Welcome!

Al-kesahnya Kenduri. #Part 2

-->
….Assalamualaikum....

~ 23/11/2012 ~


Jumaat tu merupakan hari yang panjang bagi aku. Walaupun masa banyak dihabiskan atas bas tapi banyak juga perkara yang berlaku. Sebelum sampai KL tu nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan Pakcu kat Paka. Aku pun tak pasti tu stesen bas ke apa tapi bas stop kat situ. Sempat la bertegur sapa kejap sebab aku turun ke toilet. Ahaa

Berbalik kepada sambungan Part 1, sampai je di Stesen Putra tu aku terus berjalan kaki ke stesen LRT PWTC melalui jejantas yang disediakan. Tunggu mesej dari Nut dan Aini untuk tentukan ke mana arah tujuan kami lepas plan asal tak menjadi. Kononnya nak menghabiskan masa kat Bukit Bintang tapi memandangkan aku menggalas beg, lokasi bertukar ke SOGO. Ahahahaha tempat standard dan antara yang terdekat. Dari stesen PWTC tu nak ke SOGO tak jauh mana pun. Lepas PWTC, stesen Sultan Ismail kemudian Bandaraya. Bandaraya tu la letaknnya SOGO. 

Yang aku ni kemain punya dok tengok mamat duduk depan aku sampai terLEPAS stesen. Yaaaaa..sila sekeh kepala aku sekarang. Muahahaha Kebetulan juga ‘suara’ dalam LRT yang memaklumkan setiap stesen tu ‘bisu’ plak hari tu. Aku pun dah la duduk membelakangi SOGO, nampak dah signboard Bandaraya tapi.............aku kaaann blurrrrr. “Bandaraya? Ermm..macam SOGO. Betul ke ek?” Dok fikir bagai train tu pun dah bergerak. Next stesen Masjid Jamek. Hahhh confirm! Memang stesen tadi. ceittt Aku tunggu lagi satu stesen sebab kalo kat Masjid Jamek nak kena melintas jauh untuk berpatah balik. Aku decide turun kat Plaza Rakyat.


Akhirnyaaaaa..bertemu juga aku dengan Nut & Aini kat Secret Recipe SOGO! Tiga-tiga dah kelaparan. Sempat lagi google cari tempat makan best yang berhampiran. Bukannya nak makan situ, tempat berteduh je. Ahaa Secret Recipe tu dah biasa sangat, tak special dah. Kononnyaaaa.. =p fikir punya fikir ada dua choice: The Ship atau RedBox. 

Disebabkan nak makan so melangkah la enam kaki tu menuju ke The Ship. Masuk-masuk je sunyi sepi, lampu pun kemain romantika de amor. Pilih tempat. Kebanyakkan seat untuk 2 orang yang sweet. Kami plak bertiga tapi demand nak duduk juga seat untuk 2 orang sebab cantik. Khatam menu. Masing-masing dah tak senang duduk sebab tempat tu sangat la berbau. Ntah la bau apa. Pakat buat andaian memasing. Bau kapal la kot ni, tengok la tertutup terus. Berkuap kot. Blablabla.

 Pastu Nut ajak keluar balik sebab rasa tak best langsung. Otak ligat berfikir dah. “Jom berlakon kononnya dapat call dari mak nak makan kat lain” kata Nut. Senget la oiii..memang muka aku ni stok muka tebal kamus dewan je kan. Ahahahaha Sebenarnya tak sia-sia dan tak menyesal buat macam tu. Nut balik cerita kat ayah dia dan tau apa respon ayah Nut? “Memang la tempat tu malam baru ramai. Tempat orang dok mabuk-mabuk yang pergi masuk buat apa?” Ya Allah. Naseb la kami tak jadi makan kat situ. No wonder la tempat dia berbau macam tu. =_=

Keluar dari situ, kami kembali ke SOGO. Pilihan seterusnya RedBox. Karaoke termasuk buffet. RM46 per person untuk 3 jam tak termasuk servis caj. Okeh puas hati. Makan la banyak mana nak makan. Karok la 3 jam tu sampai terkeluar anak tekak. Tempat dia memang sangat selesa dan cantik. Sound system cun, pilihan lagu yang sangat la banyak dan paling best lagu-lagu baru pun ada. 

