Welcome!

Iftar ~SUARA Part 2


….Assalamualaikum....
 


Lepas dapat kunci Aku, Nut & Aini terus naik ke bilik. Masa sampai bilik dah masuk waktu berbuka. Kami minum je dulu sementara tunggu Ziha dan Aizat yang dah on the way ke hotel dari KL Sentral. Ziha ditempatkan di Bintulu dan Aizat di Miri. 


Kami berbuka puasa sama-sama dalam bilik. Asalnya kami buka pintu tapi memandangkan bising tak ingat kami tutup balik. Yang si Aizat dok risau dah. Ahahaha Adoi. Bukan nak buat apa pun, buka puasa ja pastu keluar la. Member sorang lagi si Azam yang sebilik dengan Aizat belum sampai lagi. Dia naik flight dari Kuching lewat cikit.


Kami ber ‘mini’ Iftar dengan mana yang dah sampai dulu. Lepas berbuka dan solat semua, tak lama lepas tu Zu sampai. Zu ditempatkan di Shah Alam. So, malam tu kami berlima akan ber ‘kampung’ dalam bilik tu. Aizat balik bilik dia la. Ahaa Sorang lagi tak join kami malam tu ialah Zym @ Mak Jemah. Dia balik ke rumah Family sebab rumah dia dah dekat dengan KLIA. Zym sekarang attach kat Kota Kinabalu.

Gadis2 menunggu jejaka2..peliksss




Inilah jejaka2 itu..mereka bukan dari KK..saja nak bg jeles tgk baju tu
 Malam tu dalam pukul 10.30 kami semua turun dan pergi ke Jalan TAR. Memang banyak la kedai-kedai yang dah tutup. Yang ada khemah-khemah tambahan macam pasar malam dan uptown tu. Banyak jugak la. Puas berjalan aku beli kerongsang ja. Ahaa 

MyBeloved Friends!
  Lepas habis jalan-jalan tu jam dah dekat pukul 1, kononya nak bersahur bersama-sama. Sahur provided kat hotel tu tapi yer la member lain yang bukan stay hotel tu confirm la x da kupon kan. So, kami decided singgah kedai makan. Malangnya time tu kebanyakan kedai makan pun dah tutup. Kami singgah 1 kedai ni pun air je yang ada. Kami semua just lepak & sembang-sembang je la sampai pukul 2 lebih baru balik ke hotel. Slumber badak je kan?? Padahal esok pagi dah ada training. Ehh, kalo dah pukul 2 makanya pagi itulah ada training. ahaa

Baguslah semua dah maju. Pakat guna semakfong dahh.
 Balik bilik yang geng-geng gadis ni menyambung lagi cerita dalam posisi tidur. Melampau betul kalo menyembang. Tak sedar pukul berapa masing-masing tido. Yang pasti bila bangun sahur, semua mata panda. =p Mana cerita iftar? haihh..rasa cam panjang sangat dah entry ni. Sambung Part 3 la ek..muahahahaha


Coretan Sweet: jangan lupa baca Part 3 plak ekk.. ^^ ~


:: Ayiena Nur ::


 

Iftar ~SUARA Part 1


….Assalamualaikum....

Last entry pasal bulan Ramadhan kan? Merapu ja banyak. Entry kali ni nak cerita pasal IFTAR plak. Tapi, untuk entry Iftar yang pertama ni bukan sekadar Iftar ja. Nak tau kenapa? Kena la baca sampai habis. Ehee

2 Ogos 2012. Hari yang Aku nanti-nantikan. Sebenarnya pada hari tu, Aku ada training di HQ yakni di Kuala Lumpur. Apa yang mengembirakan? Peluang macam ni la yang Aku dan member tertunggu-tunggu. Nak nak pulak yang berada nun di kepulauan Borneo tu. Mereka sahabat yang Aku kenali sejak hari pertama menjejakkan kaki ke tempat majikan Aku sekarang ni, SME BANK. Tak pernah dengar? Tak tau bank apa? Jangan risau. Bukan sesuatu yang pelik sebab ramai yang tak tahu. Bank ni bukan macam bank yang lain, SME BANK adalah “Development Bank”. InsyaAllah Aku akan buat entry lain untuk terangkan memandangkan ramai yang bertanya dan tertanya-tanya. ^_^

Okeh, berbalik kepada cerita tadi. Memandangkan training tu seharian dan bermula pagi jadi Aku kena la ambik flight sehari sebelumnya iaitu hari Rabu, 1 Ogos. Flight pukul 5.10 petang dan Aku sampai di Subang Skypark apabila jarum jam menghampiri 6 petang. Lebih cepat dari jangkaan perjalanan iaitu selama 1 jam. (suara pilot dia ohh sedapnya..ahaa nama Muhd Kaisar) Nama ja sampai awal, last-last lewat jugak sampai ke hotel. Aku sampai ke hotel dalam 7.30 petang. Naseb la dah ‘tapau’ McD kat lapangan tadi. Lewat sebab teksi Queued. Tak sabar bila member-member dah pakat update status masing-masing “dah naik flight” kat dalam group WhatsApp.

