….Assalamualaikum....
Kabare? Seminggu akhirnya berlalu. Aku telah memulakan kehidupan yang baru di Kota Kuala Lumpur. Cewaaaaaaaahhh...ayat tak bleh blah!! ~
Propa ja lebih. Ehee Tapi ada sebab. Kuala Lumpur bukan tempat asing bagi aku. Dah selalu pun sampai. Jalan-jalan, pergi interview, macam-macam lah. Kalo ikutkan hati, aku memang nak keja di Penang ataupun SP ja. Dekat dengan family. Bukan aku anak manja tapi bersebab. Tak kisah la orang nak kata apa kan. Orang bukan tau semua pasal aku pun. Apa masalah aku ka. Aku okey keja kat mana-mana kalo fikir pasal diri aku ja. InsyaAllah bleh survive. Jauh perjalanan, luas pemandangan kan?
Bulan lepas aku mendapat 2 panggilan interview dalam jarak seminggu. Dua-dua aku pergi. Satu di sebuah bank dan satu lagi di sebuah syarikat swasta. Dipendekkan cerita, seminggu kemudian aku mendapat respond dari syarikat swasta tu. Aku dapat! Syukur alhamdulillah. Tapi yang peliknya saat aku khabarkan kepada mak, aku menangis! Kenapa? Aku pun tertanya-tanya. Begitu juga dengan mak.
Aku minta tempoh masa untuk lapor diri. Beberapa hari kemudian aku mendapat panggilan lagi. Kali ini dari pihak bank.
“ Cik Nur Lina kan? Bila nak buat medical check-up ye?”
“err..medical check-up untuk apa? Tak ada orang call saya pun?”
Dengan slumber aku tanya padahal dah tau pun untuk apa. Ahaa kawan-kawan yang aku jumpa masa interview dah mesej-mesej tanya dapat ka tak. Aku ja yang tak dapat. Sedey! Rupa-rupanya dapat tapi nama aku termiss. Cehh! =p OK. Berbalik kepada cerita tadi. Aku sepatutnya buat medical check up di KL. Tapi tak sempat nak pergi.
Erm..sekarang aku ada 2 PILIHAN. Memang aku sangat-sangat berbelah bahagi. Tak tau mana yang harus aku pilih. Dua-dua perlu lapor diri pada hari dan tarikh yang sama. Aku memang susah membuat keputusan. Even nak order makanan pun selalu lambat. Percayalah! Uhuu Merata orang jugak la aku tanya. Different levels of people. Aku memang suka dengar opinions orang len. Mereka yang lebih berpengalaman dan juga paling penting, insan-insan yang memahami aku. ^__^
Flow dia banyak sebenarnya, tapi malas la nak cita details kan. Kang jadi ‘drama Jepun’ lagi! Ahaa Setelah membuat solat Istiqarah semua, akhirnya pada saat aku telah berada di KL yakni sehari sebelum hari lapor diri aku yakin telah mendapat petunjuk dari-NYA. Alhamdulillah...Syukur dan rasa lega sangat.
10 OKTOBER 2011~ Aku melapor diri di sebuah institusi perbankan. Bank apa? Rahsia laaaaaa...ehee nak tau kena tunggu next entry. Banyak gila benda yang aku nak abadikan di blog kesayangan aku ni. Ada pun satu blog je kan. Mesti la sayang!! =p
Orite..jumpa lagi next entry~
Coretan Sweet: bleh nampak tempat keja dari umah tau!
:: Ayiena Nur ::




2 comments:
Pilihan yang lina wat dah betul tu... ^_^ teruskan kerja di situ ok :)
:-) tahniah dan semoga berjaya dalam hidup.. hehe.. berapa kali nak ucap tahniah kan.. hehe
Post a Comment