Welcome!

Showing posts with label Makan Vs Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makan Vs Makanan. Show all posts

Capsicum tu apa?


….Assalamualaikum....

Pada satu hari yang lalu, semasa sedang makan tengah hari berlaku satu insiden di sebuah kedai makan.....

Si A :     (Sedang menjamah koey teaw hailam)
Si B :     Yang hijau tu apa? (sambil memandang ke dalam pinggan Si A)
Si A :     Ni capsicum...nak rasa? (tersenyum pada Si B)
Si B :     Tak pe..capsicum tu apa?
Si A :     Bawang Holland... (menjawap dengan confident sambil makan dengan kusyuk)
Member-member lain:  oiii!! Lada benggala la.. (semua pakat gelak)
Si A :     Alamak! Aku cakap apa tadi? Ahahahaha opss..besa la..otak fikir lain, mulut cakap lain.. =p

Adoii.. Capsicum tu Bawang Holland okey! Memang ajaran sesat.. =p SI A tu tak lain tak bukan, tuan empunya blog ni la..ehee



ni la rupa Capsicum tuu.. =p





Coretan Sweet: typo mulut pn cute jgk..ahaa~


:: Ayiena Nur ::

Resepi #1 - Lasagna Bersos Bolognese


….Assalamualaikum....

First time aku nak share resepi kat blog ni. Bukan kedekut cuma pemalas sikit ja nak taip balik. Ahaa



Okey..Selamat Mencuba.. =)

LASAGNA BERSOS BOLOGNESE


Bahan-bahan

Bil
Bahan
Kuantiti
1.   
Pasta Lasagna
Secukupnya
2.   
Mentega
2 tbsp
3.   
Tepung
2 tbsp
4.   
Susu UHT
3 cawan
5.   
Garam
Secukupnya
6.   
Lada sulah
Secukupnya
7.   
Bawang Holland (dipotong dadu)
30g
8.   
Sos cili
2 tbsp
9.   
Puri tomato
2 tbsp
10.    
Pes Bolognese sos
2 cawan
11.     
Daging cincang
300g
12.     
Stok ayam/daging
Secukupnya
13.     
Daun bay
1 keping
14.     
Mozarella Cheese
100g

Kaedah memasak

1.  Rendam pasta lasagna
2.  SOS PUTIH:
-   ROUX: Cairkan mentega dengan api yang kecil. Masukkan tepung, kacau hingga menjadi pes. Nisbah untuk membuat roux berdasarkan berat ialah 6 tepung dan 4 lemak.
-   Masukkan susu di dalam periuk. Masukkan roux sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan wire whisk sehingga sebati dan tidak berketul.
-   Masukkan daun bay dan masak dengan api perlahan sehingga agak pekat. Keluarkan daun bay.

3.  SOS BOLOGNESE:
-   Tumis bawang holland sehingga layu dan berbau wangi.
-   Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak dan kering airnya.
-   Masukkan pes sos bolognese, puri tomato, sos cili, daun bay dan stok ayam/daging.
-   Letakkan garam dan lada sulah secukupnya. Masak sehingga pekat. Buangkan lemak yang berlebihan dan daun bay.

4.  Di dalam loyang, sapukan mentega, Susun pasta lasagna di bahagian bawah sekali di dalam loyang. Sendukkan sos bolognese ke atas lasagna sehingga rata. Sendukkan pula sos putih.
5.  Ulang kaedah ini sebanyak 3 kali. Akhiri dengan pasta lasagna, sos putih dan Mozarella Cheese.
6.  Bakar selama 20 minit pada suhu 180°C sehingga bahagian atas menjadi kuning keemasan. Tambah masa sekiranya perlu. Sejukkan sebelum dipotong. Panaskan semula untuk dihidangkan.






 
Coretan Sweet: kalo sedap gtau..kalo tak sedap, buat lagi sampai sedap..ehee ~


:: Ayiena Nur ::

up