Aku makan je lebih. Part karok bagi Nut dengan Aini. Aku pilih-pilih lagu pastu tak reti nyanyi. Ahaa Nut & Aini la mangsa kena nyanyi. Sorry gurls! Suara korang sedapp..biar aku jadi Permaisuri yang bersantap sambil dihiburkan dengan alunan suara merdu kalian. Ahahahaha

Best best best. Jumpa mereka tak sah la kalo tak best. Balik umah pun dok bersembang dan beronline lagi. Pillow talk dengan Aini. Tido lambat sebab kononya aku dah terlebih tido. Dalam bas nak buat apa je kan? Ehee Tamat kisah hari Jumaat. Hari Sabtu bakal menyusul. Tata~

To be continue.................again! =p






Coretan Sweet: perut kelaparannnnn  ~


:: Ayiena Nur ::

Al-kesahnya Kenduri. #Part 1

-->
….Assalamualaikum....

Blog ni sentiasa di landa KEMARAU tanpa entry kan. Maaf ye blog sayang. Rutin harian dan masa tidak mengizinkan, begitu juga dengan MOOD menulis entry yang SUAM-SUAM KUKU merupakan antara faktor yang mencetuskan kemarau tersebut.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hah! Siap bagi pepatah lagi. Disebabkan kejadian yang berlaku beberapa hari ni, aku...telah tergerak hati untuk mencoret segala yang berlaku di dalam satu-satunya blog kesayangan aku ni. Ecehh kesayangan sangat.

Sebenarnya semasa balik dari Majlis Perkahwinan Kira & Nadh lagi dah berniat nak menulis ‘sepatah dua kata’ yakni mengUPDATE entry baru...namun apakan daya..sila rujuk faktor-faktor di perenggan pertama. Ahaa Baru-baru ni pula ada satu lagi kenduri yang aku hadiri. Majlis Perkahwinan salah seorang rakan seperjuanganku yang sama-sama melangkah masuk ke SME Bank, Zuliana Hasni. #SUARA


Majlis Perkahwinan Zu & Izad bagi sebelah Zu sendiri berlangsung di Johor pada 17/11/2012. Aku dan member-member lain decided nak hadiri majlis di Kuala Lumpur yakni sebelah pengantin lelaki memandangkan kebanyakkan berada di KL. Aku yang kat Terengganu ni pun lebih dekatlah nak turun ke KL compare dengan Johor. Majlis di sebelah lelaki bertempat di Dewan IPGM, Bandar Tun Razak pada 24/11/2012. Tarik nafas. Fuhhhhh Banyak yang nak diceritakan. Onak dan duri, segala ranjau ku lalui demi menghadiri kenduri Zu. =p

Okehh..JOM!

~ 22/11/2012 ~
Kalau ada yang perasan, tweet aku ada menyatakan yang aku rasa berdebar sepanjang hari tu. Rasakan sesuatu tapi aku tak tahu apa dan kenapa sehinggalah pada malam tersebut. Malam kejadian! Malu, geram, sedih. Semua perasaan bercampur baur. Rasa nak guling-guling masuk dalam tanah pun ada. =_= Kisahnya, aku TERSALAH BELI TIKET BAS. Ya...Well done, bravo! Sampai je kat stesen bas malam tu apa yang aku nampak adalah kawasan stesen bas yang lengang dari kehadiran walau sebuah bas pun. Aku pandang ke arah kaunter-kaunter. Pukul 12 tengah malam. Kau rasa sapa yang nak buka kaunter? Hantu? Herghhhh Dalam teksi lagi pakcik tu dah tanya aku. “Ada lagi ke bas time ni?” Aku dengan confidentnya jawap ada. Naseb la pakcik tu tak terus balik. Aku dengan muka yang dah setebal kamus dewan ni pergi semula kat pakcik teksi tu dan kata tersalah tengok masa. 12.30 PM. Waktu keramat. 12.30 PM bukannya AM. Faham-faham je la kan? Malas nak cakap dah. Grrrrrrr


~ 23/11/2012 ~
Housemate yang tengah berkampung kat hall semua gelakkan aku. Dah la adik-adik. Apa la akak sorang ni. Nama ja kerja bank, tu pun bleh salah. Ahahaha Masuk bilik terus mesej myMum. Padahal sebelum pergi tu siap bergayut bagai dah. Hampeh! Whatsapp plak Nut ngan Aini. Benda yang sama, before tu kemain lagi punya rancak sembang, plan memacam. Akhirnya?? Stress. Lepas tu, tweet! Membebel sensorang. Tengah syok membebel bebal kat twitter, masuk mesej dari si EnchikHyde. Terus tekan button call. Naseb la wahai encik terpaksa menahan telinga. Ahaa =p Dah ended call, nampak plak tweet si Seorang Anith yang tanya kenapa dengan aku. Sesi whatsapp dengan Anith plak bermula. Tengs sahabat-sahabat yang hadir pada waktu itu. =) Settle kejadian tengah malam/pagi tu, dalam pukul 2 jugak baru aku tido.

