Welcome!

Suka dan Duka #4~


….Assalamualaikum....


Dah seminggu berlalu, kalo ikutkan aku macam nak biarkan entry Suka dan Duka tu sampai part 3# ja sebab bagi aku kejadian penting dah pun aku catatkan. Ehee Memandangkan ada yang bertanya apa yang terjadi seterusnya, lebih baik aku ceritakan ja. Aku pun buat cerita tak habis. Ngek kan?? =p


Okey lah..Disebabkan aku dah terlepas bas dan waktu pun dah malam, aku mengambil keputusan untuk balik semula ke rumah mereka. Itupun selepas aku berjaya menenangkan jiwaku. Dah tak ada cara lain.
Ada pun ko kena bayar RM90 dah tu sorang-sorang. Malam plak. Ko nak ke?? Tak-tak. Aku waras lagi...

Keesokkan pagi, aku ditemani Fier ke Pekeliling untuk ke Genting. Terminal tu hanya dua Stesen LRT dari rumah mereka. Semalam mereka terlupa yang kat situ pun ada bas untuk ke Genting, tak perlu aku berulang-alik sampai ke KL Sentral. Nak buat macam mana. Benda nak jadi. ALLAH S.W.T dah tentukan begitu. =) Aku menaiki bas pukul 8.30 pagi dan sampai di Genting sekitar 10 pagi. Bleh tahan jugak driver tu drift, rasa cam pendek dah nyawa aku..uhuu hah..masa on the way tu, da berselisih dengan 3 buah kereta Lamborghini...mungkin driver tu terasa dia drive Lamborghini kot..ahaa

Sejujurnya aku tak suka tulis panjang-panjang. Jadi aku akan ringkaskan ja kepada point-point penting semasa holiday trip tu... =p

Aku tak dapat merasa tido di First World Hotel tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga masuk dan golek-golek sekejap.

Disebabkan sampai lewat, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil pass masuk ALL PARK aku. Kejam kan mereka, tak fikir orang len. Bayar tuk berapa orang tapi ambik lebih plak. Last-last aku dapat pass Indoor ja. Redha walaupun terkilan.

Hajat nak beli oleh-oleh dari Genting untuk anak-anak sedara pun tak kesampaian. Mereka langsung tak berhenti atau bagi masa ketika di stesen Skyway. Masa kat Themepark tak jumpa pun cenderamata Genting.

Destinasi seterusnya, menginap di sebuah hotel di Kajang. Sepanjang perjalanan dalam bas yang aku dengar “ Sate kajang, sate kajang, sate kajang..” Jalan ke hotel betul-betul melalui belakang Sate Kajang Haji Samuri. Cadangannya akan makan malam di situ. Sekali lagi, harapan palsu! Ada ke patut, lepas Maghrib terus ke I-City Shah Alam tanpa makan langsung sejak turun dari Genting dalam pukul 3.30 petang. Semua mengadu lapar tapi driver kata takut nanti tak sempat nak p I-City. Setahu aku I-City tu buka sampai tengah malam. Nak-nak pulak Hari Malaysia ni. Uhuu at the end tak makan jugak Sate Kajang tuu.. ehhh..panjang pulak point ni..heeee


Di Putrajaya yang aku teringin nak naik tu la..Putrajaya Cruise. Sekali lagi, tak dapat naik jugak. Semuanya tak menjadi kan. Yang membaca pun mesti bosan. Trip awal dah penuh jadi kena naik trip yang seterusnya. Malangnya... next trip adalah sejam kemudian. Memang tak sempat la. =(

Di Kuala Lumpur kami di bawa ke Sungei Wang Plaza. KL ke ek? Sungei Wang Plaza?? What do you expect me to do?? Please laa..kat umah kami pun da shopping mall jugak. Kalo harga jauh lebih murah ke tak pa la. Bintang Walk? Siang-siang memang berbintang-bintang laaa.. Bukan nak bawa ke Petaling Street ke, Jalan TAR ke, Masjid Jamek ke, Times Square ke...kononnya nak senang parking. Alah, malas nak masuk town la tuuuu....Tengok kat SWP tu pun bukan senang parking..cehhhh~

Semua yang aku cita macam benda negatif je kan. Uhuu Bukan niat aku nak mempertikai, merungut atau komplen. Itulah hakikat yang terjadi. But its okey! Pengalaman...Pemandu pelancong tu pun cakap, kalo da kekurangan harap dimaafkan dan boleh inform mereka untuk diperbaiki. Biasala kan manusia, mana ada yang sempurna. Nama pun rombongan, mana boleh ikut kehendak semua orang.. Ye dak??

Semua rakan pejabat mak baik-baik belaka dan mereka rapat antara satu sama lain. Gambar semua ja tak dak sebab aku tak berapa lincah mengambil gambar gara-gara kondisi kaki yang kurang mengizinkan. Apa-apa pun aku still have fun and enjoy dapat bercuti bersama-sama mereka semua. Harap ada lagi next holiday trip macam yang didengar-dengar tu.. Yang penting bleh bawa family la, bukan staff saja..heee~  

Terima kasih daun keladi buat yang sudi membaca.... ^__^



:: Ayiena Nur ::

4 comments:

H Y D E said...

apa boleh buat, benda nak jadi. nanti pergi lain lah, senang cerita, puas hati. hehehe

yang benar,
hamba Allah yang mengikuti perkembangan di waktu kejadian :)

Muslimah Optimis said...

heheheh... saya sangat suka dua perenggan yang akhir tu.. ada positif..

jom pi jalan2 KL..

Cik Puce said...

insyaAllah kalo da rezeki lagi..ehee

yang benar tu tak tahan..adoi la..thanks 4 ur concern..ehh.. =p

Cik Puce said...

Muslimah Optimis >> walau seberat mana dugaan hnya diri kita sendri yg mampu mengatasi..so, kna +ve kan diri..ehee

jom2..nak p KL lg nih.. =D


up