Dapat jemputan dari seorang peguam yang banyak berurusan dengan bank. Majlis bertempat di Permai Inn Kuala Terengganu. Majlis dihadiri oleh semua kakitangan firma tersebut. Ala bufet, tapi kami diberi layanan khas dengan meja yang dah sedia terhidang dengan menu utama.
Niat hati nak mencuba lagi menu-menu lain yang ada di bahagian bufet tapi perut mengatakan tidak. Dah full kot. Apa yang menarik perhatian aku bukanlah makanan tetapi dekorasi pada hari itu. Sangat cantik dan meriah dengan suasana Hari Raya. Terasa macam majlis sambutan hari raya pulak. Dengan lagu raya berkumandang.
Apa -apa pun terima kasih atas jemputan dan syukur alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. ;)
Beberapa Iftar sepanjang bulan Ramadhan tahun ni. Dah tak larat nak mengarang ayat. Tengok gambar je la ek. Ehee
Masa balik dari training di KL haritu, aku landing kat Penang Airport. Dah alang-alang mak dengan adik nak shopping kat Queensbay tu yang decide naik flight je la turun Penang. Cepat sikit sampai. Kami berbuka pun kat Queensbay jugak. Venue? As usual, tempat wajib dan penuh memori, "Dave's Deli"
Adek Myra dah pandai jalan..omey omey.. =)
Menu favouriteku, Lasagna!!
Masa untuk berbuka puasa di rumah plak. Mak asyik sebut spaghetti ja jadi hari tu pegi Tesco beli bahan-bahan. Memasak je kat umah dan aku belum berpeluang ke Bazar Ramadhan Taman Ria tu.
Sebelum.......
Selepas........
Cucur Jagung mak yang bancuhkan. ehee
Ni ole-ole dari member di Kuching tu..sedappp
Gambar-gambar di bawah di plak adalah menu semasa berIftar bersama-sama dengan officemate Kuala Terengganu Enterprise Centre (KTEC). Dua kali iftar di restoran yang berbeza tapi bermotifkan tomyam jugak. ehee
Ada puyuh masak apa ntah.
Iftar ni disponsor oleh SME Bank sendiri. HQ bagi duit pegi la nak makan apa.
Ni menu untuk 2nd Iftar. Segan nak snap banyak2 gambo.
Yang terakhir..biskut raya yang diberi oleh customer bank dan popia simpul diberi oleh sorang ketua unit. Syukur..
Beberapa hari ni, entry-entry yang dipost ke blog akan berkisar tentang iftar-iftar yang telah aku sertai. Dah nama pun bulan Ramadhan kan, salah satu acara yang dapat merapatkan dan mengeratkan ukhwah sesama umat manusia ialah Iftar. Entry kali ni aku akan membawa semua kembali ke Sungai Petani. Seperti yang boleh dilihat pada tajuk entry, Iftar KBU 2012. KBU adalah singkatan kepada Kami Blogger Utagha. Okeh, ni bukan entry pengenalan KBU nah. Nak tau lebih lanjut boleh ke official Facebook KBU. ^_6
Credit to Hafiz Rahman yang designkan banner.
Seperti yang telah dirancangkan oleh admin, Iftar KBU 2012 adalah seperti poster di atas. Acara bermula di Tol Sungai Petani Selatan, memandangkan aku menumpang Cik Fana (macam biasa la kan) kami tidak dapat mengikuti perancangan tersebut kerana ke'busy'ian Doktor itu dan aku sendiri. Masa Fana mesej pun aku tengah menyoping lagi dengan myMum. ehee Kami terus ke Z'n'A Restaurant. Kononnya nak singgah ke Bazar Ramadhan yang mereka singgah tu tapi last-last terlajak. Nama ja orang Espee tapi masih blur-blur kat mana lokasi bazar tu.
Antara wajah-wajah yang ada waktu berbuka.
Menu pilihanku, Nasi Tomato!
Makwe makwe ku gengster.. =p
Usai berbuka dan solat Magrib, kami semua meneruskan acara dengan bergerak menuju ke Dataran Jam Besar pula. Kat situ kami semua buat bulatan besar-besar. Lepas tu buat unggun api kat tengah-tengah. Haa, betoi la..kat dataran tu. Tak caya? Memang tak leh caya pon. Ahahahaha Kami bersesi taaruf yang sebenarnya, seperti kebiasaan. Nama pun nak mengeratkan silaturrahim, haruslah berkenalan sesama ahli yang hadir kan? Nak nak pula ada ahli baru yang 1st time join aktiviti KBU ni. Mempersembahkan Piqah Bagus & Solihin Zubir!! welcome to KBU's Family. Please make urself at home. hah..gituu.. =p
3 orang kat tengah tu lah orang kuat KBU. ^_^
Semasa sesi taaruf..ehh ehh pipi sapa tuuu..lalalala
Next! Mari berphotoshoot pulak..yeay! ni pun wajib jugak.ahh semua pun wajib ja aku ni. =p
KBU Familia!
Best tak? Best tak? Mesti lah besttt. Tak rugi join KBU ni dan anda tak akan menyesal melainkan anda sendiri yang mensia-siakan peluang untuk berkenalan antara satu sama lain. Lastly credit to Syukri, Adek Li, Naqiah & Kiera tuk gambar-gambar di atas. Tak tau la ambik sapa punya. Gambo sendiri yang makanan ja..ehee
I just wanna be a simple girl with a happy life..no matter how creative we are trying to design our life, only ALLAH S.W.T knows the best..
~Usaha~Doa~Tawakal~
:: Blogging just for fun ::