….Assalamualaikum....
Pada saat ini aku teringatkan dia. Rindu? Ya, aku rindu dia! Siapa? Dia insan yang pernah wujud dalam hidupku hanya dalam masa yang singkat tapi ingatan terhadapnya mungkin selamanya..sehingga ada insan lain yang boleh membuatkan aku lupakan dia. Mungkin. Kurasakan wajahku mula kepanasan dengan senyuman terukir sepanjang aku menaip. Aku buat kerja ‘gila’ tadi. Setelah setahun berlalu aku mula mencarinya kembali. Sekadar mengubat rindu.
Aku pernah berkata dulu, “andai ada jodoh kita, pasti kita akan bertemu kembali”. Tapi sehingga ke saat ini, setahun telah berlalu aku tak pernah berjumpa dengan dia walau sekali pun. Padahal satu negeri kot? Memang dia bukan jodoh aku. Siapalah aku ni. Dia tu siapa? Macam langit dengan bumi. Macam cekodok dengan pizza. Ehh? Yer la. Dia comey, aku ni cemey. Tau dak cemey tu apa? Cemey tu sepupu sepapat comey gak la tapi kategori masuk bakul angkat sendiri. *kompem aku dah merapu*
Yang aku kata buat kerja ‘gila’ tadi bukan apa pun, setakat gigih dan gagah mencari FB dia. Agagaga Aku ingat nama dia tapi ejaan dia kurang jelas dalam ingatan. Puas aku cuba akhirnya aku google. Pandai-pandai la kan guna teknologi. See your finger. Angkat-angkat sikit. Teknologi dihujung cari okey! Akhirnya berkat jari yang terror ni, aku jumpa..yess! terubat rindu dengan menatap wajahnya yang tersenyum. Takkala menatap foto dia yang memandang tepat ke arahku, aku tersenyum malu. *perasan nak mampus*
Sayangnya itu sahaja la yang mampu aku perolehi di FBnya. Dia memang tak aktif berFB pun sejak setahun dulu lagi masa aku stalk dia. Buktinya? DP dia tak bertukar-tukar pon. Nama pun USTAZ kannnnn..hah..Ustaz? Aku stalker SEORANG USTAZ???
Coretan Sweet: Kisah baru nak bermula.. ~
:: Ayiena Nur ::



1 comments:
BERDERBAR AIHHH BACA ENTRY AMPA!
Post a Comment