Welcome!

Al-kesahnya Kenduri. #Part 3

-->
….Assalamualaikum....


Menulis blog ni kalau tak kena pada waktu yang tepat memang jadinya ke laut. Ayat berjela-jela ntah pa pe dan aku tau pembaca pon meluat nak baca. Ahaahaha Terima kasih atas teguran dan nasihat-nasihat yang diberikan. Akan diperbaiki dari masa ke semasa. In Sha Allah. ^^

~ 24/11/2012 ~

Pernah tak terjadi dalam kehidupan kamu, kamu atau kamu....situasi di mana kalo merancang sesuatu dari awal perkara tu tak terjadi seperti yang dirancang pun. Lebih sedih kalau perancangan tu langsung tak berlaku. Lain pula yang bila perancangan LAST MINUTE orang kata, elok molek je jadinya. Ehh sila baca gaya-gaya teganu kite ckettt..ehee

Mesti pernah kan? Kesah aku ke kenduri ni pun bukanlah merancang sangat. Aku tanya Nut dengan Aini sama ada mereka nak pergi atau tak, then aku on beli tiket ke KL. Kononnya memang la nak plan supaya tak kelam kabut tapi macam semuanya buntu. Sapa lagi yang nak pegi? Nak pergi dengan apa? Nak beli hadiah bila? ...........

Sampai kat KL pun bila On topik plan ke kenduri je last-last tak dapat conclusion jugak, topik dah jadi ke lain. Siap bersuka ria lagi sampai tengah malam. Nak beli hadiah pun ditunda hingga ke hari kenduri tapi bertukar juga last-last minute. Pagi tu Nut maklumkan yang dia dah ada hadiah cuma belum berbalut so kami berjumpa di SOGO untuk balut hadiah. 

Kejadian di SOGO. Dengan hadiah yang besar gedabak tu, pakat tukar shift mengangkutnya. Mulanya kami ke Level 1, bahagian Customer Service tapi Encik tu maklumkan service untuk wrapping hadiah adalah di Level 3. Sampai je di Level 3 ada seorang pekerja maklumkan yang tempat wrapping bukan kat situ sebaliknya di Level 7. Naik pula kami ke Level 7 tu. Sekali lagi, tempat Customer Service. Siap kena ambik nombor lagi tau. Pergi je kat kaunter, pekerja tu maklumkan yang.. “Kami tak balut hadiah dari luar, semua yang dibeli di SOGO sahaja.”  What????

Saat tu semua tergamam, terdiam dan berpandangan antara satu sama lain. Tak sepatah pun perkataan yang keluar. Agak lama. Kecewa? Bengang? Marah? Geram? Salah siapa?

Kami tak puas hati. Lepas ucap terima kasih kami terus berlalu sambil berbincang. Masa tu baru masing-masing menyuarakan ketidakpuashatian. Kami kembali ke Level 3 tu. Nak cari juga. Guess what? Yes. There is a wrapping service provided! Bang! Arghhhhhhh


Done bab balut hadiah kami pun meneruskan perjalanan. Dari Bandaraya kami naik train menuju ke Maluri. Haaa..naik train habaq mai kat hampa. Pakai comey molek dah nak ke kenduri, usung plak hadiah besar kemain. Itulah namanya HIDUP BERDIKARI. Ahahaha

Sampai di Maluri kami ambil teksi untuk ke dewan kenduri. Naik teksi plak dengan Uncle Cina. Lawak betul sembang dengan dia sebab slang cinanya. Rasa macam gigih betul dia nak bercakap tapi Uncle tu peramah dan mesra. Berbekalkan panduan dari Kad yang diberikan Zu kami berempat akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Alhamdulillah. Pegang kad sorang satu tuuu. Aihhh

abam-abam pedang! ahahahaha


Tahniah buat pasangan pengantin Zuliana & Izad. Semoga ikatan dan rumahtangga yang dibina akan terus kekal mewangi hingga ke syurga. Sama cantik sama padan.



