Welcome!

Al-kesahnya Kenduri. #Finale


….Assalamualaikum....


Kesinambungan dari Al-kesahnya Kenduri. #Part 3

~ 24/11/2012 ~

Setibanya di stesen LRT Maluri, dah pening-pening nak ke mana pulak. Apa lagi, jenjalan la kan tapi memandangkan hari pun dah menganjak ke petang tak boleh la nak pergi jauh-jauh. Bas ke Kuala Terengganu pukul 11 malam. Wawa plak dah surrender nak balik tido. At last, decided nak ke Times Square je. Again tempat standard kami. Ahaa

Dari Maluri kami meneruskan perjalanan ke stesen Hang Tuah. Kat situ ada pertukaran train. Untuk ke TS kena naik Monorail pulak. “Next station, Imbi.” Ahahaha suka ajuk orang tu cakap. TS berdekatan dengan Plaza Low Yart, Lot 10 dan Bukit Bintang atau nama femes dia Star Hill. Bunyi nak kelas je kan, cam Beverly Hills tu.. haa..satu lagi si Pavillion tu. Semua tu area laluan Monorail.

Di TS tak ada la banyak tempat makan menarik sangat. Kebanyakkannya jenis franchise dan fast food. Pilihan kami, Sweet Chat! Nak duduk lepak, makan dan menyembang. Faktor pemilihan? Nak tempat yang sweet sweet ja, sweet macam blog ni. Ahahaha Sepanjang aku berada di KL dulu, memang tu la kejanya di hujung minggu mahupun selepas kerja. Semuanya dekat. Naik train je.


Dah alang-alang sampai TS tu sangat la rugi kalau tak membeli-belah. Ngeh3. Konon nak berjimat sangat kan. Heyy..tiket bas aku bayar triple okeh. Kena la memaksimumkan aktiviti supaya berbaloi-baloi. =p nak nak plak memang tengah nafsu nak membuang duit. Asalnya nak membeli ‘Friendship’s Item’ tapi tak ada pula yang sesuai. Setakat ni baru ada satu baju Friendship dengan Aini. Satu lagi baju Friendship bertiga.

Tadaa! Baju Friendship! #Superman

Mula-mula beli beg. Beg? Oii..tak ada dalam list kot. Tengah promo time tu, semua harga RM25 je. Harga asal range RM30 – RM50. Tunggu lagi? Kalau nak beli online siap dengan  postage plak. Jenjalan lagi. Alaa...somelnya baju. Kalau ikut berkenan tu mau 2 3 4 5 10 aku angkut. Sabar sabar. Kau tu kategori fakir okeh. Ahahaha Grab satu. Hati berbunga riang. Okeh dah. Kononnnnnnn. Masuk lagi kedai lain. Mula-mula aku dok kat luar je. Jeling-jeling dari luar. Aishhh..bosan! Masuk. Alamak, terrrGrab lagi satu. Ngeeee Aku tak bersalah. Salah baju tu sebab warna dia Purple! =p

Keluar je kedai tu terus ajak Nut & Aini balik. Tak mau tak mau. Kang tak terkawal lagi. Agagagaga Kaki berjalan round-round lagi. Jumpa dress. Ohh sweetnya kaler dia. NO NO NO! =_= Next time okeh. Melaporkan keadaan masih terkawal. Syukur! Nut tu aku tak tau nak cakap apa. Kalau shopping memang gila. Berhelai-helai baju dia angkut. Tiap-tiap bulan! Ehee Aini plak berjaya memancing sebuah beg + sehelai baju. Tak lupa juga baju untuk Blackberrynya. Purple tau! Kembang, nak mention jugak. 


Balik balik! Bergerak pulang. Dari Imbi direct terus ke stesen terakhir, Titiwangsa. Dapatlah juga lambai-lambai kat Menara SME Bank tu. Bank sebelah laluan monorail ja. Ehee Sampai di Titiwangsa tukar balik naik LRT ke Sentul Timur. Juga stesen terakhir laluan Ampang. Settle apa yang patut. Sempat la relax-relax tengok Idola Kecil tu. Budak-budak tu nyanyi lagi sedap dari aku. Malu. Malu.  

