….Assalamualaikum....
…….sambungan dari Suka dan Duka #2~
Sepanjang perjalanan ke KL Sentral aku dapat merasakan kelajuan kakiku semakin perlahan. Sakit. Sampai ja ke KL Sentral aku terus mencari kaunter yang dimaksudkan oleh kawan aku sebelum ni. Kata mereka ada dua. Satu di tingkat atas dekat dengan food court dan satu lagi di tempat tunggu bas. Aku terus ke tingkat atas sebab aku rasa aku tau kat mana. Pusing-pusing jugak la tapi tak jumpa plak. Aduhh..Aku mencari tempat untuk duduk sekejap sambil menelefon kawan. Rasa cam nak berkaki ayam ja..uhuu Lepas dah confirm area kaunter tu aku bergegas ke sana dan tanya tiket pukul berapa yang ada. Okey. Pukul 7 dengan 9 malam. Dah dapat timenya aku pon call la mak tuk confirmkan balik pukul berapa mereka sampai sebab kata mak mereka bertolak lewat tadi. Tau tak pa jadi lepas tu?? Mestilah tak kan..uhuu bila aku nak beli ja tiket akak tu kata “ Dah tutup! Pergi kat kaunter yang bawah”. Subhanallah…….. Gap masa perbuatan aku tadi bukan lama mana pun. Tak pasal-pasal aku kena cari kaunter satu lagi.
Buat sekian kalinya aku mencari-cari lagi. Aku tanya sorang tu tak tau plak. Last-last ikut kaki aku yang sakit ni ja. Sebelum ni tak pernah plak jadi macam ni, semuanya smooth ja…ermm..bersabarlah wahai hati. Akhirnya aku jumpa juga tangga untuk turun ke tempat bas tu. Padahal tempat yang aku naik tadi masa mula-mula sampai kot!! Grrrr… Aku tengok jugak kalau-kalau da ternampak kaunter tu tadi. Tak nampak pun. Rupa-rupanya ke belakang sikit. Masa kat kaunter tu aku kena tunggu sebab da sorang foreigner tengah marah-marah. Sebab?? Aku tau sangat lah. Terlepas bas tuuuu. Dia kata dia cuma away 5 minutes tuk panggil anak dia. Dia tak puas hati and nak refund. Bila turn aku katanya tiket kul 7 ja da. Alamak….lagi 10 minutes kul 6. Sempat ka? Aku memang lembab sikit bab buat keputusan ni. Tapi aku ambik jugak bila membayangkan yang mak ngan adik menunggu kehadiran aku. Kata nak holiday sama-sama kan.Nak tido kat First World Hotel kan.
Next, mau pulang ke rumah tuk ambil bag. Aku menonong ke arah kaunter LRT. Hampir-hampir ja aku nak beli tiket dah. Tapi bila tengok dia tulis Sentul ja, aku terstop dan keluar dari barisan. Suppose Sentul Timur. Eeeee….serabut-serabut. Tah ke berapa juta kali kepastian, aku call kawan yang tengah bekerja tu. Kena naik Putra ke Masjid Jamek baru nek LRT ke Sentul TImur. Eee…dah la ramai manusia ni. Pening kepala aku. Bleh plak aku cari tak jumpa kannnnnn…Tengok signboard pun macam tengok tembus angin. Uhuu Dah berapa minit masa aku terbuang. Okey SKIP….sampai kat Masjid Jamek aku kena tukar train. Kawan aku pesan “ Sampai Masjid Jamek kena lintas jalan. Nek stesen blah sana ”. Aku pun terus berjalan di bawah 1 terowong. Sampai ke atas hujan lebat. Aku berlari-lari dan terus melintas jalan. Sampai di kaunter abang tu kata “Sentul Timur blah sana”. Hahh???? Blah mana pulak? Dah la kena beratur tadi.uhuu
![]() |
Gambar hiasan dari Google~ |
Tanpa membuang masa yang memang dah terbuang-buang,aku lintas jalan balik. Beli tiket dan naik train menghala ke Sentul Timur. Sakitnya masa tu hanya Allah ja yang tau. Terus berjalan ke pangsapuri mereka. Okey. Kejadian seterusnya. Kunci pintu plak tak boleh buka. Kalau semangat kurang memang bleh give up dah. Aku cuba call tanya kalau-kalau ada kawan yang dah nak balik. Akmal dalam perjalanan tapi mereka suruh aku terus cuba sebab kunci tu memang susah sikit. Lagi pulak, aku dah lambat. Aku terus mencuba sambil memohon. Alhamdulillah, terbuka juga. Aku plak dengan pandainya….!! Bleh plak p cabut kunci tu dan tutup pintu sedangkan aku balik hanya untuk ambil bag dan terus bergegas ke KL Sentral semula. Hahhh…sekali lagi kena cuba berkali-kali baru bleh kunci pintu tu. Saat jam menunjukkan angka 6.35 petang, aku baru menaiki LRT ke Masjid Jamek semula. Dari sana aku menaiki Putra ke KL Sentral. Semasa berpatah balik tadi baru aku sedar.. Yang aku lalu bawah terowong tu, aku dah lintas ke stesen blah sana rupanya..uhuu
