Welcome!

01.11.11 - Hari aku...........


….Assalamualaikum....

Warming up! 1..2..3..4..5..6..7..8......8 lagi! Ahaa mula dah..suka sangat merapu meraban kan? Memang dah nature tuan punya blog ni agaknya. Sapa la yang menaip ni kan. Wayar  tercabut kot.

Memandangkan jumaat ni aku akan pulang ke kampung halaman, aku memang berkira-kira nak membawa pulang oleh-oleh buat family tercinta. kampung la sangat kan..oleh-oleh plak tu. Baget dok oberseee ja! Banyak kali jugak la aku keluar jalan-jalan. Tapi tak da yang berkenan nak dibeli. Nak cari something special yang tak ada di SP kononnya.


Hari tu housemate nak berjumpa dengan sepupunya di Shah Alam. Aku pun join sekaki la sebab plan asal aku dah terlari timingnya. Di singkatkan cerita, kami ke PKNS dan ke Plaza Alam Sentral. Masa kat dua-dua tempat tu ada la kedai barang-barang deco ala-ala English Style. Cantek gilaaaaaaaa...menyesal plak aku tak beli. Ahaa That time fikir, kalo aku nak beli nak kena usung balik nek bas. Dah la dari office terus ke stesen bas.
Tak kan aku nak bawa pergi office?? =p  

Okey..kembali kepada motif asal. Disebabkan perkara-perkara di atas, tinggal beberapa hari ni saja untuk aku mencari oleh-oleh. Di tambah pulak esok ialah ulang tahun kelahiran mySister. Kalo dari office, aku da 2 choice tempat yang nak dituju. Satu ke Jalan TAR, area Masjid Jamek tu. Kalo yang ni aku kena nek LRT. Satu lagi ke Berjaya Times Square dengan menaiki monorail. Dua-dua kemudahan berhampiran dengan office.

Haa...akhirnya hari ni aku balik awal!! Dan paling best TANPA bawa pulang kerja..terbaek! siap tinggal semua barang kat office gara-gara nak melenggang bersama handbeg sahaja..ehee Keluar ja pintu utama bangunan, aku still lom decide nak ke mana. Well..ni pun mmg nature aku jugak. Lambat wat keputusan. Aku ingatkan hujan dah stop masa tu. Rupa-rupanya masih gerimis mengundang. So, decided! Ke Times Square la kakiku melangkah. Berbumbung, tak payah berhujan.

Saat aku menaip ni kakiku masih lenguh-lenguh lagi. Mana taknya, ber ‘office shoes’ untuk bershopping. Aku memang terror bab mendera kaki aku sendiri. Kesian kan. Uhuu Masa dalam monorail tu memang aku dah jadi ‘ikan sardin’. Ramainya manusia kat KL ni. Men himpit-himpit ja. Isk..rimas. Aku terlupa pulak yang waktu mereka balik kerja. Confirm la ramai manusia kan. 
ehh..ehhh..Panjang la pulak entry aku ni.  -___-


Aku pergi dengan sapa? Of course la sorang-sorang. Padahal tak da sapa tanya pun. Ehee Puas jugak aku pusing- pusing sampai level 10. Paling tak tahan tengok SALE SALE SALE! Aaihhhh...memang melayang-layang la duit aku. Lagi tak bleh blah senang-senang je diaorg letak mesin ATM bertentang dengan kedai. Memang memudahkan lagi proses ‘melayang-layangkan’ duit. Ahaa hampeh~ Disebabkan dah letih aku pun terus melangkah pulang dengan sedikit kecewa kerana hajat nak membeli oleh-oleh untuk anak buah masih belum kesampaian. Ermm..kalo berpeluang dan cuaca mengizinkan, nak pergi Jalan TAR plak kot. Cian kat budak-budak comey tuu..

Mata pun dah sayup-sayup. Tah bahasa apa aku guna pun tak tau. Ohh..hampir terlupa. Esok pagi ada tugas yang perlu dilaksanakan. Sampai di sini dahulu coretan aku. =p Selamat Malam!! Ikut time aku tengah taip ni haa..

Take care of yourself okey??



Coretan Sweet: alamak! Lupa nak iron baju laaa...offline~


:: Ayiena Nur ::

6 comments:

H Y D E said...

bai. selamat malam.

nak eskrem tau :)

naqiah said...

lina.. gambar time square ke 2?? rasanya bukan. hehehe.. take care dear!

syukri0235 said...

sakannya berjalan..... ^_^

Erin Azizan said...

alololo patot la kita ada kimia..rupanya jenis yg suka merayap sorang2 jugak eh??hehe

Cik Puce said...

H Y D E >> err..eskrem? benda alah apa tu?? =p

cintatulip >> ya ka? msa lina p TS rupa dia mmg cmtu..cuma x da jual2 kat tgh2 tu ja..ehee

mikro_kokus >> well..mmg kaki berjalan ni..nak p jalan2 ajak ja budak ni..ahaa

Erin Azizan >> kann?? memang kimia..syok ooOoo merayap sorg2.. =D

Muslimah Optimis said...

heheheh.. kita gang la, kami pon suka merayap sorang2 jugak.. hehehe.. kelmarin pi mid valley dapat kasut dengan beg sepasang.. nak pakai untuk dinner nanti.. :-)

↑
up