Assalamualaikum....
~ 16 JULAI 2011 ~
Tarikh yang akan menjadi satu kenangan buat diriku. Kehilangan sahabat yang amat disayangi, Nurul Syahidah Binti Mohd Azman. Saat menerima berita itu aku berada di tempat peperiksaan. Betapa terkejutnya diri ini apabila membaca pesanan SMS dari seorang rakan dan kemudian mendapat panggilan daripada adik arwah sendiri. “Innalillah wa-inna ilaihi raji’un” – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.
Allahuakhbar! Astaghfirullahalazim.....aku tak dapat menerima kenyataan itu. Jujur aku katakan....aku kehilangan kata-kata. Tak mungkin....permintaan dari arwah belum ditunaikan. Ada amanat yang belum aku sampaikan. Ya Allah! Berdosanya aku. Kejamnya sahabat mu ini. Setahun berlalu tanpa kita berpeluang bertemu...kau akhirnya pergi sahabatku...tanpa sempat kita melaksanakan setiap yang kita bicarakan. Harapan kita bersama. Namun, Allah S.W.T lebih berkuasa. Takdir telah tertulis yang Allah lebih sayangkanmu.
 |
| Gambar bersama arwah (tudung ungu) |
Aku amat terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dengan arwah buat kali terakhir. Aku juga terkilan kerana telah berkali-kali berkata kepada arwah bahawa aku mahu berjumpa dengannya. Beberapa kali aku turun ke Selangor dan KL namun tetap tak berpeluang berjumpa dengannya. Arwah juga pernah datang ke Kedah tapi kami tetap tidak ditakdirkan berjumpa. Dekat tapi jauh. Suratan Ilahi. Aku hanya mampu berhubung dengan arwah melalui telefon dan Facebook. Alhamdulillah..aku bersyukur kerana sentiasa berhubungan dengan arwah. Jika tidak, tentu aku akan rasa lebih bersalah.
Arwah sahabat yang sangat baik. Sesiapa yang mengenali arwah tentu akan berpendapat yang sama. Sentiasa tersenyum dan tak pernah marah. Hamba Allah yang taat. Aku berdoa moga rohmu tenang di sana dan dipermudahkan segala urusan. Buat anda yang sedang membaca, sama-samalah doakan arwah dan sedekahkan Al-Fatihah~
:: Ayiena Nur ::