Welcome!

Capsicum tu apa?


….Assalamualaikum....

Pada satu hari yang lalu, semasa sedang makan tengah hari berlaku satu insiden di sebuah kedai makan.....

Si A :     (Sedang menjamah koey teaw hailam)
Si B :     Yang hijau tu apa? (sambil memandang ke dalam pinggan Si A)
Si A :     Ni capsicum...nak rasa? (tersenyum pada Si B)
Si B :     Tak pe..capsicum tu apa?
Si A :     Bawang Holland... (menjawap dengan confident sambil makan dengan kusyuk)
Member-member lain:  oiii!! Lada benggala la.. (semua pakat gelak)
Si A :     Alamak! Aku cakap apa tadi? Ahahahaha opss..besa la..otak fikir lain, mulut cakap lain.. =p

Adoii.. Capsicum tu Bawang Holland okey! Memang ajaran sesat.. =p SI A tu tak lain tak bukan, tuan empunya blog ni la..ehee



ni la rupa Capsicum tuu.. =p





Coretan Sweet: typo mulut pn cute jgk..ahaa~


:: Ayiena Nur ::

+ve Vs -ve


….Assalamualaikum....

Angin sepoi-sepoi bahasa. Terasa seperti aku berada di tepi pantai. Nyamannya...

Hati aku lemah tapi mungkin orang tak dapat melihatnya. Tapi aku bersyukur kerana rupanya masih ada lagi kePOSITIFan dalam diri aku ni. Kalau bukan kita yang menceriakan diri sendiri, sapa lagi? Walau orang sekeliling ceria sekalipun tapi kita tak membenarkan keCERIAan tu sampai kepada kita, tak guna juga..betul tak? Walau apa jua masalah..hadapi dengan hati terbuka..senyumlah walau hatimu sakit~ ^_^









Coretan Sweet: intro sebelum entry kembali ceria.. ~


:: Ayiena Nur ::

Tolonglah~


….Assalamualaikum....

Entah macam mana aku hendak mulakan. Perasaan aku saat ini? Down! Tersangat la down...bukan ini yang aku harapkan. Bukan ini juga yang aku nantikan. Sesuatu yang bagaikan tiada penghujungnya..

Selama 3 bulan lebih ni, tak pernah aku berasa putus asa. Tapi hari ni, perasaan tu datang..Aku semakin hilang semangat..aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan..
Teruskan? atau mengalah? Dalam erti kata lain..

BERPUTUS ASA

Bukan sifatku..bukan juga pintaku..

KENAPA?

Persoalan yang bermain di mindaku saat ini..
Jangan disebabkan mereka, kami yang menjadi mangsa.

Tolonglah~






Coretan Sweet: emo..emo..dan terus emo.. ~


:: Ayiena Nur ::

up