….Assalamualaikum....
Hai kamu! Dah lama aku nak bercerita pengalaman aku bergelar guru tapi selalu tak berkesempatan. Kali ni, aku cuba juga curi-curi masa. Dengan nak siapkan RPH lagi, prepare nak mengajar lagi. Nak buka FB lagi. Ehh..ahaa kena la ada masa untuk relax juga kan.. =p
Okey! Apa yang menarik ya?
An apple a day keeps the doctor away. What if a flower a day keeps who away??
Habis la bunga-bunga yang ada kat sekolah tu..Guru diminati murid. Cewahh..minat la sangat kan. Mereka itu suka spy aku. Kadang aku tengah mengajar pun mereka memerhati dari jauh. Kalau di bilik guru, datang sorang, kemudian sorang dan sorang lagi. Kalau tak bagi something, ada ja yang mereka nak soal siasat.
“ Cikgu buat apa tu?”
“ Cikgu suka warna apa?”
“Saiz baju cikgu apa?”
Dan macam-macam lagi soalan.
Teringat pula masa keluarnya berita yang syarikat swasta nak menaikkan umo persaraan dan kerajaan pun berkemungkinan begitu. Pagi esoknya bila di sekolah, cikgu-cikgu mula la riuh rendah pasal hal tu. Serius lawak! Aku tak larat nak gelak. Cikgu-cikgu sekolah tu memang happening dan friendly. Aku suka.
Seorang cikgu di hujung dinding kanan dan seorang lagi di hujung dinding kiri.
“ Sekarang I cakap you dengar la, nanti dah 60..haa?? you cakap apa?”
“ Hahahaha..you cakap dengan I ka?”
Cikgu yang lain..
“ Dekat cafe pun kena tukar menu bubur ja la..”
“ Sekolah kena buat lift, jenuh nenek ngan wan nak naik tangga”
“ Sekarang pegang rotan, nanti pakat pegang tongkat.”
“ Nanti tak da dah bau minyak wangi, dok bau minyak angin ja..”
“ Sekarang ni mak-mak ajar anak-anak, nanti tok-tok ajar cucu-cucu pulak.”
Tak tersenarai macam-macam yang keluar dari mulut cikgu-cikgu tu. Ahaa
Kali ni aku cerita yang best-best ja dulu. Yang membuatkan hati aku tersenyum dan seterusnya terlakarlah senyuman di wajahku. =)
Di sebuah kelas.
“ Hari ni kita membaca ja. Cikgu nak sorang demi sorang baca. Kemudian, round yang kedua cikgu nak kamu ingat. Sebutkan balik tanpa melihat buku. Boleh?”
Emak ke pasar.
Emak beli ikan besar.
Ikan besar itu segar.
Emak suka masak ikan besar.
Kami suka makan kari ikan dan dadar.
Murid : “ Emak pergi ke pekan”
Aku : “haa..pekan?”
........
Murid : “Kami suka makan gulai ikan”
Aku : “ Gulai plak dah. Memandai ja kamu tukar”
Itu baru sorang. Pening cikgu. Lain yang dihafal, lain yang keluar. Baru cikit tu, ada macam-macam lagi. =p
![]() |
Sharing is caring..nice fact! ahaa |
Coretan Sweet: gambar sebenar tak sempat ditransfer lagi..
:: Ayiena Nur ::
1 comments:
bagi facts untuk orang yang nak kurus saje, yang nak gemuk tak kasi tips sikit ke? thehehe
Post a Comment