Welcome!

Bazar Ramadhan sangat!


….Assalamualaikum....

Hah! Malam ni aku dah mula pasang lagu raya tau. Ahahaha sebelum ni x da feeling lagi. Almaklum lah, minggu lepas kan aku nak balik berpuasa di rumah sebab tu relax and cool ja. Sekarang baru nak feel di perantauan. Perantauan sangat kan. Percayalah Sungai Petani – Kuala Terengganu adalah jauh dan penuh liku. Cewah. Jalan dia tak sama macam jalan Utara – Selatan, mohon ada la abang-abang engineer yang bijak dan hebat untuk membina lebuh raya merentasi Gunung Titiwangsa. Sapa berjaya buat nanti aku masuk meminang dia. #ehhh

Hari dah 18 Ramadhan kan? Sekejap ja rasa masa berlalu. Masa mula-mula sampai sini, aku terbayang-bayang macam mana la keadaannya aku berpuasa kat sini nanti. Alhamdulillah. Allah S.W.T tu Maha Mendengar. Aku berpuasa sama ja macam orang lain, yang berbezanya tiada keluarga bersama. Pergi terawih pun kadang-kadang sorang. Setakat ni dah beberapa Bazar Ramadhan di Kuala Terengganu yang aku terjah. Kalau ikutkan aku memang malas la. Balik kerja dah pukul berapa. Sampai umah ingat nak rest ja. Tapi bila adik-adik housemate ni ajak, pergi jugak la. Boleh tengok Bazar Ramadhan kat tempat orang kan.

Apa yang menarik kat Terengganu? Pelbagai jenis kuih muih, yang aku tak pernah tengok dan makan pun of course la ada kan. Sejak dok sini memang aku dah kurang makan, kalau orang tak suruh memang malas. Entah la kenapa tapi nafsu nak makan dah kurang. Orang lain yang risau bila aku tak makan nasi berhari-hari, padahal aku relax ja. Ehee Kalau nak kata aku tak boleh ‘masuk’ dengan makanan Timur, tak jugak. Masa kat Utara dulu pun aku dok makan ja makanan timur. Tapi kan, kalau lauk pauk dia aku rasa cam ada beza jugak la. Kurang memenuhi ‘taste’ lidah aku ni. =p

Masa pergi bazar-bazar tu ada jugak la niat nak ‘snap’ dua tiga keping gambar buat penghias entry. Akan tetapi, bila orang dok tengok jadi segan plak. Yer la, setakat pakai henpong samsung ja apa la sangat kan. Lain la kalau aku keluarkan desler sebijik. Ye dak? =p Okey, sebab tak da gambar entry dah melalut-lalut. Harap maaf.


Bazar Ramadhan Dataran Syahbandar

Bazar Ramadhan Pantai Batu Burok

Bazar Ramadhan Simpang Tiga









Coretan Sweet: lepas ni entry Iftar 2012 plak.. ^^ ~


:: Ayiena Nur ::

DIA #2


….Assalamualaikum....

Kalau entry ni aku taip setahun yang lalu mesti lagi best pengolahan ceritanya. Dengan hati yang berbunga-bunga lagi kan. Ehee Pada mulanya semasa memulakan tugas di sekolah itu, aku sangkakan debaran yang aku rasa kerana nak mengajar di sekolah baru. Lama kelamaan baru aku sedar, setiap kali dia menghampiri atau dekat denganku baru hatiku berdebar-debar.

Paling best saat berada di sekolah tu adalah apabila dia menegur aku. Malu tapi suka. Di bilik guru, meja dia di sebelah kiri belakangku. Ohh..lagi la nak terkeluar jantung. Kalau dia ada mesti tak leh fokus kerja. Aku suka tengok senyuman dia dan bila dia bergurau senda. Aku suka lelaki yang sebegitu. Peramah dan agak ‘senget’ sikit. Senget tu sebab suka bergurau. =p Dia mampu membuatkan aku tersenyum dan ceria.

Kenapa aku yakin dia penyebab hatiku berdebar-debar? Banyak kali insiden ni berlaku. Salah satunya ketika aku berada di bilik guru sedang menyemak buku palajar. Sedang aku kusyuk menyemak, dengan tiba-tiba hatiku berdebar. Aku terus berhenti dan memandang ke arah pintu masuk bilik guru. Saat aku memandang ke situ, dia sedang melangkah masuk. Banyak kali perkara yang sama berlaku. Begitu juga ketika aku sedang mengajar di dalam kelas, jika tiba-tiba hatiku berdebar tentu dia akan melalui kawasan itu. Ya, dia sememangnya melalui kawasan itu.


