandai pulak aku nak describekan. Apa yang menguatkan cerita ni adalah pembawakan watak oleh setiap pelakon. Sangat BAIK! Thumbs Up for them! Memang menusuk ke jiwalah terutama sekali part sedih. Yang aku suka juga ialah bila part menari-nari. Pendek kata semualah aku suka. Ermm...sampai ke saat ni pun masih terbayang-bayang. Macam orang angau dah. Dok tak dok senyum sorang-sorang. Ahaa

comey tengok Erra Fazira & Fizz Fairuz menari..ehee

antara part sedih dalam pementasan...



Tajuk : Badai Semalam
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 11-20 November 2011
Masa : 3.00 petang & 8.30 malam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?



Coretan Sweet: kalo suruh tengok hari-hari pun sanggup.. =p ~


:: Ayiena Nur ::

up