Lama juga kami berkampung kat dewan kenduri tu. Dah pukul 3 lebih baru bergerak pulang. Masa sampai tadi Nut dah bodek-bodek Uncle tu minta datang ambil sebab pada mulanya dia kata tahan je mana-mana teksi kat tepi jalan tapi bagi memudahkan perjalanan, nak juga dia yang ambil. Ehee 

Ntah apa topik asal perbualan dengan Uncle tu sampai masuk ke hal banking dan bankers. Pokoknya, Uncle tu kata bank sekarang tau nak untung ja termasuk pegawai-pegawainya. Kami berempat yang juga bankers ni pon beriya je layan Uncle tu, siap tambah-tambah lagi. Semua dah tersenyum-senyum. 

Ayat yang aku paling tak bleh blah dan terus gelak besar adalah bila Uncle tu kata hidup sekarang banyak guna duit. Tambahan pula yang stay di Kota Metropolitan tu. “Ini jam, sini aa..gaji RM3 ribu itu mana cukup. Banyak itu punya gaji kira MISKIN oOo..” si Nut plak menambah.. “ya ka Uncle..oOo itu macam gaji RM2 ribu FAKIR la..” ayat lebih kurang camtu lah. ahahahahah demmm bila nak kaya? =p 

Haa...hambek kau. Lama tak up entry, sekali berjela-jela aku membebel. Panjang sangat dah ni. Penutup kisah ni next entry la pulak yer...muahahahaha

saja nak tunjuk hadiah gedabak yang diusung tuu.. =p

To be continue...again and again................................





 
-->
Coretan Sweet: bangun pagi tu tengah elok2 dok mesej2 tetiba je hp tak hidup. waaaa ~ 

-->
:: Ayiena Nur ::

Al-kesahnya Kenduri. #Part 2

-->
….Assalamualaikum....

~ 23/11/2012 ~


Jumaat tu merupakan hari yang panjang bagi aku. Walaupun masa banyak dihabiskan atas bas tapi banyak juga perkara yang berlaku. Sebelum sampai KL tu nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan Pakcu kat Paka. Aku pun tak pasti tu stesen bas ke apa tapi bas stop kat situ. Sempat la bertegur sapa kejap sebab aku turun ke toilet. Ahaa

Berbalik kepada sambungan Part 1, sampai je di Stesen Putra tu aku terus berjalan kaki ke stesen LRT PWTC melalui jejantas yang disediakan. Tunggu mesej dari Nut dan Aini untuk tentukan ke mana arah tujuan kami lepas plan asal tak menjadi. Kononnya nak menghabiskan masa kat Bukit Bintang tapi memandangkan aku menggalas beg, lokasi bertukar ke SOGO. Ahahahaha tempat standard dan antara yang terdekat. Dari stesen PWTC tu nak ke SOGO tak jauh mana pun. Lepas PWTC, stesen Sultan Ismail kemudian Bandaraya. Bandaraya tu la letaknnya SOGO. 

Yang aku ni kemain punya dok tengok mamat duduk depan aku sampai terLEPAS stesen. Yaaaaa..sila sekeh kepala aku sekarang. Muahahaha Kebetulan juga ‘suara’ dalam LRT yang memaklumkan setiap stesen tu ‘bisu’ plak hari tu. Aku pun dah la duduk membelakangi SOGO, nampak dah signboard Bandaraya tapi.............aku kaaann blurrrrr. “Bandaraya? Ermm..macam SOGO. Betul ke ek?” Dok fikir bagai train tu pun dah bergerak. Next stesen Masjid Jamek. Hahhh confirm! Memang stesen tadi. ceittt Aku tunggu lagi satu stesen sebab kalo kat Masjid Jamek nak kena melintas jauh untuk berpatah balik. Aku decide turun kat Plaza Rakyat.


Akhirnyaaaaa..bertemu juga aku dengan Nut & Aini kat Secret Recipe SOGO! Tiga-tiga dah kelaparan. Sempat lagi google cari tempat makan best yang berhampiran. Bukannya nak makan situ, tempat berteduh je. Ahaa Secret Recipe tu dah biasa sangat, tak special dah. Kononnyaaaa.. =p fikir punya fikir ada dua choice: The Ship atau RedBox. 