Pukul 8.30 pagi aku blom keluar rumah. Whatsapp dengan Aini dan Nut. RESTRUCTURING plan balik. Plan asal, aku sampai waktu dorang tengah bersiap nak pegi keja. Boleh la aku stay rumah Aini dulu pagi tu. Letak beg dan apa-apa lagi yang patut. Tengah hari baru aku keluar pegi bank jumpa dorang dan laksanakan misi. Bila plan dah rosak kena la fikir mana aku nak campak beg. Tak kan nak jenjalan dengan mengusung beg ‘balik kampung’ plak kan? Nampaknya beg galas SME Bank je la yang aku ada sebagai alternatif. Ahahaha Beg ni pun satu lagi kisah. Beg tu aku rasa telah menyebabkan aku ditahan semasa berjalan dari Hentian Putra. Teori Aini. Ahaa Sebab? Aku ditahan dan diminta duit. Tambang hendak ke Kelantan katanya. Aku yang blur-blur waktu tu terus kata “Saya minta maaf, sekarang ni saya pun tak ada duit.” Rasa bersalah pun ada sebab kesian tapi betullah. Aku kan kena beli tiket baru tadi. Duit dalam bank ada la. Uhuu Paling best skali aku punya blur, ada ke patut lepas dah habiskan ayat aku tu aku cakap TERIMA KASIH kat dia! Adehhh...sekali lagi malu.

Selamat sampai ke KL tapi masih panjang lagi kisah perjalanan aku. Misi utama kenduri Zu namun apa lagi yang berlaku?

To be continue.........................








Coretan Sweet: nak pegi kenduri Kira & Nadh pun memacam gak jadi.  ~


:: Ayiena Nur ::

'Akhirnya Aku Kahwin'


….Assalamualaikum....

Haa..bulan Syawal blom ada entry lagi kan? Punya seronok beraya la katakan. Lepas seminggu cuti raya terus masuk kerja. Bila dah kerja tu faham-faham je lah. Nak panaskan enjin balik, sibuk dengan hal kerja, blog pun kembali dianak tirikan.. Ehee Sejak dua menjak ni aku rajin main tweet kan? Perasan tak? Ahahaha okeh..ni bukan pasal twitter by the way.

Al-kisahnya, semalam pergi beraya ke rumah salah seorang adik ni yakni merangkap housemate aku kat sini. Dia penggemar tegar novel. Sama jugak lah cam aku suatu masa dahulu. Masa kat rumah dia sempat la membelek dan membaca novel. Akhirnya aku ambil dua novel, padahal novel yang aku sendiri beli pun tak terbaca lagi. Nampak sangat ketamakkan disitu. =p


Novel ‘Akhirnya Aku Kahwin’ ni dah lama sebenarnya aku tengok. Pastu ada jugak la member-member yang post kat FB. Cuma aku belum berpeluang nak membaca. Tengok review kat belakang macam best. Aku pun baca bab pertama. “Okeh..suka” *sambil tersenyum sorang-sorang*

Kenapa aku buat entry pasal novel ni? Sebab ada sesuatu yang menarik bila aku mula membaca. Awal-awal lagi aku dah perasan dan rasa lain macam je bahasa penulis ni. “Feeling lain sikit baca novel ni..kenapa ek?” *Aku bermonolog* Aku teruskan membaca then terjumpa perkataan ‘Seberang Jaya’ hah! See..dah agak dah..aku rasa ada perkataan yang penulis gunakan tadi adalah perkataan yang orang Utara ja gunakan. Kemudian aku jumpa pula ‘Bukit Minyak’ erm..aku pernah berada dalam factory sebelum ni so aku faham la keadaan yang cuba digambarkan oleh penulis.

Aku semakin teruja nak membaca. Bukan ja sebab ‘keUTARAan’ yang terserlah tapi juga gaya bahasa dia yang slumber dan santai. Lawak kot baca. Kalau tak tergelak seronok aku mesti tersenyum-senyum sorang sampai budak-budak rumah ni tegur. =p Novel ni adalah keluaran ke-2 penulis. Novel pertama penulis ialah Cinta Tiga Suku, keluar masa aku tengah praktikal dulu rasanya sebab ada akak office pernah baca. Novel Akhirnya Aku Kahwin ni blom habis baca sebenarnya tapi sebab tahap keterujaan yang melampau maka terhasil lah entry mengenainya. Heeeee







Coretan Sweet: memang selalu ketinggalan.. =p  ~


:: Ayiena Nur ::

up