Welcome!

Suka dan Duka #1~


….Assalamualaikum....


Saat aku membuka laptop ini, semangat untuk menaip entry baru sangatlah membuak-buak. Banyak kejadian yang berlaku beberapa hari lepas. Semasa berlaku semua tu, dalam otak dok fikir.. Nanti balik aku mesti buat entry! Nak abadikan pengalaman aku untuk tatapan di masa hadapan. Bila-bila borink boleh la aku baca balik kan. Nama pun personal blog. Ahaa

TAPI, asal nak mula ja mesti blurrr..errr cam mana la aku nak memulakan ayat ek. Sejujurnya kalo aku nak menaip satu entry pun boleh memakan masa yang agak lama. Ehee Tengok la, intro entry ni pun dah melalut tah apa-apa ja.. Okey! Straight to the point. Sebenarnya nak bercerita mengenai pengalaman aku pergi ke satu temuduga di sebuah institusi perbankan di Kuala Lumpur. Namanya dirahsiakan. =p Sesi interview di Kuala Lumpur ni bukan yang pertama kali buat aku. Dah banyak kali aku pergi ke sana. So, tak da la nak risau sangat kena naik transport awam.


~14 September 2011~

Macam biasa, bila sampai di stesen Puduraya kawanku akan menunggu di situ. Kalo tak Fier, Akmal. Thank you soo much to both of you. Aku stay pun kat umah mereka la. Mereka ni sahabat yang aku kenali semasa tingkatan 4 dan 5..  ^__^  Kami meneruskan perjalanan ke rumah mereka menggunakan LRT. Haa..yang beza kali ini adalah mereka dah berpindah ke rumah baru. Dari rumah baru mereka ni boleh tengok view KLCC dan KL Tower. Lepas solat Maghrib terus siap-siap untuk keluar makan dan celebrate Birthday Fier dan juga Anis di MidValley Megamall. Asal aku p sana ja mesti mereka bawa makan kat situ.err..baru dua kali je kot..ahaa Anis pun sama sekolah jugak tapi baru stay serumah dengan Fier dan Akmal di rumah baru ni. Kami keluar berlima, dengan sorang lagi housemate mereka yakni officemate Akmal, namanya Nani.

ni la view dari umah mereka~

~15 September 2011~

Mengikut email yang diterima, Interview bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Interview apa lama sangat sampai petang ni. Musykil.. Kebetulan pihak bank ada call untuk confirmkan kehadiran, aku pun tanya la ada apa-apa lagi ke selain interview. Dia jawap setakat ni yang tu je la. Sampai hari kejadian pun aku still dengan kemusykilan aku tu. Before dapat interview ni dah kena online test dulu, masa isi form pun kena buat karangan dah. Apa lagi?

Pagi tu aku keluar dengan Fier dalam pukul 7.45 pagi dan menaiki LRT ke tempat yang dituju. Apabila sampai di stesen tersebut aku pun turun. Fier masih di dalam LRT kerana berlainan destinasi. Selepas turun dari stesen, aku terus tercari-cari di mana kedudukan bank tu. Okey..cabaran bermula. Sekarang dah 8.05 pagi dan aku kena sampai 8.15 pagi, tapi batang hidung bank pun tak nampak.. RELAX!! Salah satu kunci kejayaan..ehee Bak pepatah mengatakan “ Malu bertanya sesat jalan” Jadi, apa gunanya Allah kurniakan mulut kan?

Waktu tu, orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja dan aku mengambil peluang ni bertanya kepada seorang akak. Mengikut kata dia “ Jauh tu dik nak jalan, kena naik monorailhah sudah.. “ Stesen monorail tu kat mana?” tanyaku kembali. Setelah mendapat petunjuk arah aku pun meneruskan perjalanan. Lintas jalan, teruskan berjalan. Tanya orang lagi, lintas jalan dan terus berjalan sampailah di stesen monorail. Bleh tahan jauh jugak.uhuu Dalam aku berkira-kira nak bertanya penjaga kaunter tu, mata aku tertumpu pada nama stesen tersebut. Aik..ni bukan ke stesen monorail yang dah dekat ngan bank tu, macam yang aku tengok dalam Google Maps. Tak kan nak nek monorail dari sini pulak. Dengan pantas aku terus bertanya di mana kedudukan bank tu dan pastikan yang aku tak perlu naik monorail untuk ke bank tu seperti saranan akak tadi. Ya betul. Aku cuma perlu berjalan sikit lagi untuk sampai. Alhamdulillah..

Macam dah panjang sangat la plak entry ni. Belum cita bab interview lagi..part yang penuh beremosi lagi..ermm…to be continue lah~ =p
  



Coretan Sweet: tak boleh nak teruskan menaip sebab da jemputan rumah terbuka dan lorong terbuka~


:: Ayiena Nur ::

3 comments:

H Y D E said...

aiyoo, dia buat to be continue puleks. haha excited nak baca nih! :) :) :)

Cik Puce said...

haaa...ingat kami x reti buat part2 ka...ahaa bersabarlah encik..kekangan masa.. =p

Muslimah Optimis said...

fuyooooooo.... view yang sangat cantik woo leh tengok lampu klcc off tepat 12 am..


up