Setibanya di KL Sentral aku terus ke tempat bas menunggu tadi yakni ke kaunter bawah tu. Bila menuruni tangga aku dapat melihat kawasan tu dah lengang. Bas tak da. Orang pun tak da. Aku tau yang aku dah terlepas bas tapi aku tetap ke kaunter dengan hati yang tabah. Akak tu sedang berkemas-kemas. Kaunter memang dah tutup dan dia hanya menggeleng-gelengkan kepala. Aku? Aku dah berusaha hingga ke saat yang terakhir sambil berdoa di sepanjang perjalanan. Kalau ini yang ditakdirkan, aku kena terima. Takkk…aku kena p jugak! Aku naik semula ke atas dan mencari tempat yang tersembunyi untuk memberitahu mak. Aku tau yang hatiku dah lemah. Bila-bila masa ja hujan hatiku akan membasahi pipi. Pada mulanya aku call dan nak bercakap dengan mak, tapi…saat mendengar suara mak air mataku terus gugur. Aku memang lemah. Saat aku bersedih aku tak boleh dengar suara mak. Panggilan aku matikan. Lantas jemariku mula menaip “ Tiket kul 9 x da tadi, k.cik ambk pkul 7..smpai lewat 10mnt..bas dh lpas..skrg kat kl sentral..” Mak cuba menghubungi aku semula tapi aku tak mampu menjawapnya. Yang aku balas melalui sms cuma “x tau nak p mana dah..x larat dah..” dan “ x leh nak cakap”.
Aku cuba menenangkan diri sambil bermesej dengan mak. Aku masih tak berputus asa. Aku berjalan ke kaunter teksi untuk bertanya kalau-kalau da lagi yang nak ke Genting. Pak cik tu kata ada, tambang RM90. Nak tanya jugak walaupun dah tau memang mahal..uhuu Mestilah aku x mau kan. Mahal nak mampus! Dah la sedia bengang. Malas nak tunggu lama-lama kat situ. Aku pun mencari tempat boleh merelaxkan diri. Semua penuh dengan manusia, yang ada cuma sebuah restoran makan melayu. Aku order Teh Ais, kononnya nak menyejukkan hati. Aku sangat-sangat letih. Rasa nak pengsan dah. Dengan serabai segala.uhuu Kalau ikutkan hati, nak ja aku pengsan kat situ. Memang tak mampu dah. Entah berapa lama aku di KL Sentral sebelum aku ke Guardian tuk membeli plaster. Cari punya cari ada satu jenis ja. Aku pun terus ambik dan ke kaunter. “ Dua belas ringgit sembilan puluh sen” eeeeee…plaster apa mahal sangat nihhhhh Dah tampal-tampal semua apa lagi….balik ke rumah mereka lah.
![]() |
Gambar hiasan dari Google~ |
Kerja aku hari tu p balik..p balik nek train ja lah plus menahan sakit kaki yang macam nak tercabut dah. -__-‘ Itulah pengalaman aku dalam masa hanya sehari. Berat mata yang membaca, berat lagi orang yang merasa. Pengalaman aku yang paling teruk selama aku pernah ke KL. Maknanya Allah tak mengizinkan aku pergi pada hari tu..Aku kena redha. Esok masih ada……….Aku berharap ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku tu. Mudah-mudahan yang memberi khabar gembira buatku. AMIN~
Coretan Sweet: berjelaaaa pulak entry-entry kali ni..uhuu ~
:: Ayiena Nur ::
6 comments:
habis tu u jadi x pi genting keesokkan harinya??? ada sambungan lagi ka nih??
huhu~ start dari ketinggalan bas dan seterusnya... amat sedey..... :(... errrr....
Muslimah Optimis >> errr...sepatutnya cerita x habis lg..tp x tau la nak smbung ke tak.. =p
mikro_kokus >> sebelum2 tak sedey ke? ehee ermm..tu yg semangat sangat nak wt entry..mmg teramat down time tuu.. ='(
hola!
mula mula i baca memang tergelak. kelam kabut sangat situasinya, sama macam penulisan entri ni. lepas masuk babak 'gugur air mata' tu i rasa "alolololo shiannnn" pula kat dia. dah la soqang soqang kan.
apa apa pun, yang i tau, u sampai jugak kat mak u lastly ;)
yg sebelum2 nie sedey jugak, tp tak sesedey hat nie la... ^_^ sila buat sambungan cita nie lagi... mikero nak baca....
H Y D E >> anda memang jujur..ya..byk bnda nak cita..ayat pun tunggang langgang kan.. =p x pa...me kan kuat!! ahaa
mikro_kokus >> ehee..orite mikro..insyaAllah bla dah baek dmam ka..tah2 da cita baru plak kn..nak p KL lg nih.. =p
Post a Comment