Macam best pulak. Kami semua ada ramai tetapi yang ditempatkan di kejauhan iaitu luar dari Kuala Lumpur & Selangor ada 5 orang. Aku di Kuala Terengganu dan 4 orang lagi di Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Bintulu. Masa Aku sampai di hotel, 2 orang member dan sedia menanti. Nut & Aini. Dorang maintain di HQ tapi berlainan department. Kami plan nak ber ‘pyjamas party’ malam tu. Haih, bulan-bulan posa nak merapu bagai kan. Tu la ‘kegilaan’ kami semua. Bukan buat apa pun, sembang-sembang dan update cerita masing-masing. (padahal hari-hari dok contact kot.ahaa) Live tu kan lagi happening! =p

Kami buat plan tanpa mengetahui Aku akan dapat bilik dengan siapa. Masa on the way ke hotel, Aini tanya “kalau ko tak sebilik dengan Ziha macam mana plan kita?”. Dua orang member tadi tu siap bawak baju nak tido sama-sama kat hotel tu. Suka hati kami je kan buat plan. Opss. Bila Aini tanya tu entah kenapa Aku tak rasa risau pun. On je plan. Aku jawap “percaya pada takdir”. Sampai ja kat lobby, Aku check-in dan terus tanya sapa roomate Aku. Ya Allah, masa tu rasa nak melompat ja. Aku terus berlari kat Aini dengan Nut. Excited! (tak payah cakap dah tau kan? Ehee)



Coretan Sweet: bersambung ke part 2!  ^^ ~


:: Ayiena Nur ::
 

Bazar Ramadhan sangat!


….Assalamualaikum....

Hah! Malam ni aku dah mula pasang lagu raya tau. Ahahaha sebelum ni x da feeling lagi. Almaklum lah, minggu lepas kan aku nak balik berpuasa di rumah sebab tu relax and cool ja. Sekarang baru nak feel di perantauan. Perantauan sangat kan. Percayalah Sungai Petani – Kuala Terengganu adalah jauh dan penuh liku. Cewah. Jalan dia tak sama macam jalan Utara – Selatan, mohon ada la abang-abang engineer yang bijak dan hebat untuk membina lebuh raya merentasi Gunung Titiwangsa. Sapa berjaya buat nanti aku masuk meminang dia. #ehhh

Hari dah 18 Ramadhan kan? Sekejap ja rasa masa berlalu. Masa mula-mula sampai sini, aku terbayang-bayang macam mana la keadaannya aku berpuasa kat sini nanti. Alhamdulillah. Allah S.W.T tu Maha Mendengar. Aku berpuasa sama ja macam orang lain, yang berbezanya tiada keluarga bersama. Pergi terawih pun kadang-kadang sorang. Setakat ni dah beberapa Bazar Ramadhan di Kuala Terengganu yang aku terjah. Kalau ikutkan aku memang malas la. Balik kerja dah pukul berapa. Sampai umah ingat nak rest ja. Tapi bila adik-adik housemate ni ajak, pergi jugak la. Boleh tengok Bazar Ramadhan kat tempat orang kan.

Apa yang menarik kat Terengganu? Pelbagai jenis kuih muih, yang aku tak pernah tengok dan makan pun of course la ada kan. Sejak dok sini memang aku dah kurang makan, kalau orang tak suruh memang malas. Entah la kenapa tapi nafsu nak makan dah kurang. Orang lain yang risau bila aku tak makan nasi berhari-hari, padahal aku relax ja. Ehee Kalau nak kata aku tak boleh ‘masuk’ dengan makanan Timur, tak jugak. Masa kat Utara dulu pun aku dok makan ja makanan timur. Tapi kan, kalau lauk pauk dia aku rasa cam ada beza jugak la. Kurang memenuhi ‘taste’ lidah aku ni. =p

Masa pergi bazar-bazar tu ada jugak la niat nak ‘snap’ dua tiga keping gambar buat penghias entry. Akan tetapi, bila orang dok tengok jadi segan plak. Yer la, setakat pakai henpong samsung ja apa la sangat kan. Lain la kalau aku keluarkan desler sebijik. Ye dak? =p Okey, sebab tak da gambar entry dah melalut-lalut. Harap maaf.


Bazar Ramadhan Dataran Syahbandar

Bazar Ramadhan Pantai Batu Burok

Bazar Ramadhan Simpang Tiga









Coretan Sweet: lepas ni entry Iftar 2012 plak.. ^^ ~


:: Ayiena Nur ::
↑
up