Welcome!

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


Assalamualaikum....

                31 MEI…apa ada pada 31 Mei? Macam2 yang leh terjadi pada 31 Mei..Masing2 ada event tersendiri macam hari lahir..tapi sekarang bukan nak cita pasal tu..nak cita pasal benda len yang sangat lah penting..semua orang dah tau pasal ni..tapi mungkin masih ada yang x tau atau sedar tentang kewujudan WORLD NO TOBACCO DAY @ HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA…


31 MEI - HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


                Haa…x tau tembakau tu apa? P buka kamus dewan..kalo nak advanced..google je..bleh? ehee ROKOK tau?? Mustahil x tau..budak 1 tahun pn tau..sebab apa? Sebab wujudnya manusia2 yang x da sifat tanggungjawab dan hormat pada orang len..SANGAT MELUAT tengok orang yang suka2 hati merokok kat tempat awam..Okey..mungkin kat ctu x da larangan merokok..TAPI kalo da baby kat ctu..x kan la x da akal nak berfikir? X da hati ke nak kesian kat baby tu…mana p sifat2 tu semua?

Hebat sangat ke dok hembus camtu?


Perkara ni memang pernah terjadi dan saya sendiri berada kat ctu..dah la memang sakit hati sebab kat tempat makan..tengah breakfast..bleh plak p merokok kat ctu..orang nak hirup udara pagi yang segar dia dok mencemarkan plak..heh..bertambah sakit hati bila dia hembus asap rokok ke arah baby yang da kat ctu..amboihhhhh…MEMANG X DAK SIVIK..naseb bek x kena sembur..(macam la pndai sgt nk sembur2)..hek3..walaupun marah tapi kena ingat..kalo nak tego orang kena berhemah..macam promo bawah ni..cheq pn wat ala2 cmtu la..tapi smua jari guna..rasa mau nak “pang” sedas je..k2..sabo… =p



Dengan ini saya berharap sangat kepada perokok di luar sana TOLONGlah cuba berhenti merokok..setahu saya, x da kebaikan langsung merokok ni..betui x??? kalo da sila tinggalkan komen..dah la merosakkan diri sendiri..secara x langsung memudaratkan orang len jugak, mungkin tanpa anda sedar…sekurang2nya hormat la orang len..jangan merokok sesuka hati kat tempat awam..kalo anda x kisah pendek umo..x kesian kat diri sendiri..kasihanilah insan2 sekeliling anda.. =)




Buat mereka yang tidak merokok.. ^_^
           
           



p/s: sangat sensitive dengan asap rokok..



:: Ayiena Nur ::

Salma & akak Kesayangan...ehee

Assalamualaikum....

Kembali mencoret di satu2nya blogku ini..ehee hidup mesti diteruskan walau berjuta dugaan menghimpit diri..cewah..Always be +ve.. ^__^ ..Harap semua sihat belaka..sebelum nak wat entry yang sebenar2nya…nak wat entry ni dulu..kebetulan baru je lagi..otak pun fresh nak menzahirkan ke dalam blog ni.. =p

Gambar dari Fanpage Mentor 5.. =)

Okey..semua sedia maklum Mentor 5 dah pun berakhir tadi iaitu pada 29 Mei 2011 dan Juaranya ialah SALMA dan mentornya ERRA FAZIRA…weeeeeeeeeeeeeeeeeeee…..saya salah seorang yang bergembira malam ni..berdebar2 dah macam mentornya plak..ahaa masa Konsert Separuh Akhir memang frust la Salma hampir2 tersingkir gara2 markah yang tersangat lah rendah pada Konsert Separuh Akhir 1..tapi sudah suratan dan mungkin juga rezeki Salma..TV3 memberi peluang sekali lagi kepada Salma dengan membawa 3 peserta ke Final..

