….Assalamualaikum....
Alhamdulillah...syukur pada yang Maha Esa atas segala nikmat kurniaanNya
kepadaku. 24 tahun. Aku bernafas ni bumiNya. Sungguh pantas masa berlalu.
Bagaikan baru semalam aku meninggalkan alam persekolahan. Realitinya, aku kini
di Alam Kerjaya..Di saat menjangkau usia 24 tahun, aku telah dihantar jauh ke pantai
timur. Aku merantau lagi
tapi kini semakin jauh.
Mungkin
mudah bagi orang lain yang melihat tapi tidak bagi aku. Susah senang kehidupan
yang aku lalui, perasaan yang berombak didalam hati, hanya DIA dan diriku yang
mengetahui. Tawa dalam tangisan. Itulah yang aku lalui beberapa hari ini. Susah aku
ingin gambarkan kepada orang sekeliling. “Kau kena positif, anggap ini semua cabaran”.
“Wahh,
seronoknya dapat sana. Boleh la pergi jalan-jalan”. “You
can do it! Fikirkan masa depan kau dan keluarga”.
Tak
ada seorang pun yang akan menyatakan perkara negatif kepada aku. Ya, aku faham.
Mereka nak menguatkan aku.
Aku pun fikir yang aku cukup kuat. Sebab itu walaupun berat hati, aku tetap
melangkah pergi. Pergi ke tempat yang cukup asing bagi aku. Tempat yang aku pernah jejaki bertahun-tahun
dahulu. Semasa arwah masih ada.
Aku
bekerja bukan kerana diri aku sahaja. Aku ingin berbakti kepada ibuku. Hanya
Allah S.W.T saja yang tahu segala yang terjadi. Tak semua yang dapat dilihat
oleh orang luar. Harapan aku,
aku ingin sentiasa dekat dengan ibuku agar aku dapat mengurangkan beban yang
ditanggungnya. Agar aku dapat sama-sama melalui kesedihan dan kesusahan ibuku.
Namun, apa yang terjadi? Aku semakin jauh.
Di
saat aku masih bersedih, ada lagi yang berlaku disana. Jadi macam mana aku
ingin hidup gembira dan tenang disini? Aku perlu balik. Aku akan cuba menyumbangkan sesuatu disini dan aku akan mencari jalan
agar harapan dan cita-citaku dapat dilaksanakan. Buat mereka yang mengasihi dan
memahami aku, tolong doakan agar aku dapat kembali menjaga ibuku dan dekat dengannya.Kabulkan doaku Ya Allah! Demi kebahagiaan ibu dan keluargaku.
Coretan
Sweet: rahsia di hati hanya Dia yang tahu~
:: Ayiena Nur ::
0 comments:
Post a Comment