….Assalamualaikum....
Aku ni manusia yang complicated ke? Susah nak faham aku kan? Sapa yang kawan dengan aku mesti pening kepala. Erm..kadang-kadang kita tak dapat nak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Apa yang kita lihat secara luaran tak semestinya menggambarkan keadaan dalaman seseorang tu. Setuju? Ramai yang macam tu kan.
Rahsia di hati tak siapa yang tahu...
Serabut. Kenapa aku selalu merasakan begitu? Dah tau tanya lagi..uhuu Ya. Sebab aku suka memendam apa yang aku rasa. Sakit. Kasihan kau wahai hati. Terpaksa menyimpan 1001 rasa. Terpaksa menyimpan 1001 rahsia. Terpaksa menyimpan 1001 perasaan. Kerana kau satu-satunya yang aku percaya selain yang Maha Esa~
Aku juga orang yang bermasalah. Penuh dengan masalah. Aku asyik fikirkan orang lain. Orang yang aku sayang terutamanya. Kenapa?
Biarlah kita menangis..jangan kita buat orang menangis..
Biarlah kita kecewa..jangan kita mengecewakan orang..
Biarlah kita terluka..jangan sesekali kita melukakan hati yang lain..
Biarlah kita dilupakan..jangan kita melupakan..
Biarlah aku merasakan semuanya..Jangan mereka merasainya..
Coretan Sweet: moga hari esok dapat menceriakanku...~
:: Ayiena Nur ::
3 comments:
kalo nak berkongsi cerita silakan.. kami ada.. semoga lina terus tabah ya
sabaq nah lina... pape pon.. ap y ampa buat memang btol.. kami pon slalu pendam.. xpa la kn :D
saya juge bermasalah. sepanjang masa. but well, masalah itu pelengkap hidup manusia :)
Post a Comment