Welcome!

My 24th Birthday!

….Assalamualaikum....



     Blog ak dah bersawang? Ye ke? Cer tengok ckit..Mana ada. Memandai je Diaq ni. Hampa yang dah lama tak melawat blog kami. Betul dak? Ke tak penah melawat pon. Agagagagaga Okey. Abaikan kata-kata hidir itu walaupun sedikit sebanyak ada menyumbang jugak la kepada TERrajinnya aku update blog ni. =p

     No more merapusss. Just nak share a moment in my life. I’m Officially 24th Years Old!!! Erghh...nak kata happy? Of course tak. Sebab hadiah birthday aku tahun ni merupakan hadiah yang tak kan dilupakan seumur hidup. Kenapa? Dapat surat lapor diri di Kuala Terengganu di ambang umur ke-24. Best?? Thanks kepada pihak berkenaan. But its okey. I’m more postive now. Mereka bukan penentu hidup aku tapi diri aku sendiri dengan kuasa Yang Maha Esa. So, sebab tu lah walaupun birthday aku dah berlalu hampir sebulan yang lalu baru hari ni aku up kan entry My 24th Birthday! Ni.




     Sedih kot kalo nak update entry time tu. Emosi memang tahap Titanic langgar iceberg plus pemanasan global tahap melampau di kutub utara. Apa maknanya? Lu fikir la sendiri.uhuu Apa-apa pun seperti entry sebelum ni aku bersyukur kerana masih lagi mampu berdiri di muka bumi Allah S.W.T ini. Meh la tengok makan malam yang telah diatur oleh ibuku. Memang telah menjadi kebiasaan untuk aku dan family menyambut hari lahir tetapi kali ni diADVANCEkan sebab pada tarikh lahir sebenar, aku telah berada di negeri orang. *ohh..menangis berlatarkan lagu ganu kite*




Terima kasih tak terhingga buat ibu dan juga keluargaku termasuk Mak Long, Achik, Uncle & sepupu-sepupuku. Kak Chik sayannggggg sangatt kamu semua..berada bersama-sama merupakan saat dan ketika yang membahagiakan.









Coretan Sweet: eehh..betul ke aku dah 24 thn? -_-‘’ ~





:: Ayiena Nur ::

Tawa dalam tangisan

….Assalamualaikum....





Alhamdulillah...syukur pada yang Maha Esa atas segala nikmat kurniaanNya kepadaku. 24 tahun. Aku bernafas ni bumiNya. Sungguh pantas masa berlalu. Bagaikan baru semalam aku meninggalkan alam persekolahan. Realitinya, aku kini di Alam Kerjaya..Di saat menjangkau usia 24 tahun, aku telah dihantar jauh ke pantai timur. Aku merantau lagi tapi kini semakin jauh.




Mungkin mudah bagi orang lain yang melihat tapi tidak bagi aku. Susah senang kehidupan yang aku lalui, perasaan yang berombak didalam hati, hanya DIA dan diriku yang mengetahui. Tawa dalam tangisan. Itulah yang aku lalui beberapa hari ini. Susah aku ingin gambarkan kepada orang sekeliling. “Kau kena positif, anggap ini semua cabaran”. “Wahh, seronoknya dapat sana. Boleh la pergi jalan-jalan”. “You can do it! Fikirkan masa depan kau dan keluarga”.



Tak ada seorang pun yang akan menyatakan perkara negatif kepada aku. Ya, aku faham. Mereka nak menguatkan aku. Aku pun fikir yang aku cukup kuat. Sebab itu walaupun berat hati, aku tetap melangkah pergi. Pergi ke tempat yang cukup asing bagi aku. Tempat yang aku pernah jejaki bertahun-tahun dahulu. Semasa arwah masih ada.



Aku bekerja bukan kerana diri aku sahaja. Aku ingin berbakti kepada ibuku. Hanya Allah S.W.T saja yang tahu segala yang terjadi. Tak semua yang dapat dilihat oleh orang luar. Harapan aku, aku ingin sentiasa dekat dengan ibuku agar aku dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya. Agar aku dapat sama-sama melalui kesedihan dan kesusahan ibuku. Namun, apa yang terjadi? Aku semakin jauh




     Di saat aku masih bersedih, ada lagi yang berlaku disana. Jadi macam mana aku ingin hidup gembira dan tenang disini? Aku perlu balik. Aku akan cuba menyumbangkan sesuatu disini dan aku akan mencari jalan agar harapan dan cita-citaku dapat dilaksanakan. Buat mereka yang mengasihi dan memahami aku, tolong doakan agar aku dapat kembali menjaga ibuku dan dekat dengannya.Kabulkan doaku Ya Allah! Demi kebahagiaan ibu dan keluargaku.













Coretan Sweet: rahsia di hati hanya Dia yang tahu~





:: Ayiena Nur ::

D.E.M.A.M


….Assalamualaikum....


Demam. Hujung minggu lepas aku hanya di rumah sewa. Tiba-tiba je demam. Mungkin juga kerana sekarang memang musim tidak menyehatkan. Di office dah dua tiga orang member batuk-batuk dan demam. Sabtu, aku masih okey lagi tapi memang dah terasa badan tak selesa dan susah nak tidur. Masuk je hari Ahad badan dah panas tapi aku rasa kesejukkan. Nasib la ada housemate tawarkan ubat yang dia ada. Lepas makan ubat dan berehat boleh pulak kan aku ikut diaorang ke SOGO! Membeli barangan dapur dan bahan-bahan nak membuat laksa.

Kat Sogo badan aku dah terasa panas balik tapi dengan slumbernya aku makan pulak eskrem McD! Terbaeklahh kan. Sampai je rumah lepas tolong-tolong apa yang patut dan makan ubat aku terus collapsed. Malamnya pula aku makan anggur merah. Sambil baring menonton tv, housemate aku tolong lumurkan kepala dengan air daun lidah buaya. Sejuuukkk kepala. Teringat mak yang selalu buatkan. Sobsobsob. Bila nak tidur pulak letak kain basah kat kepala. Kalau zaman moden ni bleh la anda guna coolfever yer. Nak tidur still tak boleh. Badan rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal. Entah pukul berapa tertido tapi tu pun asyik-asyik terjaga.


Cerita hari ni plak pagi tadi aku pergi office pastu half day. Masa balik naik monorail boleh plak aku mengelamun. Memang rasa otak dah berpusing-pusing. Tengah hari plak kan. Confirm la panas. Bila train stop dan semua orang dah keluar baru aku perasan “ehh..dah stesen titiwangsa la..” tempat kebiasaan aku turun. Nasib la last stesen kan, memang train stop lama ckit kat situ. Sampai je kat apartment aku pun naik lift. Keluar  je lift aku dah pelik bila tengok rumah depan, “Sejak bila pulak foreigner ni ada basikal? Ermm..Baru beli kot.” Pusing plak kat rumah sewa aku, “alaa..sejak bila pagar jadi warna kuning ni..” LEVEL 20. Salah level la pulak. Rumah sewa aku level 18. Level 20 tu department kat office. Aduyaiii. Memang patut doktor bagi aku MC.


Apasal semacam je entry aku ni. Tak best langsung pengolahan ceritanya! Ahahaha Okey. Yang penting sekarang semasa tengah taip ni aku dah sihat. Hopefully. =p Benda-benda yang aku makan tu kalo demam baiklah elakkan tapi buat sesetengah orang boleh jadi pengubat. So, ikut individu la. Kalo aku memang bukan lagi elok tapi lagi terbongkang ada la.ehee





Coretan Sweet: bawa..aku pergi..~


:: Ayiena Nur ::

up