….Assalamualaikum....
Cinta, Cita-cita dan Pengorbanan..........
First of all, aku memang sangat-sangat teruja nak tengok cita ni. Sebab? Of course la sebab ada ERRA FAZIRA!! Yang rapat dengan aku memang dah sedia maklum akan fakta ini. Sebab-sebab lain ialah ada Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan juga dikatakan novel Badai Semalam ni memang best dan TOP la suatu masa dahulu. Buktinya?? Dalam paper (surat khabar) la dok tulis. Ahaa tak da la, bila aku inform dekat Mymum dia pun kata cita Badai Semalam memang best. So, aku pun bertambah-tambah teruja la nak tengok.
Di’short’kan cerita, selepas mempromotekan teater ni aku berjaya menarik dua orang housemate yakni sahabat aku untuk join. Hati berbunga riang haa...ingat senang-senang camtu ja boleh pergi tengok? Macam-macam gak jadi. Nak beli tiket online tak boleh. Cubaan pada malam Sabtu sehingga pagi Ahad Call tak angkat-angkat. Aku siap post kat FB Istana Budaya lagi tu. Ni plak berlaku pada pagi Ahad Ahaa Gigih gila kan? Semata-mata nak tengok teater tu. Aku nak tengok hari ahad jugak. Tak kira! =p Tak da hari lain boleh tengok ke? Adaaaaa....tapi masalahnya hari lain tu for sure la balik keja dah lewat pastu aku nak balik ke rumah dah untuk ‘outstation’. So, tak da hari lain dah yang berpotensi.
![]() |
| Barisan pelakon yang menjayakan Badai Semalam..memang TERBAEK lah!! |
Pada pandangan aku, cerita ni memang best walaupun mungkin jalan cerita dia mungkin dapat diagak dan dah biasa dilihat tapi bila dalam bentuk teater ni ada kelainannya. Tak pandai pulak aku nak describekan. Apa yang menguatkan cerita ni adalah pembawakan watak oleh setiap pelakon. Sangat BAIK! Thumbs Up for them! Memang menusuk ke jiwalah terutama sekali part sedih. Yang aku suka juga ialah bila part menari-nari. Pendek kata semualah aku suka. Ermm...sampai ke saat ni pun masih terbayang-bayang. Macam orang angau dah. Dok tak dok senyum sorang-sorang. Ahaa
![]() |
| comey tengok Erra Fazira & Fizz Fairuz menari..ehee |
![]() |
| antara part sedih dalam pementasan... |
Tajuk : Badai Semalam
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 11-20 November 2011
Masa : 3.00 petang & 8.30 malam
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.
Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.
Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.
Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

Coretan Sweet: kalo suruh tengok hari-hari pun sanggup.. =p ~
:: Ayiena Nur ::

0 comments:
Post a Comment