Disebabkan nak makan so melangkah la enam kaki tu menuju ke The Ship. Masuk-masuk je sunyi sepi, lampu pun kemain romantika de amor. Pilih tempat. Kebanyakkan seat untuk 2 orang yang sweet. Kami plak bertiga tapi demand nak duduk juga seat untuk 2 orang sebab cantik. Khatam menu. Masing-masing dah tak senang duduk sebab tempat tu sangat la berbau. Ntah la bau apa. Pakat buat andaian memasing. Bau kapal la kot ni, tengok la tertutup terus. Berkuap kot. Blablabla.

 Pastu Nut ajak keluar balik sebab rasa tak best langsung. Otak ligat berfikir dah. “Jom berlakon kononnya dapat call dari mak nak makan kat lain” kata Nut. Senget la oiii..memang muka aku ni stok muka tebal kamus dewan je kan. Ahahahaha Sebenarnya tak sia-sia dan tak menyesal buat macam tu. Nut balik cerita kat ayah dia dan tau apa respon ayah Nut? “Memang la tempat tu malam baru ramai. Tempat orang dok mabuk-mabuk yang pergi masuk buat apa?” Ya Allah. Naseb la kami tak jadi makan kat situ. No wonder la tempat dia berbau macam tu. =_=

Keluar dari situ, kami kembali ke SOGO. Pilihan seterusnya RedBox. Karaoke termasuk buffet. RM46 per person untuk 3 jam tak termasuk servis caj. Okeh puas hati. Makan la banyak mana nak makan. Karok la 3 jam tu sampai terkeluar anak tekak. Tempat dia memang sangat selesa dan cantik. Sound system cun, pilihan lagu yang sangat la banyak dan paling best lagu-lagu baru pun ada. 

Aku makan je lebih. Part karok bagi Nut dengan Aini. Aku pilih-pilih lagu pastu tak reti nyanyi. Ahaa Nut & Aini la mangsa kena nyanyi. Sorry gurls! Suara korang sedapp..biar aku jadi Permaisuri yang bersantap sambil dihiburkan dengan alunan suara merdu kalian. Ahahahaha

Best best best. Jumpa mereka tak sah la kalo tak best. Balik umah pun dok bersembang dan beronline lagi. Pillow talk dengan Aini. Tido lambat sebab kononya aku dah terlebih tido. Dalam bas nak buat apa je kan? Ehee Tamat kisah hari Jumaat. Hari Sabtu bakal menyusul. Tata~

To be continue.................again! =p






Coretan Sweet: perut kelaparannnnn  ~


:: Ayiena Nur ::

Al-kesahnya Kenduri. #Part 1

-->
….Assalamualaikum....

Blog ni sentiasa di landa KEMARAU tanpa entry kan. Maaf ye blog sayang. Rutin harian dan masa tidak mengizinkan, begitu juga dengan MOOD menulis entry yang SUAM-SUAM KUKU merupakan antara faktor yang mencetuskan kemarau tersebut.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hah! Siap bagi pepatah lagi. Disebabkan kejadian yang berlaku beberapa hari ni, aku...telah tergerak hati untuk mencoret segala yang berlaku di dalam satu-satunya blog kesayangan aku ni. Ecehh kesayangan sangat.

Sebenarnya semasa balik dari Majlis Perkahwinan Kira & Nadh lagi dah berniat nak menulis ‘sepatah dua kata’ yakni mengUPDATE entry baru...namun apakan daya..sila rujuk faktor-faktor di perenggan pertama. Ahaa Baru-baru ni pula ada satu lagi kenduri yang aku hadiri. Majlis Perkahwinan salah seorang rakan seperjuanganku yang sama-sama melangkah masuk ke SME Bank, Zuliana Hasni. #SUARA


Majlis Perkahwinan Zu & Izad bagi sebelah Zu sendiri berlangsung di Johor pada 17/11/2012. Aku dan member-member lain decided nak hadiri majlis di Kuala Lumpur yakni sebelah pengantin lelaki memandangkan kebanyakkan berada di KL. Aku yang kat Terengganu ni pun lebih dekatlah nak turun ke KL compare dengan Johor. Majlis di sebelah lelaki bertempat di Dewan IPGM, Bandar Tun Razak pada 24/11/2012. Tarik nafas. Fuhhhhh Banyak yang nak diceritakan. Onak dan duri, segala ranjau ku lalui demi menghadiri kenduri Zu. =p

Okehh..JOM!