Konsert Final (gambar dari twitter Erra Fazira)

Kalo da yang buka fanpage Erra Fazira or Salma lepas semi-final tu..memang bleh tengok la..ramai yang suggest and beria2 suruh Erra berikan lagu LISTEN tuk Salma nyanyi masa Final..ermm..saya pun pelik..apa yang specialnya lagu tu..maka, tangan ini pun dengan pantas membuka website youtube da search lagu Listen..DAN jawapan ditemui! Ada video2 lagu Listen yang dinyanyikan oleh Salma..masa karaoke..masa pertandingan..memang Superb la nyanyian dia..patutlah peminat2 suruh nyanyi lagu tu..SAYA PUN SETUJU..ehee



Rupa2nya Kak Erra memang dah simpan bek punya lagu tu untuk Final..lagu favourite Salma..sangat sesuailah! Masa Final tu semua saya suka..lagu2 yang Salma nyanyi..penyanyi jemputan pun one of my favourite jugak..sokong habis2an masa Malaysian Idol dulu.. =p sapa yang x sempat tengok leh p tengok kat http://www.tonton.com.my/...

Gambar dari  Erra Fazira Official Fanpage

Tahniah buat Salma..anda pernah tersungkur, kembali bangun dan akhirnya Berjaya..Semoga terus success..tak lupa juga buat MY ALL TIME FAVOURITE a.k.a AKAK KESAYANGAN : ERRA FAZIRA..tahniah kerana mempunyai protégé yang hebat dan telah memberi tunjuk ajar sehingga Salma bergelar JUARA MENTOR 5… =D

Erra Fazira & Salma - Fanpage Mentor 5






p/s: ceq suka Salma bukan sebab Kak Erra nah..tapi sebab sora power dia..dah kebetulan mentornya Erra..bertambah2 sokonglah..ehee



:: Ayiena Nur ::

Dugaan Itu Manis.....

Assalamualaikum....

Di kala jam jam menunjukkan waktu yang kian menjengah ke pagi, aku mula mendapat semangat untuk menulis. Bukan dengan mata pena mahupun tinta, sekadar menaip di blogku yang tidak seberapa ini. Kenapa “AKU”? Kerana aku bermonolog sendirian. Maka, lebih sesuai kiranya begitu. Aku cuba menilai semula diri ini yang semakin rapuh, semakin goyah, semakin kehilangan semangat. Aku sedar, aku tidak sepatutnya begini. TIDAK sesekali! Namun aku hanyalah insan kerdil di muka bumi Allah SWT ini.

Pelangi yang indah..munculnya selepas hujan..

Selama mana mampu aku bertahan? Selama mana mampu ku pendam? Kata orang, lebih baik untuk kita meluahkan kerna takut kelak memakan diri. Tapi, sesungguhnya aku seseorang yang suka memendam rasa. Amat susah untuk aku meluahkan apa yang aku rasa walaupun untuk mendapatkan atau menegakkan hak aku sendiri. Begitu juga untuk membantu orang yang aku sayang. Aku melihat tanpa mengeluarkan kata-kata. Yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepadaNYA.


"Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202)

Aku berharap satu hari nanti ALLAH SWT akan menjadikan aku lebih kuat untuk kebaikan dan membuka hati mereka supaya mereka sedar tentang kesilapan dan tanggungjawab sebenar mereka. AMIN. Aku sedar….yang Allah SWT sedang menguji aku untuk sekian kalinya. Aku pernah menghadapi dugaan yang lebih perit dalam hidup. Kehilangan orang yang ku sayang. Orang yang penting dalam hidupku. Orang yang tiada galang gantinya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. AL-FATIHAH~


Astagfirullahaladzim! Aku redha dengan ujianMu. Namun, aku terbawa-bawa dengan perasaanku. Aku lemah Ya Allah. Aku tak cukup kuat. Ampunkan hambaMU ini. Aku akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Aku tak kan berputus asa. Tidak! Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Agar terkurang bebannya walaupun tidak sepenuhnya.

Hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

 “Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.”


Aku percaya pada Qada & Qadar. Aku percaya setiap orang ada rezeki masing-masing, ada jalan hidup yang TERBAIK yang telah ditentukan untuknya. Tapi itu bukan bermakna aku hanya perlu menjadi manusia pasif. Menerima segalanya tanpa usaha. Bukan itu yang dimahukan oleh DIA. Setiap manusia mahukan yang terbaik dalam hidupnya tapi ingat, tak semua akan kita perolehi.Jangan dicari kesempurnaan… BERSYUKUR~



Sesekali Diuji - Nice
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Huhh……..

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Ohh….

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Ohh….

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)

 





p/s: dugaan itu manis jika dihayati dengan mata hati yang ikhlas. =)


:: Ayiena Nur ::


up