Welcome!

a true story of a Friendship~


Assalamualaikum....

Selama hampir 3 tahun kita bersama. Segalanya bermula di USM. Tempat kita sama-sama menuntut ilmu, meneruskan cita-cita untuk menjadi manusia yang berjaya. Kita bertemu, berkenalan, menjadi kawan, rakan kuliah dan teman sebilik. Semuanya telah menjadikan kita SAHABAT BAIK. Arwah antara orang terawal yang menjadi rakanku semasa di USM. Terlalu banyak kenangan kita bersama semenjak tahun pertama hinggalah tahun terakhir. Kita sentiasa bersama.. Arwah Nurul, Lina, Aza dan Ain. Empat sekawan, mana-mana sahaja mesti bersama.

Apabila sesi kuliah, selalunya memang kami berempat akan berada dalam kuliah yang sama sebab nama masing-masing bermula dengan huruf N. Kalau tutorial, kebanyakkan kami akan dapatkan tutorial yang sama. Kenangan manis. Semua nak bersama-sama. Macam-macam lagilah sebab tu kalau orang jumpa tak cukup sorang ke orang akan tanya. “Mana lagi sorang?” “Selalu berempat, hari ni tak cukup?Ehee Terlalu banyak kenangan..ada yang manis, ada juga yang pahit. Lumrah kehidupan kan. Hujung minggu kalau berpeluang, kami akan keluar bersama-sama. Aktiviti wajib kami setiap hujung semester apabila habis peperiksaan, kami akan merancang untuk pergi berjalan-jalan dengan menyewa kereta.

Habis satu pulau kami jelajah. Tak cukup bahagian pulau, kami ke Tanah Besar pula. Paling jauh cuma Sungai Petani mungkin. Eh, tak. Kami pernah ke kenduri seorang senior USM di Alor Setar dan kemudian kami ke rumah Aza di Kuala Nerang. Ya, itulah yang paling jauh pernah kami pergi bersama dengan memandu sendiri. Kalau dengan pihak universiti, dah sampai ke negara jiran kami berempat pergi. Acheh, Indonesia. Kalau aktiviti harian pula, tak payah cakap la. Memang hari-hari kami berjumpa. Dari berjiran blok sampai berjiran bilik dan akhirnya ada yang sebilik. Kalau di USM ada sebilik empat orang tentu kami semua dah sebilik.

Coretan ini telah mula ditulis ketika arwah baru meninggalkan kami, tapi aku tak mampu untuk meneruskannya. Akhirnya dibiarkan tanpa noktah. Baru hari ini, aku kembali mencoret. Demi sebuah kenangan dan juga rasa rinduku pada mereka yang bergelar sahabat ini.

Aku mahu kisah kami dipahatkan di dalam Purple Itu Sweet. Untuk tatapan mereka dan juga sahabat lain. Begitu juga untuk tatapan aku di masa akan datang. Supaya mereka tahu betapa aku menyayangi persahabatan ini walaupun kita telah jauh dan masing-masing sedang sibuk membina kerjaya di samping orang yang mereka sayangi. Hanya satu pintaku, walau kamu melupakan aku sekalipun..jangan sesekali lupakan kenangan kita bersama. Aku tahu kita tak mungkin lagi seperti dulu. Dulu kita berempat, kini hanya bertiga. Namun aku tetap merasakan kehadiran arwah di dalam hati ini. Aku mengharapkan setiap persahabatan yang terbina akan kekal hingga ke akhir hayat. Biar apa jua suka dan duka, pahit dan manis yang terjadi di antara kita, kita anggap sebagai perjalanan hidup. Jangan ada benci.

Sesungguhnya aku amat menyayangi sebuah persahabatan. Aku orang yang pentingkan persahabatan. Jika berkawan, berkawanlah dengan hati yang ikhlas. Jangan ada rasa cemburu ataupun iri hati. Atau apa-apa sahaja sifat negatif yang boleh meruntuhkan tiang persahabatan itu. Aku sayang kamu, kamu dan juga kamu. Walau terkadang aku tak pandai menunjukkan kasih sayang itu. Kalian tetap di hati selamanya..Al-Fatihah buat arwah~







Coretan Sweet: aku rindu sayang kamu~


:: Ayiena Nur ::

3 comments:

Muslimah Optimis said...

sedh membacanya.. sesungguhnya berpisah mati itu lebih perit dari berpisah hidup kan.. huhuhu

naqiah said...

:D

H Y D E said...

oh.. ini ke cerita yang dimaksudkan.

be strong. kenang balik ya nasihat yang u lontar kat i tempoh hari. boleh u aplikasikan balik :)


up