Welcome!

Jumaat, 11.11.11~


….Assalamualaikum....

Haa..tiba-tiba rasa nak menaip blog hari ni. Keja malas plak nak wat. Ahaa Last update, pasal aku ke Time Square. Ni kira kesinambungannya lah. =p ‘Pengembaraan’ aku tak berakhir hari tu je. Esok bersambung lagi. Memang sakan betul aku meronggeng. Hari Rabu selepas keja aku ke Masjid India plak. Asalnya memang nak pergi sorang-sorang, tapi ada sorang kawan nak ikut jugak. Berdua bersama la kami menuju ke stesen LRT dan seterusnya ke destinasi yang hendak di tuju.

Sampainya di stesen Masjid Jamek kami pun menyusuri lembah manusia. Sedia maklum la kalau waktu-waktu begitu memang LRT akan dibanjiri oleh limpahan manusia yang tak terkira ramainya. Nak-nak lagi di stesen-stesen utama ataupun pertukaran seperti Masjid Jamek tu. Cewaahh..dah terror tu pasal public transport...ehee Jalan Masjid India dipenuhi dengan deretan kedai-kedai ataupun nama sedapnya di panggil Bazaar. Aku melalui setiap kedai dengan perasaan teruja. Baju, tudung, beg...grrr..memang kegilaan wanita-wanita untuk menambah koleksi.


Akan tetapi, semangat jati diri aku masih KUAT!... BRAVO!! TAK boleh singgah, TAK boleh beli. TAK termasuk dalam belanjawan hari ni. Motif UTAMA aku nak mencari sesuatu ja jadi abaikan yang tak berkenaan. Heee Akhirnya sampai ke kedai yang terakhir.

Aku: Kita nak ke mana pulak ni?
Kawan: Jalan TAR kat mana? Ingat nak pergi situ.
Aku: aah..tu la, memang nak pergi situ jugak. Kawan kata dah dekat ngan area sini.

 Saat tu masing-masing tak ada gambaran macam mana suasana dan rupa Jalan TAR sebab tu tercari-cari. Setelah puas berjalan dan memang agak ‘dekat’ kami sampai ke deretan rumah kedai dan jalan besar. “haa..betul la ni Jalan TAR. Pernah datang sini!” Aku berkata dengan confidentnya. Bengong betul aku ni. Dah pernah sampai beberapa kali pun tak dapat kenal lagi yang tu la Jalan TAR. Ahaa Aku sebenarnya agak confius Jalan TAR dengan Masjid India tu. Ingat kot area yang sama ja. Rupanya jauh jugak kalo berjalan. Kalo naik LRT, dari stesen Masjid Jamek ke stesen Bandaraya. Kalo dah dua stesen camtu mestilah jauh kan?? -__-“

Kedai-kedai kat Jalan TAR
Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari..haa..hambik kau! Madah berhelah lagi beb..ahaa Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah.......................konon TAK NAK beli selain dari yang motif utama tu kaaaaannn...tapi kaaaaannn...Aku TERbeli dua pasang kain ela yang sangat-sangat cantek. Berkenan habis la baaqq haangg..errr..tudia, keluar dah.. =p Satu untuk ibu tersayang dan satu lagi untuk yang tersayang yakni diri sendiri..ngeh3

Itu kisah di hari rabu. Banyak lagi yang berlaku tapi macam biasa aku malas nak cita semua kang memang bleh jadi novel plak. Mari kita ke hari seterusnya iaitu hari khamis. Kononnya tak nak dah la jalan-jalan, duit dah banyak keluar. Pengaliran melampau yang boleh mengakibatkan negative cash flow kalo tidak dipantau dengan sebaiknya. Isk3..bosan betul budak ni dok cakap pasal akaun pulak. Akan tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya. Kakiku tetap membawa aku ke KLCC selepas seorang rakan mengajak aku keluar makan bersama.

Dia nak makan McD tapi masa tu aku kurang terasa nak makan benda yang sama walaupun McD sememangnya KEGILAAN aku. Alah..sebab baru makan ja. Banyak kali plak tu..kalo tak?? =p OTW nak ke sana sambil bermesej-mesej dengan kakak.
Bla..bla..bla..

Kakak: Ari ni xpi jln2 plk ker?! ( tu gaya dia mesej, suka dok boh tanda seru..cehh)
Aku: X larat dh aih..tp kwn ajak p mkn..x tau lg jd ka tak.. ( jadi katak..ahaa)
Kakak: Yeke..P mkn ape plk 2..steamboat kot..Ahaa
Aku: X da lah..ni da kat klcc...mkn fast food je la..ehee
Kakak: Uiks..Lps p KLCC plk..Td kta xpi jln2 mna..Uhuu.
Aku: P mkn ja la..ahaa tu la, tmpt keja dkt ngan merata tmpt.. =p
  
Okey..motif aku cuma pergi untuk makan ja. Sedaya upaya mengelak dari melangkah ke tempat yang tak sepatutnya. Even masuk Watson pun aku tak membeli. Ahaa baik gila kan? Mesti-mesti. =p Nak tau aku makan apa? Bukan fast food. Selepas pusing-pusing kat food court tu ternampaklah makanan yang menarik hatiku. LASAGNA! Ohh..my favourite tu..tengok plak harga RM7.90. Bior betiiiqqq?? Kat SP pn above RM10. Apa lagi, terus queued up laa..Memang sedap dan berpuas hati +++ kenyang gilak~ gambo-gambo sebenar still bersemadi dalam hp..harap maklom..

ni la cafenya..

ni namanya Lasagna. Gambo ni curik kat google ja
tapi yg aku memang rupa dia mcm ni.

Tamat sudah pengembaraan 3 hariku..keesokannya selepas habis keja aku meneruskan acara kemuncak iaitu........BALIK KAMPUNG...oooo..BALIK KAMPUNG...
Sekian sahaja dari saya,

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap Balas!!!
Ahahahahahahaha





Coretan Sweet: bila nak keluar novel sendiri x tau.. =p ~


:: Ayiena Nur ::

1 comments:

Muslimah Optimis said...

syoknya depa pi jalan2.. heheheh


up