Welcome!

Iftar ~SUARA Finale


….Assalamualaikum....


Lepas sahur kononnya nak tido la balik, yer la semua memang confirm tak cukup tido. Tapi memandangkan yang kami kena berada di lobby pada pukul 7.30 pagi, niat tu terpaksa dikuburkan. Aku bangun dan mandi dulu seterusnya solat subuh. Yang lain terbongkang lagi. Ahaa Kena tunggu turn sempat la dok sambung tido. Pagi tu juga kami dah kena check out sebab training sampai petang, memang tak balik hotel dah la. Pengangkutan dari hotel ke HQ dah diarrange oleh pihak HQ. Bila berada di lobby memang dah sah-sah la hanya geng kami ja yang dari jauh so kami-kami ja la yang bermaharajalela. Memang terasa macam Reunion kami sendiri. =p

Setibanya di HQ lagi la kecoh bila bertemu semula teman seangkatan yang masuk sekali ke bank tu dulu. Peluk cium memang wajib. Staff yang lain tengok ja. Kami memang dah rapat macam keluarga. Aku gembira sangat-sangat. Masa dalam training tak payah cakap la betapa mengantuknya kami ni ha. Pastu pakat dok WhatsApp bila ada Penceramah yang agak membosankan. Ehee Sambil menyelam, minum air. Dah alang-alang tu kami discuss la nak berIftar di mana hari tu. Akhirnya decided berbuka di KL Sentral memandangkan Azam akan berlepas pulang ke Kuching pada pukul 10 malam tu juga. Keesokkannya hari Jumaat kan masih hari bekerja. Hebat betul buat training time camtu kan? =_=

Dari arah belakang..susah kalo meja panjang camni..aihh

Dari arah depan..

KR hampir dipenuhi dengan manusia yang ingin berbuka.
Taraaa...antara menu pada hari itu..
Lastly..this is my menu..menu ni sempena Ramadhan..nice one!  =)
 Dengan itu berakhirlah Iftar bersama SUARA. Mereka sahabat yang dikenali di SME Bank. Dalam ramai-ramai tu ada yang telah menjadi sangat rapat. MyBFF!! Sayang korang sangatt..Lets make sure our Year End Holiday nanti menjadi tau! ^_^ 


Coretan Sweet: tergoda tak tengok makanan tu? oppsss ~


:: Ayiena Nur ::


0 comments:


up