Welcome!

Resepi #1 - Lasagna Bersos Bolognese


….Assalamualaikum....

First time aku nak share resepi kat blog ni. Bukan kedekut cuma pemalas sikit ja nak taip balik. Ahaa



Okey..Selamat Mencuba.. =)

LASAGNA BERSOS BOLOGNESE


Bahan-bahan

Bil
Bahan
Kuantiti
1.   
Pasta Lasagna
Secukupnya
2.   
Mentega
2 tbsp
3.   
Tepung
2 tbsp
4.   
Susu UHT
3 cawan
5.   
Garam
Secukupnya
6.   
Lada sulah
Secukupnya
7.   
Bawang Holland (dipotong dadu)
30g
8.   
Sos cili
2 tbsp
9.   
Puri tomato
2 tbsp
10.    
Pes Bolognese sos
2 cawan
11.     
Daging cincang
300g
12.     
Stok ayam/daging
Secukupnya
13.     
Daun bay
1 keping
14.     
Mozarella Cheese
100g

Kaedah memasak

1.  Rendam pasta lasagna
2.  SOS PUTIH:
-   ROUX: Cairkan mentega dengan api yang kecil. Masukkan tepung, kacau hingga menjadi pes. Nisbah untuk membuat roux berdasarkan berat ialah 6 tepung dan 4 lemak.
-   Masukkan susu di dalam periuk. Masukkan roux sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan wire whisk sehingga sebati dan tidak berketul.
-   Masukkan daun bay dan masak dengan api perlahan sehingga agak pekat. Keluarkan daun bay.

3.  SOS BOLOGNESE:
-   Tumis bawang holland sehingga layu dan berbau wangi.
-   Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak dan kering airnya.
-   Masukkan pes sos bolognese, puri tomato, sos cili, daun bay dan stok ayam/daging.
-   Letakkan garam dan lada sulah secukupnya. Masak sehingga pekat. Buangkan lemak yang berlebihan dan daun bay.

4.  Di dalam loyang, sapukan mentega, Susun pasta lasagna di bahagian bawah sekali di dalam loyang. Sendukkan sos bolognese ke atas lasagna sehingga rata. Sendukkan pula sos putih.
5.  Ulang kaedah ini sebanyak 3 kali. Akhiri dengan pasta lasagna, sos putih dan Mozarella Cheese.
6.  Bakar selama 20 minit pada suhu 180°C sehingga bahagian atas menjadi kuning keemasan. Tambah masa sekiranya perlu. Sejukkan sebelum dipotong. Panaskan semula untuk dihidangkan.






 
Coretan Sweet: kalo sedap gtau..kalo tak sedap, buat lagi sampai sedap..ehee ~


:: Ayiena Nur ::

Xtvt Saat Free and Easy


….Assalamualaikum....

Blogku kembali diserikan dengan makanan..weehuuuu kalo nak tengok yang before ni bleh la klik-klik kat Makan Vs Makanan tu ek..

Ni la yang terjadi bila mood mem‘baking’ dan memasak sudah maliiii..

Taraaaaaaaa.....

S for S.U.A.R.A
Chocolate Chip Fudge Cupcakes~
Yang sebenornya aku teringatkan mak cikku..haritu aku penah la buat cheesecake, bagi la kat sedara mara. Bila dah bagi-bagi dapat je la sorang sikit kan. Mana la nak cukup. “Nanti len kali kak chik buat lagi nah” Itu janji aku. Ni dah free and easy aku pun ingin menunaikan janji. =)

Haikal merasai kelazatan cheesecake dgn lahapnya..
Special tuk baby Myra... (gamabar bawah)

Part western food ni plak, al-kisahnya begini...

Tak ada la kisah sangat pun..ahaa Kat umah dah selalu sangat buat Chicken Chop, Spaghetti Bolognese ngan Fettuccine Carbonara.. +++ side dish : Coleslow ngan Mashed Potato..so, kali ni aku nak la buat benda alah lain..maka, terhasil lah Mushroom Soup dengan Lasagna. Favorite aku nihh..




 Sekian...ehee


Coretan Sweet: nantikan next entry untuk resepi.. =) ~


:: Ayiena Nur ::
↑
up