Welcome!

Jalan hidupku...


….Assalamualaikum....

 
Aku merasakan sudah terlalu lama aku meninggalkan blog kesayangan ini tanpa sebarang bicara mahupun perkembangan semasa. Namun begitu, bila ku lihat kembali tarikh terakhir aku meng‘update’ blog adalah pada 12 Disember 2011. Alah..blom sebulan pun lagi.

Dalam tempoh itu macam-macam yang telah terjadi dalam hidupku. Ada masam, masin, manis dan tidak terkecuali pahit. Rencah kehidupan la katakan. Tak lengkap tanpa semua rasa tersebut. Walau apapun yang berlaku, kehidupan harus diteruskan.

Setelah 3 bulan menjalani kehidupan di kota Kuala Lumpur dan belajar menjadi wanita bekerjaya, akhirnya tiba waktunya untuk penentuan. Keputusan yang akan menentukan jalan hidupku yang seterusnya. Pada mulanya, semua kelihatan indah belaka. Alhamdulillah, aku gembira. Ku lihat masa depanku akan menjadi cerah.

Bak kata pepatah “Langit tak selalunya cerah”, “Kusangkakan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari”. Itulah yang berlaku sekarang ini. Mungkin kerana aku sudah meletak harapan yang tinggi. Mungkin kerana aku berasa yakin dan juga mungkin kerana aku telah berasa sangat selesa dengan persekitaran baruku. Termasuklah dengan sahabat-sahabat baruku.


Apa yang boleh aku lakukan selain berdoa? Usaha telah dilakukan. Aku tak akan pernah menyesal dengan pilihanku. Sekarang yang tinggal hanyalah ketentuan Yang Maha Esa. Aku terima apa jua yang tertulis, namun aku tetap berharap apa jua keadaannya ia adalah yang terbaik buatku. Paling penting yang terbaik buat keluargaku. Amin~





Coretan Sweet: hidup tak selalunya indah... ~


:: Ayiena Nur ::

2 comments:

H Y D E said...

dapat atau tidak? redha.

juicy X said...

be seterongggg dear!


up