Welcome!

Suka dan Duka #2~


….Assalamualaikum....


…….sambungan dari Suka dan Duka #1~

Aku kurang pasti saat aku tiba jam menunjukkan pukul berapa kerana yang penting aku akhirnya sampai sebelum 9 pagi. Ada sesi pendaftaran dan aku telah diberikan satu fail dan satu sampul selain menandatangani kehadiran. Disebabkan aku agak keletihan berjalan entah berapa jauh, aku merasakan yang aku blurrrr di situ..ahaa Buktinya?? Bila dah ambil barang-barang tersebut aku masih berdiri sambil memerhati. Apa benda yang aku dengar tadi ek? Dia suruh buat apa? Aku bertanya semula dengan muka tak bersalah atau lebih tepat tak tau malu! =p ohh..kena letak borang dan sijil-sijil dalam fail. Dalam sampul pulak kena letak handphone. Sekali lagi dengan reaksi blurrrr aku, aku terus memasukkan handphone tanpa mematikannya. Naseb la dah silent mode. Aku ni memang terkenal dengan blurrr ataupun lampi..uhuu Patutnya aku kena la inform dulu kat myMum, Fier and Akmal yang aku dah selamat sampai..ni tak..aih..teruk betul..uhuu


Erm..tiba-tiba kan..aku rasa kan..malas nak cita pasal sesi interview tu. Ahaa cukuplah anda mengetahui yang sesi interview tu terbahagi kepada 3 section. 1- Group Activities 2- Interview 3- Case Study. Suka sungguh aku merojakkan bahasa. Tak tau la macam mana aku bleh jadi cikgu bahasa..ehee ampun~ Part paling akan aku ingati ialah introduction. Madam tu memberi ucapan kata-kata aluan dan sedikit intro mengenai bank tersebut. Di akhir ucapannya, beliau meninggalkan kami dengan sebuah video yang member inspirasi kepadanya. Beliau berkata dia menangis pabila melihat video itu..aduhh..lemah hatiku bila mendengarnya..sesungguhnya aku seperti namaku. Apa yang menarik mengenai video ini? Seperti beliau, aku juga tak mampu menahan air mata. Tambahan pula watak utama di dalam video itu ialah seorang anak bersama BAPAnya..ya, bapanya..I really miss u abah..Al-Fatihah~

Inilah video yang dikatakan..Anda tengok la sendiri. 
Anda akan tahu apa yang aku rasakan waktu itu..


Semuanya berjalan lancar di bank itu. Makanan memang sentiasa ada. Anytime boleh makan. Apa yang tak da cuma selera makanku. Dok nervous segala nak makan apanya. +++ sejuk gila kot kat situ. Bank-bank kat KL ni pakai temperature Eskimo ka apa..uhuu Program hari tu berakhir awal dari jangkaan. Dalam pukul 4 petang aku dah bergerak pulang. Sekarang ni misi aku adalah untuk mendapatkan tiket ke Genting. Ada holiday trip office mak. Mereka dijangka sampai di Genting around 10.30++ PM. Jadi aku kena pandai-pandai budget masa lah. Selepas calling-calling dan membalas mesej yang berduyun disebabkan keblurrran aku tadi, aku terus berjalan menghala ke stesen Monorail.


Aku terus mendapatkan tiket ke KL Sentral. Dalam fikiran aku, disebabkan naik monorail maka dekatlah dengan KL Sentral tu. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Aku kena berjalan lagi berbekalkan signboard dan juga manusia-manusia yang turut ke destinasi yang sama. Aku agak je la.. =p Saat itu kakiku sudah berdenyut-denyut. Kamu-kamu rasa aku p interview pakai slipper kah? Sandal? Mesti la covered shoes yang da tumit. Tu pun bukan kasut interview yang sebetulnya, kalo tak mau patah tumitnya. Uhuu Kenapa aku beriya-iya sangat cita pasal kasut kan? Sebab itu la puncanya penderitaan aku disamping kejadian-kejadian seterusnya.. -__-‘

Harap maaf..bersambung…..~





Coretan Sweet: perlu tido awal untuk memulakan tugas sebagai guru semula~


:: Ayiena Nur ::

5 comments:

H Y D E said...

sambung lagi? *pengsan*

naqiah said...

lagu ni memang best.. hehehe

Cik Puce said...

HYDE >>> pengsan la..silakan..ahaa

cintatulip >>> lgu dia ja ka? videonya? =p

Muslimah Optimis said...

hehehe.. kami kalo pakai kasut memang xdak tumit... hihihi... sebab dia tak bagi pakai kasut tumit.. lagi pun senang nak jalan dan lari..

Cik Puce said...

Muslimah Optimis >> selalunya mmg x pakai kasut tu cuma hari tu ja..benda nak jadi kot kan..uhuu


up