Hati tak dapat menipu. Hanya hati yang paling setia dan taat. Di saat bibir mula menipu dengan melakar senyuman, hanya hati yang memahami dengan memujuk rasa. Di saat wajah mempamerkan kegembiraan, hanya hati yang menyimpan segala perasaan. Kasihan kau wahai hati.
Aku redha dengan takdir ini. Sedikit sebanyak aku memang cuba membiasakan diri. Seperti kata semua orang “Biasala tu, tempat baru. Nanti lama-lama okey la”. Ya, aku menanti saat dan detik itu. Tapi hati aku tak kan menipu. Aku tetap merasai kesedihan pabila menjejakkan kaki ke Darul Iman ini. Aku tak pernah menyimpan sebarang tanggapan negatif. Tiada langsung sifat kenegerian. Hanya itulah yang aku rasa, SEDIH.
Blog ak dah bersawang? Ye ke? Cer tengok ckit..Mana ada. Memandai je Diaq ni. Hampa yang dah lama tak melawat blog kami. Betul dak? Ke tak penah melawat pon. Agagagagaga Okey. Abaikan kata-kata hidir itu walaupun sedikit sebanyak ada menyumbang jugak la kepada TERrajinnya aku update blog ni. =p
No more merapusss. Just nak share a moment in my life. I’m Officially 24th Years Old!!! Erghh...nak kata happy? Of course tak. Sebab hadiah birthday aku tahun ni merupakan hadiah yang tak kan dilupakan seumur hidup. Kenapa? Dapat surat lapor diri di Kuala Terengganu di ambang umur ke-24. Best?? Thanks kepada pihak berkenaan. But its okey. I’m more postive now. Mereka bukan penentu hidup aku tapi diri aku sendiri dengan kuasa Yang Maha Esa. So, sebab tu lah walaupun birthday aku dah berlalu hampir sebulan yang lalu baru hari ni aku up kan entry My 24th Birthday! Ni.
Sedih kot kalo nak update entry time tu. Emosi memang tahap Titanic langgar iceberg plus pemanasan global tahap melampau di kutub utara. Apa maknanya? Lu fikir la sendiri.uhuu Apa-apa pun seperti entry sebelum ni aku bersyukur kerana masih lagi mampu berdiri di muka bumi Allah S.W.T ini. Meh la tengok makan malam yang telah diatur oleh ibuku. Memang telah menjadi kebiasaan untuk aku dan family menyambut hari lahir tetapi kali ni diADVANCEkan sebab pada tarikh lahir sebenar, aku telah berada di negeri orang. *ohh..menangis berlatarkan lagu ganu kite*
Terima kasih tak terhingga buat ibu dan juga keluargaku termasuk Mak Long, Achik, Uncle & sepupu-sepupuku. Kak Chik sayannggggg sangatt kamu semua..berada bersama-sama merupakan saat dan ketika yang membahagiakan.
Coretan Sweet: eehh..betul ke aku dah 24 thn? -_-‘’ ~
Alhamdulillah...syukur pada yang Maha Esa atas segala nikmat kurniaanNya
kepadaku. 24 tahun. Aku bernafas ni bumiNya. Sungguh pantas masa berlalu.
Bagaikan baru semalam aku meninggalkan alam persekolahan. Realitinya, aku kini
di Alam Kerjaya..Di saat menjangkau usia 24 tahun, aku telah dihantar jauh ke pantai
timur. Aku merantau lagi
tapi kini semakin jauh.
Mungkin
mudah bagi orang lain yang melihat tapi tidak bagi aku. Susah senang kehidupan
yang aku lalui, perasaan yang berombak didalam hati, hanya DIA dan diriku yang
mengetahui. Tawa dalam tangisan. Itulah yang aku lalui beberapa hari ini. Susah aku
ingin gambarkan kepada orang sekeliling. “Kau kena positif, anggap ini semua cabaran”.
“Wahh,
seronoknya dapat sana. Boleh la pergi jalan-jalan”. “You
can do it! Fikirkan masa depan kau dan keluarga”.
Tak
ada seorang pun yang akan menyatakan perkara negatif kepada aku. Ya, aku faham.
Mereka nak menguatkan aku.
Aku pun fikir yang aku cukup kuat. Sebab itu walaupun berat hati, aku tetap
melangkah pergi. Pergi ke tempat yang cukup asing bagi aku. Tempat yang aku pernah jejaki bertahun-tahun
dahulu. Semasa arwah masih ada.
Aku
bekerja bukan kerana diri aku sahaja. Aku ingin berbakti kepada ibuku. Hanya
Allah S.W.T saja yang tahu segala yang terjadi. Tak semua yang dapat dilihat
oleh orang luar. Harapan aku,
aku ingin sentiasa dekat dengan ibuku agar aku dapat mengurangkan beban yang
ditanggungnya. Agar aku dapat sama-sama melalui kesedihan dan kesusahan ibuku.
Namun, apa yang terjadi? Aku semakin jauh.
Di
saat aku masih bersedih, ada lagi yang berlaku disana. Jadi macam mana aku
ingin hidup gembira dan tenang disini? Aku perlu balik. Aku akan cuba menyumbangkan sesuatu disini dan aku akan mencari jalan
agar harapan dan cita-citaku dapat dilaksanakan. Buat mereka yang mengasihi dan
memahami aku, tolong doakan agar aku dapat kembali menjaga ibuku dan dekat dengannya.Kabulkan doaku Ya Allah! Demi kebahagiaan ibu dan keluargaku.
Coretan
Sweet: rahsia di hati hanya Dia yang tahu~
I just wanna be a simple girl with a happy life..no matter how creative we are trying to design our life, only ALLAH S.W.T knows the best..
~Usaha~Doa~Tawakal~
:: Blogging just for fun ::