Welcome!

Xtvt Saat Free and Easy


….Assalamualaikum....

Blogku kembali diserikan dengan makanan..weehuuuu kalo nak tengok yang before ni bleh la klik-klik kat Makan Vs Makanan tu ek..

Ni la yang terjadi bila mood mem‘baking’ dan memasak sudah maliiii..

Taraaaaaaaa.....

S for S.U.A.R.A
Chocolate Chip Fudge Cupcakes~
Yang sebenornya aku teringatkan mak cikku..haritu aku penah la buat cheesecake, bagi la kat sedara mara. Bila dah bagi-bagi dapat je la sorang sikit kan. Mana la nak cukup. “Nanti len kali kak chik buat lagi nah” Itu janji aku. Ni dah free and easy aku pun ingin menunaikan janji. =)

Haikal merasai kelazatan cheesecake dgn lahapnya..
Special tuk baby Myra... (gamabar bawah)

Part western food ni plak, al-kisahnya begini...

Tak ada la kisah sangat pun..ahaa Kat umah dah selalu sangat buat Chicken Chop, Spaghetti Bolognese ngan Fettuccine Carbonara.. +++ side dish : Coleslow ngan Mashed Potato..so, kali ni aku nak la buat benda alah lain..maka, terhasil lah Mushroom Soup dengan Lasagna. Favorite aku nihh..




 Sekian...ehee


Coretan Sweet: nantikan next entry untuk resepi.. =) ~


:: Ayiena Nur ::

Berwajah baru~


….Assalamualaikum....
  
Berwajah baru? Yups..absolutely! Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke blog ni before akan menyedari perubahan pada rupa paras blog kesayanganku ini. Ehee Cantek tak?? =p Tak kira la kalo orang kata tak cantek, yang penting aku tengok cantek.ahahhahaha Ehh..bleh plak camtu kan? Tak mesra pengguna betul..

Entry ni khas sebagai ‘Upacara potong reben’ bagi merasmikan rupa baru blog PURPLE ITU SWEET sempena tahun baru 2012. ^__^

Nanti la kalo tuan empunya blog rajin dan mempunyai banyak masa yang terluang, akan dipelajari cara-cara men ‘design’ sendiri blog. Bleh la letak cop mohor “Hak Cipta Terpelihara” kan? =p

Mudah-mudahan dengan rupa baru yang SWEET ni akan menCERAHkan mata readers sekalian. Rajin-rajin la menJENGUK ke sini lagi ek. Kedatangan anda amatlah diALU-ALUkan..sekian saja, dengan ini SAYA MERASMIKAN RUPA BARU BLOG PURPLE ITU SWEET~ kalo yang nak pengsan bleh pengsan, kalo yang nak muntah g toilet dulu ek..ahaa

the previous look~




Coretan Sweet: sebarang komen atau cadangan dialu-alukan.. =) ~


:: Ayiena Nur ::

Jalan hidupku...


….Assalamualaikum....

 
Aku merasakan sudah terlalu lama aku meninggalkan blog kesayangan ini tanpa sebarang bicara mahupun perkembangan semasa. Namun begitu, bila ku lihat kembali tarikh terakhir aku meng‘update’ blog adalah pada 12 Disember 2011. Alah..blom sebulan pun lagi.

Dalam tempoh itu macam-macam yang telah terjadi dalam hidupku. Ada masam, masin, manis dan tidak terkecuali pahit. Rencah kehidupan la katakan. Tak lengkap tanpa semua rasa tersebut. Walau apapun yang berlaku, kehidupan harus diteruskan.

Setelah 3 bulan menjalani kehidupan di kota Kuala Lumpur dan belajar menjadi wanita bekerjaya, akhirnya tiba waktunya untuk penentuan. Keputusan yang akan menentukan jalan hidupku yang seterusnya. Pada mulanya, semua kelihatan indah belaka. Alhamdulillah, aku gembira. Ku lihat masa depanku akan menjadi cerah.

Bak kata pepatah “Langit tak selalunya cerah”, “Kusangkakan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari”. Itulah yang berlaku sekarang ini. Mungkin kerana aku sudah meletak harapan yang tinggi. Mungkin kerana aku berasa yakin dan juga mungkin kerana aku telah berasa sangat selesa dengan persekitaran baruku. Termasuklah dengan sahabat-sahabat baruku.


Apa yang boleh aku lakukan selain berdoa? Usaha telah dilakukan. Aku tak akan pernah menyesal dengan pilihanku. Sekarang yang tinggal hanyalah ketentuan Yang Maha Esa. Aku terima apa jua yang tertulis, namun aku tetap berharap apa jua keadaannya ia adalah yang terbaik buatku. Paling penting yang terbaik buat keluargaku. Amin~





Coretan Sweet: hidup tak selalunya indah... ~


:: Ayiena Nur ::
↑
up