Aku masih ingat raut wajahnya. Gayanya. Tutur katanya dan juga senyumannya. Pabila dia menegur aku dan berbual-bual, memang itu waktu yang membahagiakan. Hati tersenyum riang. Ceria di wajah terlakar sepanjang masa. Ada juga pada satu hari yang merupakan antara hari-hari terakhirku mengajar di situ, dia tiba-tiba duduk di meja di sebelahku. Entah kenapa dia tidak duduk di mejanya. Aku tidak bertanya. Yang pasti, aku memang dah tak keruan. Hati tak payah cakap la. Memang confirm berdegup kencang. Sampai ada akak cikgu yang lain menegur dia, “Sembang-sembang je ke? Minta la alamat ke apa ke nanti dia nak habis dah tu”. Ada yang tertanya dia minta ke tak? Jawapannya tak. Dia cuma tanya aku tinggal di mana dan dia memang tahu kawasan tu. Katanya ada sedara yang tinggal di taman yang sama.

Hari terakhir ku disitu rasa sedih pulak. Haa, masa hari last tu aku ada buat kek. Paling seronok bila dia pun rasa. Sedap! =p Tapi..paling menyedihkan bila dia sibuk pada hari tu. Hari terakhir aku nak melihat dia dengan sepuas-puasnya. Akhirnya aku berkata di dalam hati “Andai dia jodohku, tentu aku akan bertemu semula dengannya”. Lelaki yang baik adalah dengan perempuan yang baik. Kalau lelaki yang baik macam dia tu, ermm..memang aku tak layak la. Malu pun ada.


Dia Ustaz. Ustaz muda yang hanya memakai songkok apabila ada majlis rasmi. Dia tak kacak tapi kacak dimataku. Dia ‘cute’ dan nampak muda dari usia sebenarnya. Aku tak tahu kenapa aku suka dia. Yang pasti bila memandang wajahnya, aku rasa “dalam hati ada taman”. Aku nak sangat jumpa dia buat sekian kalinya. Nak je aku inbox FB dia, “Assalamualaikum Ustaz”. =p
Namun aku yakin tentu dia dah berpunya saat ini. Sebab itu juga aku berani mendedahkan rahsia hati ini. Kerana kini.....semuanya hanya tinggal “sekadar suka-suka”.




 Rinduku Padanya          DIA#1



Coretan Sweet: 1 rahsia hati yang telah dibocorkan.. ~


:: Ayiena Nur ::

DIA #1


….Assalamualaikum....

Kisah ini adalah kesinambungan kepada entry Rinduku Padanya. Dari mana mulanya detik perkenalan itu? Aku tak tahu apa yang aku rasakan waktu itu dan juga saat ini tapi apa yang pasti hati aku akan berdebar-debar. Ya, saat menaip entry ini hatiku sedang berdebar-debar. Entah kenapa, aku tiada jawapannya.

Disebabkan hanya pada waktu ini aku mempunyai sedikit ruang masa, maka ingin aku coretkan kisah lalu. Kenangan yang akan aku kenang. Kisah bermula pada awal tahun 2011. Ketika aku masih terawang-awang mencari pekerjaan tetap setelah menjadi Siswazah. Dengan bantuan beberapa individu yang mengetahui mengenai keperluan seorang guru ganti di sebuah sekolah, aku telah memohon di Pejabat Pendidikan Daerah.

Selalunya guru ganti ni diperlukan bila seseorang guru itu bercuti dan kebiasaannya sebab cuti bersalin. Untuk pengetahuan kalian, sekolah tersebut bukan sekolah pertama aku menjadi guru ganti tapi saat aku bangun pagi tu aku dapat merasakan sesuatu. Debaran di dalam hati. Sekolah sebelumnya aku lebih relax. Aku memandu dari rumah hingga ke sekolah. Mengharungi kesesakan di waktu pagi. Setibanya ke sekolah itu aku menanti di pejabat untuk berjumpa dengan Guru Besar.

Semuanya tak penting, apa yang aku buat di sekolah, subjek apa yang aku ajar kerana kisah ini kisah aku dan dia. Wah..sebenarnya tiada apa yang berlaku antara aku dan dia. Mungkin hanya mainan perasaanku. Ahaa bukan aku perasan. Tak. Aku tak mengatakan dia suka padaku. Tak mungkin. Aku hanya nak berkongsi apa yang aku rasa. Bagi aku, perasaan dan apa yang berlaku tu sangat unik. Belum pernah berlaku padaku. Debaran itu akan wujud HANYA dengan KEHADIRANNYA. 

Kenapa aku berkata begitu? Jommm kita kembali ke saat dan waktu itu.





Coretan Sweet: Tak suka tengok entry panjang sangat..ehee ~


:: Ayiena Nur ::
↑
up