Welcome!

Semak dan menyemak ke?


Assalamualaikum....


                Owhhhh...cam ni rupanya yang ‘menyemak’ tu. Beribu-ribu lemooooooonnnnnnnnnn... Ahaa Baru hari ni tau setelah berkurun abad buat Facebook tu. Nak tau saya cakap pasal apa? Meh tengok gambo kat bawah ni.........




                Ni la rupa email yang dibuka tadi setelah setahun lebih tak buka kot. Dulu masa belajar pernah la juga buka dan masa tu dah buat pun FB. Email ni ialah email rasmi student USM, bleh plak p buat untuk akaun FB. Ahahahaha Akaun ni memang jarang buka dan oleh sebab itulah x da rasa menyemak pun notifications FB tu... =p selalu tengok kawan-kawan complain, kalo dok komen banyak-banyak nanti x larat delete notifications. Jadi, kalo yang malas nak tengok banyak sangat notifications tu...wat je akaun email baru tuk FB. Pastu, biarkan saja...bagi saya x perlu pun nak check yang kat email. Sama je kan ngan yang da kat FB.  =p



p/s: kalo da junior yang terbaca ni jangan la ikut plak yer..ehee


:: Ayiena Nur ::


Wordless Wednesday #1


Assalamualaikum....




More about Wordless Wednesday...... <#WW>  



:: Ayiena Nur ::

Mencari, mencari dan terus mencari.................


Assalamualaikum....

                Dah lama tak mengupdate blog..bukan tak da benda yang nak diceritakan..tapi MOOD nak menaip yang tak da..macam-macam dalam otak..tak boleh nak focus walaupun hanya untuk mencoret di blog..


Aku masih menanti sesuatu yang tidak pasti, tetapi aku yakin setiap manusia ada rezeki masing-masing dan mungkin belum masanya untuk aku. Benarkah?? Belum rezeki aku? Atau aku yang menolak rezeki?? Aku manusia yang tak tahu bersyukur?? Antara perkara yang sering kali bermain-main difikiranku. Aku juga tak tahu menghargai peluang. Sering melepaskan peluang dan akhirnya menyesal dikemudian hari.

Penyesalan...tak pernah lari dari hidupku. Sejak dulu lagi... “Menyesal!!”. Semua yang berlaku adalah takdir. Kenapa aku perlu menyesal? Seolah-olah aku mempertikaikan takdir. Tau kenapa? “ Kalau la aku buat macam ni..tak buat macam tu”, “ Kalau la aku tak pilih yang ni”, “ Kalau la aku cuba bersabar mesti tak jadi macam ni” dan banyak lagi lah. Semua orang pun pernah terlintas macam tu kat fikiran kan? Perkataan “KALAU” tu pun nak membuatkan kita mempertikaikan takdir. Aku tau semua tu dan setiap kali tu juga lah aku beristighfar.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya 

Kesilapan pada diri aku tetap harus dipersalahkan! Sudah hampir setahun aku bergelar siswazah dan aku masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Malu? Mesti la aku malu! Tapi perasaan tu tak setanding dengan perasaan BERSALAH aku terhadap ibuku. Aku sepatutnya dah mampu untuk meringankan beban ibuku. Aku tak mahu menjadi seperti insan-insan itu, yang hanya tahu menumpang penah lelah dan susah payah ibuku. TAK TAHU MALU! TAK GUNA! Manusia yang bergantung hidup dengan orang lain ibarat parasit.


Apa kesilapan aku? Memang tak dinafikan aku sering melakukan kesilapan, tak terkira. Kesilapan dalam membuat keputusan. Mengambil langkah yang tidak bijak. Mungkin ada yang berkata begitu. Ya! Betul tu. Tapi aku mempunyai sebab berbuat demikian yang kamu tak tahu. Aku telah menerima pelbagai jenis panggilan temuduga. Ada yang aku pergi dan ada juga yang aku tolak. Aku juga pernah menerima tawaran kerja dan aku menolaknya. Aku sudah pernah bekerja dengan jawatan yang sememangnya untuk siswazah seperti aku. Malah, bidangnya juga adalah bidang yang sepadan dengan ijazah yang ada dalam simpananku. Malangnya rezeki aku bukan disitu. Aku mengambil keputusan untuk berhenti setelah aku berfikir semasak-masaknya.

Sekarang aku terpaksa bermula semula. Moga Allah S.W.T mempermudahkan. Mencari, mencari dan terus mencari.................





:: Ayiena Nur ::


up