 Haa..kesah nak balik ke Kuala Terengganu. Tak tersalah time dah. Tak tertinggal train mahupun bas. Alhamdulillah. Tapi kannn. Sekali lagi, sama macam masa aku sampai tu. Laluan yang sama. Kena tahan lagi, nak duit jugak nak ke KB katanya. Siap tunjuk lagi dompet dia yang kosong tu. Nak RM3 tambang train. Kau nak pegi KB, nak duit tambang train pegi mana pulak? Ermm Kali ni aku bagi sebab dia siap tunjuk IC lagi. Nilai pun tak banyak kan. Tipu la kalau kata tak ada duit. Haaa..aku memang cop duit kan. Keja bank memang kaya kan. Mungkin teori Aini di #Part 1 itu munasabah. Mungkin. Sebenarnya takut juga, bukan berkira pasal duit. Aku jalan laju-laju bila tengok semua lelaki ja yang ada atas tu. Otak mula fikir macam-macam dah. Seram.

~ 25/11/2012 ~

Inform kat mak bas dah bertolak pon lepas dah setengah jam tertido atas bas. Letih sangat. Dipendekkan cerita, sampai KT turun tepi jalan dekat area rumah ja. Nak jalan kaki. Jimat. Naseb la jugak dah Subuh time tu. Jalan memang sunyi. Kiri jalan perkuburan Islam. Jalan lagi nak masuk simpang, jerat Cina. Itulah area umah aku. Jalan Pusara. Memandangkan dah Subuh jadi perjalanan aku ditemani alunan suara orang mengaji dari Masjid terdekat. Tenang sikit hati, mata pon dikawal dari melilau ke tempat lain. Ehee

Settle. Pukul 6.10. Awal lagi. Tido lah.

I...never tought that I..was that strong. To carry on carry on..

Terjaga. Hah? Ambik handphone, KTEC-Aila call. Tengok jam, alamak! 8.20 pagi. Gila kauuuuuu. Masuk keja 8.30 pagi oiii. Bergegas bak lipan kudung. Mandi bersiap. Again, naseb la ofis tu belakang umah ja. 5 minit pon sampai. Dekat pukul 9 jugak. Syukur sebab belum start Morning Prayers lagi. This is the first time ever aku bangun lambat dan terlewat masuk ofis. Selalunya berharap pada alarm Nokia yang rosak tu. Alarm Galaxy ni memang. Aishhh.   

Tamat la sudah Al-kesahnya Kenduri tersebut. Macam-macam yang terjadi. Yang best, kurang best dan tak best semua ada. =p Apa-apa pun itu lah namanya pengalaman hidup kan. Kalau kehidupan ni mendatar dan sama je setiap hari, tak menarik jugak kan?

Terima kasih buat mereka yang sudi membaca dari #Part 1, #Part2, #Part3 hinggalah yang terakhir ni. Mushh mushh!





Coretan Sweet: Sapa nak kawen lagi? Bak kad jemputan! ehee  ~


:: Ayiena Nur ::

4 comments:

aDisH.sHidA said...

syok nya jejalan kl..puas la kan...penat tak kira dah,janji puas..

eh kawan kak de gak keje kat SME bank...

Kira Sakura said...

haaaaaa habis punnnnnn hahahahaha :p

woitttt lenkali jgn ngengade nk jln sorg2 time sunyi tue mohon ada perasaan takut sikit jgn nk brani sgt!!! grrrr

Nurhanis Zamshah said...

wahh berjalan sakan. hehe

Cik Puce said...

aDisH.sHidA >> betul..yg penting puas hati dpt jenjalan..ehee sapa tu akak? dia keja bahagian apa?

kiera'sakura >> agagagaaga lama x update skali berjelaaaa.. =p aaaaa..baiklah kira! tulah kadang terlebih berani plak..wuwuuu

Nurhanis Zamshah >> memang kaki jenjalan nih.. =p


up