Welcome!

Ipoh..Aku Datang!

-->
….Assalamualaikum....


Backdated Entry. Ehee

~Tahniah~
“SELAMAT PENGANTIN BARU SYAKIRA & NADZRI”


Baru lagi ke? Baru laaa belom setahun lagi kan. =p

Adek ni nak buat ucapan berbunga-bunga sangat tak pandai.
So, ucapan tulus ikhlas dari hati......

“ Semoga berbahagia si Uda dan Dara, hingga ke Jannah hendaknya. Tercapai segala yang dicita dan diimpikan bersama. Membina mahligai, menyemai kasih, mendidik bakal solihin dan solehah, pewaris keturunan dan agama. Dengan izin-Nya..“
^_^



Rentetan perjalanan ke Majlis Perkahwinan mereka berdua:


Kuala Terengganu – Sungai Petani

Pada mulanya tak dapat menghadiri majlis tersebut sebab aku plan nak bercuti panjang dan pulang ke kampung di Johor bersama keluarga. Lain pula jadinya. Cuti tak dapat penuh dan nampaknya rezeki lebih memihak kepada kenduri tersebut.

Balik kampung tu lain kali pon boleh balik kan? Tapi perkahwinan mereka berdua adalah sekali tu ja. Tak berakhir di situ, cuti dah lulus tapi tiket bas pulak habis. Pening jugak time tu. Tak kan nak cancel cuti? NO NO NO. Si Merah kan ada?

Sebenarnya dah banyak kali aku nak cuba drive balik ke Sungai Petani dari Kuala Terengganu dengan Si Merah tapi memandangkan perjalanan yang jauh dan aku keseorangan, ramai yang menghalang. Dan di saat getir tu aku dah terfikir “mungkin ni la masanya.” Kebetulan juga Pakcu pon nak balik dan dia pon tak dapat tiket.


Tanya Mak, mintak izin. Mak izinkan tapi permulaan ni drive la waktu siang katanya. Mak memang sentiasa mendidik anaknya untuk hidup berdikari sebab Mak sendiri memang begitu. Yang penting kepercayaan Mak. Aku berani cuma aku............tak tau jalan! Ahahahaha Bila dah deal ngan Pakcu, aku siap pesan dia standby GPS. Tugas Pakcu haritu jadi penunjuk arah, peneman dan pendengar setia aku membebel serta menyumbangkan lagu. Maap Pakcu nahhhh.
 
Sungai Petani – Ipoh

Dah confirm balik barulah aku bleh plan nak pergi kenduri dengan sapa dan bila. Sebuah kereta dah confirm nak pergi, Kak Shida, KA, Pakcu & Anith. Plan mereka nak pergi hari Sabtu. Okeh, kalo petang sikit aku bleh la join konvoi sebab Sabtu tu ada kenduri di Gurun.

Panjang plak dah aku menaipnya haaaa..adehh Senang cita akhirnya aku deal dengan Si Pengapit lelaki sebab dia pon dok terawang-awang lagi nak pergi dengan apa. Ahaa Si Pengapit iaitu Naim plak jadi mangsa menjadi tukang drive sepenuh masa untuk misi ke Ipoh. Tengs encik! Sengal badan balik dari KT belom habis lagi oiii..drive direct kot. Stop pegi toilet ja. ehee 

-IPOH-

Gambar sebenar pengantin. ^ ^
  

Selain misi utama iaitu Kenduri, alhamdulillah banyak aktiviti lain yang turut menyerikan misi ke Ipoh. Dah macam pergi bercuti pon ada. Gembira sangat. Syukur!

Kenal member-member baru dari Blogger Perak. KBU & BP memang sempoii..
Breakfast di Restoran Vanggey #JJCM
Menyinggah di sini juga!
Aku dan mereka.
 
Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat kedua pasangan pengantin dan juga sahabat-sahabat yang hadir dalam memori dan kenangan waktu itu. #BFF #KBU #BP
Aku rindu, sayang kamu. Ecewahh





Coretan Sweet: credit kepada pemilik-pemilik gambar yang berkenaan..ehee  ~


:: Ayiena Nur ::

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tahniah sebab ampa dah berjaya drive sejauh itu dan menghadirkan diri hehe

Kira Sakura said...

Alhamdulilah bila ampa rasa berbaloi dari jauh mai kenduri kami huuuu

mekasih sgt tau sudi meraikan majlis kami berdua. lagi terharu bila sanggup mai meredah dari jauh berjam2 tue... kami hargai sgt

moga kebaikan ampa dibalas dengan rahmat dari Allah amin :)

aDisH.sHidA said...

tatau bila plak kita akan jumpa ramai2 ni kan

Cik Puce said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr >> alhamdulillah..yeay! seronok sangat..ehee

kiera'sakura >> alhamdulillah..mudah-mudahan..kalo dah niat kita baik..Allah permudahkan kan..malah bagi lebih lagi dari yg kita inginkan.. =)

aDisH.sHidA >> haaa..time kenduri akak plak? ehee

↑
up