Welcome!

Tuhan Berikan Aku Cinta.


….Assalamualaikum....

Asalnya nak tulis entry ni semalam, malangnya disebabkan tahap menaip aku yang macam kura-kura patah kaki ni semuanya tinggal angan-angan. Ahaa
 
Dan hari ni entah dari mana hujung pangkalnya aku pun tak pasti. Yang pasti, masih terngiang-ngiang soalan yang diajukan mak kepada aku semasa kami berbual di telefon tadi.

“ Dah ada calon ke? Kot dah ada tapi senyap-senyap ja tak bagitahu.”

Ketawa.
Mak buat lawak apa ni tanya soalan macam tu.

“Orang tanya, dia gelak pulak.”

Serius. Mak tak pernah sekalipun tanya aku soalan yang macam tu. Sedara mara tu biasalah. Mak sendiri pernah cakap dia tak nak terlibat dalam hal pilih calon ni. Biar anak-anak yang tentukan sendiri. Bagi aku apa-apa pun, akhirnya akan kepada mak juga. Mak berkenan tak, okey tak, setuju tak. Naluri ibu tu kan kuat.

Ada juga la hamba Allah ni yang beriya-iya sangat suruh aku kawen kan. Pastu tanya “Mak tak pernah tanya ke?” hahhh nah hambek. Sebut lagi, tengok mak dah tetiba tanya. Tak ada angin tak ada ribut.

Kalau aku dah ada calon sekalipun, mak la orang pertama yang akan aku khabarkan. Orang kedua ialah sahabat baik aku. Itu perjanjian antara kami.
Siap buat perjanjian kan. Otak kita memang gila, sampai hari ni. Aku tunggu.


Sekarang ni memang musim soalan-soalan macam tu. Mungkin semua orang nak menyedarkan aku yang aku bukanlah kanak-kanak lagi. Dengan umur aku sekarang memang waktu yang sesuai untuk aku melangkah ke alam rumahtangga. Ececehhh

Memang. Aku pernah berkira-kira umur 24 tahun adalah umur paling awal kalau aku nak menamatkan zaman bujang dan paling lewat 28 tahun. Sooooooooooo..no rush!
Perkahwinan tu bukan untuk sehari dua. I’m still young..konon la kan. Konon! =p

Buat sekian kalinya.
Jujur dan iklas aku nyatakan. Hati ini masih belum dimiliki.
Tak terdetik lagi rasa di hati yang menunjukkan jodoh itu semakin dekat. Mungkin suatu hari nanti. In sha Allah.


“Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta







Coretan Sweet: eeee..malu baca entry sendiri! Ahaks ~


:: Ayiena Nur ::

5 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

xpa ramai yang single dok tunggu ampa...

pakcu pn ada...#ehh??? =P

Kira Sakura said...

jodoh tue rahsia Allah. kadang klu kita ada calon pun bila Allah kata "belum masanya" tetap kita tak dapat melangkah. tapi once Dia dah kata "ya" kita akan laluinya dengan lembut dan mudah ;)

macam kami sendiri, tak pernah terfikir akan hadirnya dia, dan tak pernah terfikir akan adanya cinta. tapi bila Dia dah tentukan siapa kita nak mempercepatkan dan melambatkan. Dia bagi bila kita dah bersedia sbb Dia tau apa yg kita perlu dan bukan apa yg kita mahu. ;)

aDisH.sHidA said...

akak pun semalam mak tetiba tanya masa tgh drive g bukit merah umah mertua adik..sabar je la

H Y D E said...

ahaks!

mohon berjodoh.

Cik Puce said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr >> haaa..ramai sangat la kan GK kann..ahahaha

kiera'sakura >> kami menanti masa kami dengan sabar..mudah2an ditemukan dengan jodoh yang terbaik.. =)

aDisH.sHidA >> haaa..jeng jeng jeng..siap dgn jawapan la akak nah..ehee

H Y D E >> ahaa dengan izin-Nya.. ^^


up