Welcome!

Saat Bertemu....

Assalamualaikum....

23 JULAI 2011.


Akhirnya................................................
Walaupun telah terlambat, namun aku ingin juga mengotakan janji. Kami berempat akhirnya bertemu semula setelah masing-masing membawa haluan sendiri setelah tamat pengajian di kampus. Perbezaannya ialah dalam suasana yang tidak kami jangkakan. Aku sangat terharu pagi itu. Aku, Aza dan Ain bertemu semula dan berkumpul di rumah arwah Nurul untuk menziarahi pusara arwah. Sebak hatiku pagi itu. Air mata tak mampu ditahan lagi. Hajat arwah untuk bertemu kami semua akan terlaksana. Namun aku terkilan kerana semuanya berlaku setelah arwah tiada. Suasana hening dan sayu ketika membaca Surah Yassin dan doa di pusara arwah. Memori bersama suatu ketika dahulu kembali satu persatu. Seakan drama di kaca  televisyen, tapi itulah realitinya. Kami telah kehilangan seorang sahabat baik yang amat disayangi. Allah Mengetahui segalanya. DIA merancang yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku redha~


Antara memori-memori  kami bersama....................

Bergambar tuk salah satu project.
Sewaktu program di Acheh...
Fotoshoot lagi..kali ni untuk team SIFE USM.
Ketika mewakili USM dalam satu pertandingan.




 p/s : sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...

:: Ayiena Nur ::

2 comments:

Tuan Hijau said...

al-fatihah la...semoga roh nya dirahmati allah..:D

Cik Puce said...

@angah >> Aminnn..terima kasih angah.. =)


up