~ 22/11/2012 ~
Kalau ada yang perasan, tweet aku ada menyatakan yang aku rasa berdebar sepanjang hari tu. Rasakan sesuatu tapi aku tak tahu apa dan kenapa sehinggalah pada malam tersebut. Malam kejadian! Malu, geram, sedih. Semua perasaan bercampur baur. Rasa nak guling-guling masuk dalam tanah pun ada. =_= Kisahnya, aku TERSALAH BELI TIKET BAS. Ya...Well done, bravo! Sampai je kat stesen bas malam tu apa yang aku nampak adalah kawasan stesen bas yang lengang dari kehadiran walau sebuah bas pun. Aku pandang ke arah kaunter-kaunter. Pukul 12 tengah malam. Kau rasa sapa yang nak buka kaunter? Hantu? Herghhhh Dalam teksi lagi pakcik tu dah tanya aku. “Ada lagi ke bas time ni?” Aku dengan confidentnya jawap ada. Naseb la pakcik tu tak terus balik. Aku dengan muka yang dah setebal kamus dewan ni pergi semula kat pakcik teksi tu dan kata tersalah tengok masa. 12.30 PM. Waktu keramat. 12.30 PM bukannya AM. Faham-faham je la kan? Malas nak cakap dah. Grrrrrrr


~ 23/11/2012 ~
Housemate yang tengah berkampung kat hall semua gelakkan aku. Dah la adik-adik. Apa la akak sorang ni. Nama ja kerja bank, tu pun bleh salah. Ahahaha Masuk bilik terus mesej myMum. Padahal sebelum pergi tu siap bergayut bagai dah. Hampeh! Whatsapp plak Nut ngan Aini. Benda yang sama, before tu kemain lagi punya rancak sembang, plan memacam. Akhirnya?? Stress. Lepas tu, tweet! Membebel sensorang. Tengah syok membebel bebal kat twitter, masuk mesej dari si EnchikHyde. Terus tekan button call. Naseb la wahai encik terpaksa menahan telinga. Ahaa =p Dah ended call, nampak plak tweet si Seorang Anith yang tanya kenapa dengan aku. Sesi whatsapp dengan Anith plak bermula. Tengs sahabat-sahabat yang hadir pada waktu itu. =) Settle kejadian tengah malam/pagi tu, dalam pukul 2 jugak baru aku tido.

Pukul 8.30 pagi aku blom keluar rumah. Whatsapp dengan Aini dan Nut. RESTRUCTURING plan balik. Plan asal, aku sampai waktu dorang tengah bersiap nak pegi keja. Boleh la aku stay rumah Aini dulu pagi tu. Letak beg dan apa-apa lagi yang patut. Tengah hari baru aku keluar pegi bank jumpa dorang dan laksanakan misi. Bila plan dah rosak kena la fikir mana aku nak campak beg. Tak kan nak jenjalan dengan mengusung beg ‘balik kampung’ plak kan? Nampaknya beg galas SME Bank je la yang aku ada sebagai alternatif. Ahahaha Beg ni pun satu lagi kisah. Beg tu aku rasa telah menyebabkan aku ditahan semasa berjalan dari Hentian Putra. Teori Aini. Ahaa Sebab? Aku ditahan dan diminta duit. Tambang hendak ke Kelantan katanya. Aku yang blur-blur waktu tu terus kata “Saya minta maaf, sekarang ni saya pun tak ada duit.” Rasa bersalah pun ada sebab kesian tapi betullah. Aku kan kena beli tiket baru tadi. Duit dalam bank ada la. Uhuu Paling best skali aku punya blur, ada ke patut lepas dah habiskan ayat aku tu aku cakap TERIMA KASIH kat dia! Adehhh...sekali lagi malu.

Selamat sampai ke KL tapi masih panjang lagi kisah perjalanan aku. Misi utama kenduri Zu namun apa lagi yang berlaku?

To be continue.........................








Coretan Sweet: nak pegi kenduri Kira & Nadh pun memacam gak jadi.  ~


:: Ayiena Nur ::

up