Welcome!

Penutupan Bulan Kecergasan

Assalamualaikum....


Sabtu baru ni Pejabat Pendidikan Daerah telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kecergasan Peringkat Kuala Muda/Yan di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Sebab join program ni la yang aku tak sempat nak p join Mini Gath KBU kat Pulau Aman tu. Sedih-sedih, tapi nak buat macam mana 9.30 pagi baru habis senamrobik. 9.30 pagi juga la janji ngan Naqiah. Mana nak sempat balik salin baju. Kalau tak berpeluh boleh ja salin terus, ni mesti la kena mandi dulu.ehehehe

Sekolah-sekolah yang terlibat. Semangat juga budak-budak ni.

Ha..mesti tertanya-tanya macam mana aku bleh join program tu. 1st sebab aku ahli Persatuan Senamrobik Kuala Muda/Yan, 2nd sebab aku pernah menjadi Guru Ganti. Mak Cik Pak Cik pun da beberapa orang yang keja kat PPD ngan jadi guru. Mak pulak memang orang aktif persatuan senamrobik tu. Dulu aku aktif jugak tapi bila sibuk di kampus dah jarang join. Sekarang baru nak mengaktifkan diri balik. =)


Ni warga PPD yang tak kurang juga semangatnya.

Wakil dari Persatuan Senamrobik Kuala Muda/Yan




:: Ayiena Nur ::

Muda 6 Tahun~

Assalamualaikum....

Tiada apa yang mampu ku katakan. Muda 6 tahun tuuuuu...Terharu rasanya..ahaa adoi..gelong dah. Kejadian ni berlaku tengah hari tadi ketika melawat seseorang di hospital.

“ Ni baru habis sekolah mana?”

Ada ke patut pak cik tu tanya soklan tu, tak pasal-pasal aku dah ‘kembang’. =p Aku pun gelak dan jawap “ dah habis U pun bukan sekolah..ehee”. Kemudian Mak Long aku pun tolong menyambung belajar kat mana...bla..bla..bla..

comey x saya gelak? =p
Seronok tau dak sebab aku tau muka aku memang susah nak nampak muda..ahahahaha Malas nak berlawa-lawa sangat, tu selalu nampak ‘Tua’ ja. Mungkin sebab cara aku berpakaian tadi. Aku pakai baju kemeja, jeans, berselendang dan sling beg. Normal la kan remaja sekarang pakai camtu. Aku pun remaja lagi pa. =D Tapi tak sangka bleh nampak muda 6 tahun. Okey TAMAT~




p/s: bukan sebarangan pak cik tu.


:: Ayiena Nur ::

Kalah Bermaruah....aaaaauuuummmmmmm~

Assalamualaikum....


                Berakhir sudah pusingan ke-2 kelayakan ke FIFA World Cup 2014 antara Malaysia-Singapura dengan agregat 4-6 yang melayakkan Singapura ke pusingan ke-3. Tahniah! TAHNIAH juga buat HARIMAU MALAYA.

                Aku tak la terror sangat pasal bola ni tapi bagi aku Malaysia kalah bermaruah. Dah menentang habis-habisan walaupun tetap ada kekurangan. Kira okey apa untuk pemain-pemain yang semakin meningkat prestasi tu. Singapura mostly yang utama dok score and serang tu yang dah berpengalaman. Umo 41 lawan 21. Hebat la kan pemain Malaysia.

                Harimau Malaya masih boleh memperbaiki kesilapan. Tak dinafikan frust tadi dan lawak pun da. Masa game riuh rendah je rumah. Bila wisel penamat bunyi terus sunyi sepi. TAPI TAK PA!! Ada banyak lagi game masa hadapan. Jangan putus asa! Tak risau sangat pemain Malaysia tapi penyokong-penyokong. Suka mengutuk lebih dari memberi pendapat.

                Bercakap lebih dari RajaGopal lagi. Macam tau sangat semua benda. Macam dia dalam kesebelasan. Macam dia yang dok latih. Macam dia yang terror sangat...Manusia..kalo setakat bercakap tu boleh la kan. Okey lah..buang yang keruh, ambil yang jernih. Teruskan sokongan untuk HARIMAU MALAYA & MALAYSIA~  (^_^)




p/s: seronok tengok masih ramai yang menyokong Harimau Malaya kat FB, Twitter & Blog .



:: Ayiena Nur ::
↑
up