Welcome!

Segmen KBU : Kenangan Ramadan Ketika Kecil

Assalamualaikum....

Baru-baru ni ada ternampak segmen KBU yang dibuat oleh Pakcu mengenai kenangan di bulan Ramadhan masa kecik-kecik dulu. Memang menarik. Tersenyum-senyum je bila baca sambil terimbau kembali kenangan sendiri di masa lalu.

Jom kita kembali ke zaman kecik-kecik dulu bersama kenanganku ........................

Masa kecik aku tinggal di Butterworth,Penang. Rumah kampung tak kampung, rasa suasana kampung dan juga bandar. Rumah pun kayu+batu. Paling best dekat ngan pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau panas pun haa..sepoi-sepoi kepanasan la..ehee Masa bulan Ramadhan ni memang banyak kenangan best, tapi tak semua la plak aku ingat. Bab-bab kantoi puasa rasa macam ada tapi kurang diingati. Dah bertahun-tahun kot.. Ahaa

Memang menjadi keutamaan keluarga akan bangun bersahur, mengikut sunnah Nabi. Lagipun kan dapat pahala sunat bagi yang bersahur walaupun hanya minum seteguk air. Budak-budak mana yang rajin bangun sahur? Nak makan sesuap nasi pun rasa tak lalu. Yang paling aku ingat, minuman wajib ialah air glucose yang perasa asli tu. Kalo tak pun milo kot. Budak-budak.... =p
haa..nampak tu..rapid energy everyday..pasai tu la minum..ahaa

Terbit ja matahari nenek akan tanya “Nanti berbuka nak makan apa?”. Soalan yang sama tiap-tiap hari, cuma berlainan ayat mungkin. Bab ni memang tak kan pernah lupa la. Nenek memang rajin masak-memasak. Dah nama pun nenek kan. Sebut ja nak makan apa. Menu utama, kuih-muih..sebut ja. Memang nenek serba boleh. Masakan nenek memang sedap. Sangat rugi aku tak sempat belajar habis semua resepi.

Bila petang ja, acara wajib aku pergi masjid ambik bubur lambuk. Memang favourite selain merasai suasana bulan Ramadhan. Tak lupa jugak hantaq kuih ke umah jiran-jiran. Waktu berbuka tak payah cita la kan. Meja confirm penuh... Lepas solat maghrib plak, pintu rumah memang akan terbuka. Rumah aku sangat la dekat dengan masjid, selang dua rumah ja. Jalan depan rumah plak memang laluan keluar masuk kampung. Jadi, bila malam akan nampak la orang kampung lalu pergi terawih. erm..terbayang-bayang suasana waktu tu. =)

  Malam-malam selain terawih buat apa lagi? Main bunga api dengan mercun la. Aku tak suka main mercun sebab aku tak suka bunyi-bunyi yang menyakitkan telinga..kalo main mercun pon mercun bawang ja..ahaa Masa dulu-dulu memang best main bunga api. Depan umah da pokok pelam ngan jambu batu, pastu nanti pakat gantung bunga api yang batang besi tu. Bila dah pasang ambik plak bunga api len yang warna-warni buat pusing-pusing sambil nyanyi lagu raya! Wahhhh..memang seronok la time tu. Dengan adik-beradik & sepupu. Kadang-kadang jiran pun menumpang. Syok oOoooo... =D


ni la mercun bawang tu..da rupa bawang ka?

ni plak bunga api besi tu...
Haaa..hampir aku terlupa.Tadi part best ni part tak berapa nak best. Part mercun tu memang da kenangan yang aku tak kan lupa. Nak lupa apanya, sampai tinggal parut kot tapi sapa punya keja aku tak ingat la plak. Baik kan aku..ehee Al-kisahnya..sapa tak tau dok main mercun, mercun gasing kot yang pusing-pusing tu. Dia baling pastu mercun tu pusing-pusing masuk dalam kain aku....uwaaaaa...ngek! berparut tau dak kat kaki kiri, sampai sekarang dok ada lagi. Sapa suruh aku pakai kain? Suka hati la..aku kan budak pompuan melayu terakhir. ahahahahaha

                Panjang gak karangan aku kan. Melebihi 350 patah perkataan tak?? Ehee Tu baru sebahagian dari kisahnya. Sama macam orang lain, mesti da banyak kenangan di bulan Ramadhan kan. Tambah-tambah la waktu kecik-kecik dulu. Semua menyeronokkan. Betul tak? =D Meh la sama-sama kongsi kenangan anda plak. Bleh p kat link ni :: Segmen KBU: Kenangan Ramadan Ketika Kecil :: Bagi yang blom join KBU, sila la join. Klik ja banner KBU kat tepi blog ni >>>>>>




Coretan Sweet: rindu suasana puasa waktu dulu-dulu...........


:: Ayiena Nur ::

3 comments:

Pakcu Sofi said...

penah kena besi bunga api panas kat kaki..sakit~

fana farhana said...

wiwittt..mercun bawang tu ai LIKE! smpi la dok main..hahahaha

aiensuduplastik said...

penah men mercun ketupat tapi tkot2 n kesian penah kena bunga api kat jari melecur


up