Welcome!

DIA #1


….Assalamualaikum....

Kisah ini adalah kesinambungan kepada entry Rinduku Padanya. Dari mana mulanya detik perkenalan itu? Aku tak tahu apa yang aku rasakan waktu itu dan juga saat ini tapi apa yang pasti hati aku akan berdebar-debar. Ya, saat menaip entry ini hatiku sedang berdebar-debar. Entah kenapa, aku tiada jawapannya.

Disebabkan hanya pada waktu ini aku mempunyai sedikit ruang masa, maka ingin aku coretkan kisah lalu. Kenangan yang akan aku kenang. Kisah bermula pada awal tahun 2011. Ketika aku masih terawang-awang mencari pekerjaan tetap setelah menjadi Siswazah. Dengan bantuan beberapa individu yang mengetahui mengenai keperluan seorang guru ganti di sebuah sekolah, aku telah memohon di Pejabat Pendidikan Daerah.

Selalunya guru ganti ni diperlukan bila seseorang guru itu bercuti dan kebiasaannya sebab cuti bersalin. Untuk pengetahuan kalian, sekolah tersebut bukan sekolah pertama aku menjadi guru ganti tapi saat aku bangun pagi tu aku dapat merasakan sesuatu. Debaran di dalam hati. Sekolah sebelumnya aku lebih relax. Aku memandu dari rumah hingga ke sekolah. Mengharungi kesesakan di waktu pagi. Setibanya ke sekolah itu aku menanti di pejabat untuk berjumpa dengan Guru Besar.

Semuanya tak penting, apa yang aku buat di sekolah, subjek apa yang aku ajar kerana kisah ini kisah aku dan dia. Wah..sebenarnya tiada apa yang berlaku antara aku dan dia. Mungkin hanya mainan perasaanku. Ahaa bukan aku perasan. Tak. Aku tak mengatakan dia suka padaku. Tak mungkin. Aku hanya nak berkongsi apa yang aku rasa. Bagi aku, perasaan dan apa yang berlaku tu sangat unik. Belum pernah berlaku padaku. Debaran itu akan wujud HANYA dengan KEHADIRANNYA. 

Kenapa aku berkata begitu? Jommm kita kembali ke saat dan waktu itu.





Coretan Sweet: Tak suka tengok entry panjang sangat..ehee ~


:: Ayiena Nur ::

1 Ramadan 1433H


….Assalamualaikum....

Salam Ramadan Al-Mubarak untuk semua! Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang merasai bulan yang penuh barakah ini sekali lagi..syukur. Kali ni aku berpuasa di rantauan. Jauh dari keluarga dan permulaan puasa pun tak disambut dengan keluarga. Malam tadi pergi terawih sensorang, sahur pun sensorang. Kuat! Kuat! Kuat! Memandangkan aku baru je balik minggu lepas jadi memang perancangan aku untuk balik dalam pertengahan bulan puasa nanti. Moga dipermudahkan.

Dah bekerja ni, nak nak pula jauh nun di pantai timur aku memang kena merancang jadual cuti dan bila nak balik ke Sungai Petani. Memang tak dapat dah la nak balik sesuka hati. Paling best planner tahun ni penuh dengan kenduri sahabat-sahabat yang rapat denganku. Pening jugak kepala nak mengatur jadual bila nak balik. Kalau ikutkan hati memang semua aku nak pegi tapi macam yang aku katakan, tak semudah tu.

Sorang member aku pun ada tegur “ Hang ni sampai semua kenduri nak pi, simpan la sama cuti tu tuk family. Nanti nak raya x dak cuti ”. Erm, aku memang sejak kecil lagi suka pergi kenduri. Bila dah kawan baik sendiri, mestila lagi excited. Kan? Ya, semua yang aku pergi tu semua individu yang rapat dengan aku. Aku menghargai kehadiran mereka dalam hidup aku jadi aku nak turut berada pada hari berbahagia mereka. =)

Buat semua muslimin dan muslimat di luar sana. Marilah sama-sama kita menghayati bulan yang penuh dengan 1001 keberkatan ni. Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa. Mudah-mudahan amal ibadat dapat ditingkatkan, diri juga dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya. Amin~






Coretan Sweet: Kita hanya mampu merancang..Penentunya hanyalah Dia ~


:: Ayiena Nur ::

Rinduku Padanya


….Assalamualaikum....


Pada saat ini aku teringatkan dia. Rindu? Ya, aku rindu dia! Siapa? Dia insan yang pernah wujud dalam hidupku hanya dalam masa yang singkat tapi ingatan terhadapnya mungkin selamanya..sehingga ada insan lain yang boleh membuatkan aku lupakan dia. Mungkin. Kurasakan wajahku mula kepanasan dengan senyuman terukir sepanjang aku menaip. Aku buat kerja ‘gila’ tadi. Setelah setahun berlalu aku mula mencarinya kembali. Sekadar mengubat rindu.

Aku pernah berkata dulu, “andai ada jodoh kita, pasti kita akan bertemu kembali”. Tapi sehingga ke saat ini, setahun telah berlalu aku tak pernah berjumpa dengan dia walau sekali pun. Padahal satu negeri kot? Memang dia bukan jodoh aku. Siapalah aku ni. Dia tu siapa? Macam langit dengan bumi. Macam cekodok dengan pizza. Ehh? Yer la. Dia comey, aku ni cemey. Tau dak cemey tu apa? Cemey tu sepupu sepapat comey gak la tapi kategori masuk bakul angkat sendiri. *kompem aku dah merapu*

Yang aku kata buat kerja ‘gila’ tadi bukan apa pun, setakat gigih dan gagah mencari FB dia. Agagaga Aku ingat nama dia tapi ejaan dia kurang jelas dalam ingatan. Puas aku cuba akhirnya aku google. Pandai-pandai la kan guna teknologi. See your finger. Angkat-angkat sikit. Teknologi dihujung cari okey! Akhirnya berkat jari yang terror ni, aku jumpa..yess! terubat rindu dengan menatap wajahnya yang tersenyum. Takkala menatap foto dia yang memandang tepat ke arahku, aku tersenyum malu. *perasan nak mampus*

Sayangnya itu sahaja la yang mampu aku perolehi di FBnya. Dia memang tak aktif berFB pun sejak setahun dulu lagi masa aku stalk dia. Buktinya? DP dia tak bertukar-tukar pon. Nama pun USTAZ kannnnn..hah..Ustaz? Aku stalker SEORANG USTAZ???




Coretan Sweet: Kisah baru nak bermula.. ~


:: Ayiena Nur ::

up